Berita Tan Sri Sanusi Junid digantikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai presiden Universiti islam Antarabangsa Malaysia agak mengejutkan saya. Mungkin ramai yang akan berkata, buat apa nak terkejut lagi, sedah jelas Tan Sri Sanusi Junid secara rasmi telah keluar UMNO maka beliau harus terimalah habuan di atas keputusan dirinya sendiri mengikut jejak langkah mantan boss nya. Tidak lagi menjadi Presiden UIAM lagi.
Sebagai bekas mahasiswa UIAM yang tercinta, saya amat terkilan dengan apa yang terjadi. Sememangnya Tan Sri Sanusi Junid boleh ditukar. Bak kata arwah bapa saya, seseorang ketua tidak akan selama-lamanya di atas. Jika tidak turun kerana keranda sudah tiba pasti akan turun jua kerana sudah tidak sesuai lagi. Jadi Tan Sri, turun kerana dia sudah tidak sesuai lagi.
Adakah Tan Sri Sanusi Junid diberhentikan secara sah sebagai Presiden UMNO kerana beliau bukan lagi ahli UMNO? Jikalau ‘ya’ jawapannya, mengapa Tan Sri Mohd Sidek menjadi penggantinya? Mengapa tidak Musa Hitam atau Muhammad Rahmat menjadi penggantinya? Mungkin Muhammad rahmat sudah tua dan tidak layak. Biarlah dia menghabiskan hari-hari berbakinya dengan ketenangan bersama keluarga. Bagaimana pula dengan Musa Hitam? Dia masih lantang berkata-kata. Masih mampu untuk menghentam bekas bossnya, Tun Dr Mahathir.mampu lagi memberi komentar mengenai masalah Negara. Yalah, ini semua kerana pengalamannya sebagai mantan Timbalan perdana Menteri.
Tan Sri Sidek Hassan kan boss besar dalam perkhidmatan awam. Beliau harus memberi focus kepada masalah perkhidmatan awam. Cuepecs banyak lagi nak buat tuntutan yang perlu dilayan. Belum lagi ekrenah pentadbiran dalam kerajaan yang ada terlibat dengan masalah disiplin, rasuah dan macam-macam lagi. Jika, beliau memberi sebahagian masanya sebagai Presiden UIAM, pasti tumpuan beliau akan terganggu di dalam menjalankan tugas sebagai bos besar perkhidmatan awam. Tak kan beliau hanya menjadi orang yang duduk di kerusi presiden UIAM tetapi kerja-kerjanya orang lain yang akan melaksanakannya.
Saya dan rakan-rakan seangkatan sewaktu di UIAM boleh dikatakan anak didik UIAM di bawah naungan Tan Sri Sanusi Junid seratus peratus. Tidak merasa duduk di bawah naungan Anwar Ibrahim atau sesiapa. Jadi, apabila bekas presiden universiti yang pernah saya tinggal, belajar, makan dan macam-macam lagi diturunkan walaupun secara sah pasti akan saya persoalkan. Mengapa beliau perlu diganti? Jika sememangnya perlu diganti mengapa tidak kami dinyatakan sebab. Tidak masuk akal hanya kerana beliau keluar daripada UMNO. Ini kerana UIAM bukan UMNO punya. PAS pun bukan. DAP pun sama. Tidak ada kaitan melainkan sebuah institusi pengajian tinggi non partisan yang melahirkan tokoh-tokoh pembela Negara.
Jika saya masih di alam kuliyyah peristiwa ini terjadi, pasti saya tidak akan berkata apa-apa. Bukan ada memberi kesan apa-apa dalam pembelajaran saya apabila ditukar presiden UIAM. Sama sahaja. Setiap hari perlu menghadiri kelas. Menghabiskan masa di perpustakaan. Minum di kedai Nescafe sebelah perpustakaan. Makan-makan di ‘HS CafĂ©’. Pergi ke Masjid Sultan haji Ahmad Shah dan melakukan aktiviti-aktiviti rutin yang lain. Ini kerana saya diajar untuk mengambil kesempatan belajar bersungguh-sungguh, manfaatkan masa yang ada di universiti untuk mencari amklumat dan pengalaman. Jangan banyak ‘comment’ kerana ‘loan’ belajarpun kerajaan yang bagi. Tetapi, tidak hari ini apabila saya sudah perlu memanfaatkan semua yang saya dapat dari pengajian di universiti dahulu.
Bukan saya ingin mencela keputusan yang telah dibuat. Cuma rasa terkilan mengapa perlu melibatkan institusi suci di dalam kekotoran politik. Seseorang itu diangkat kerana dia adalah ‘team’ kita, tetapi akan ‘dicampak’ bila sudah tak ‘join team’ lagi.
Saya amat mencintai UIAM yang dijenamakan sebagai Garden of Knowledge sewaktu era rector, Tan Sri Prof. Dr. Kamal Hassan. Saya bangga dengan UIAM kerana disinilah saya mendapat segulung ijazah yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Syed Idid Arabi. Saya akan bercerita dari semasa ke semasa kepada kawan-kawan baru bahawa UIAM adalah tempat terbaik untuk belajar di Malaysia. Saya mampu berbahsa Inggeris dan bahasa Arab. Bahasa ibunda pun tidak saya abaikan. Melayu dan Jawa. Tetapi, jangan jadikan UIAM sebagai bahan agenda politik Negara. Saya takut silap-silap haribulan nanti semua pensyarah dan mahasisiwa di UIAM mesti menjadi ahli UMNO untuk terus bernafas di situ. Susahlah nanti saudara-saudara dari Arab, Sudan dan Jepun untuk melangkahkan kaki kerana ahli UMNO hanya terbuka untuk orang Melayu Malaysia sahaja.
1 comment:
Well said.
Post a Comment