Wednesday, June 11, 2008

LELAKI PENANG BATALKAN PERNIKAHAN BEBERAPA JAM SEBELUM MAJLIS

Enam hari bulan June, 2008 bersamaan hari Jumaat saya menghubungi teman baik saya untuk bertanyakan mengenai perjalanan cuti kami di Bukit Merah lake Town Resort. Panggilan saya di jawab. Tetapi kedengaran suara teman saya dalam keadaan sibuk. Memang benar dia dalam keadaan sibuk pada tika itu. Maklumlah kerja di Public Bank. Tambahan pula di cawangan Bandar Johor Bahru. Dia meminta maaf kepada saya kerana panggilan yang saya buat tidak dapat dilayan dengan lama dan hanya kata-kata terakhir sebelum dia meletakkan gagang telefon bahawa dia ada perkara penting ingin dikhabarkan selepas tamat waktu bekerja. Panggilan itu tamat dengan menimbulkan persoalan kepada saya. Apakah perkara penting yang ingin diceritakan itu?

Malam itu teman saya tidak menghubungi saya atau menghantar pesanan ringkas. Mungkin ada urusan yang menyibukkan dia. Saya hanya mendiamkan diri. pagi itu dia menghubungi saya dan memberitahu dia dalam perjalanan ke rumah saya di Sri Kembangan. Saya hanya mengucapkan agar dia memandu berhati-hati. Semoga selamat sampai.

Lebih kurang dalam jam tiga, teman saya tiba di rumah. Saya membuka pintu menyambut ketibaannya. Pada waktu itu perut saya terasa kenyang kerana baru pulang dari menghadiri makan tengah hari di rumah rakan sekerja, Hawari yang baru berpindah rumah baru di taman perumahan saya. Taman Lestari Putra.

Teman baik saya mengajak untuk duduk di tembok halam rumah saya. Tidak mahu masuk ke dalam rumah dahulu. Ingin mengambil angina. Dia member alasan. Saya hanya menuruti. Kami berbual bertanya khabar. tanya khabar negeri kelahiran saya. ‘My home town’ orang putih kata.

Teman saya membuka cerita mengenai bekas teman wanitanya yang sebelum ini dikhabarkan kepada saya akan bernikah dengan lelaki dari Penang malam Jumaat enam haribulan June 2008. Malam tadi la kiranya. Bencana besar telah berlaku kepada wanita itu. Kasihan. Walaupun sebelum ini pelbagai kesedihan pernah teman baik saya menceritakan kepada saya mengenai perbuatan wanita itu kepadanya, kami tetap mengatakan kasihan dia.

Apa tidaknya, pernikahan mereka dibatalkan. Siapa tidak terkejut pernikahan yang akan berlangsung beberapa jam lagi dibatalkan. Bukan kerana harga minyak naik. Bukan juga kerana harga barang untuk kenduri naik mendadak. Tetapi bakal pengantin lelaki yang sungguh tidak bertanggungjawab telah melesapkan diri. Hilang tanpa berita. Bukan kerana mati atau cedera parah atau disembunyikan oleh orang bunian tetapi tidak mahu bertanggungjawab untuk bernikah. Macam cerita Asmawi pemain bola sepak. Tetapi Asmawi ada juga hantar pesanan ringkas. Ini lagi dahsyat. Tidak ada perngkhabaran langsung. Itukah cara manusia? Saya memberi komen.

Mengapa ada lelaki yang sanggup berbuat begini? Sanggup melarikan diri untuk bernikah dalam masa beberapa jam. Tidakkah ini perbuatan tidak bermoral? Jika peristiwa ini berlaku kepada saudara perempuan kita, apakah rasanya perasaan kita sebagai abang? Kasihan! Amat kasihan!
Apa yang lebih malang lagi, bapa bekas teman wanita teman saya menghidap sakit jantung. Kasihan sungguh orang tua itu. Syukur kepada Allah kerana dia masih mampu lagi bersabar dan Allah memberi kesihatan. Tidak terkejut sehingga membawa maut.

Mengenai lelaki Penang itu, jika dilihat di laman Frienster nyatidak malu langsung menayangkan kad jemputan kahwinnya kepada umum. Mungkin bangga. Bangga? Jika dia mengikut tata tertib Melayu tidak melarikan diri sebelum beberapa jam untuk bernikah mungkin boleh bangga. Tetapi, perkataan yang keluar dari mulut saya adalah celaka. Mungkin agak kasar. Tetapi itulah luahan kemarahan saya.

Cerita mengenai perbuatan lelaki Penang itu menjadi perbualan saya dan teman baik saya sepanjang perjalanan kami ke Bukit Merah lake Town Resort. Bercerita dan bercerita. Simpati, kasihan dan macam-macam lagi perkataan yang seumpama kami luahkan. Teman baik saya ingin menghantar mesej pesanan ringkas kepada bekas teman wanitanya ingin bertanya khabar. Saya menegah. Biarlah bekas teman wanitanya menghantar mesej pesanan ringkas dahulu apabila nanti dia sudah bertenang dari kedukaan dan kesedihan.

Malam itu teman baik saya menerima mesej pesanan ringkas dari bekas teman wanitanya. Menyatakan kesedihan dan kehampaan. Dia hanya redha dengan ketentuan Allah. Tetapi mesej pesanan ringkas yang mengejutkan saya adalah lelaki Penang itu ingin meminta semula wang belanja kahwin yang telah diberikan. Bodoh! Bahlul! Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut kami.

Memang lelaki Penang itu tidak tahu agama. Kalau dia tahu agama tak kan dia buat begitu. Sudahlah mengecewakan ramai pihak dengan menghilangkan diri ketika beberapa jam ingin bernikah. Kemudian tidak ada maruah meminta balik wang belanja yang telah diberikan. Hinanya. Lebih hina dari perbuatan seorang pelacur.

Islam sendiri mengajar wang belanja akan hangus sekiranya pihak lelaki membatalkan ikatan pertunanagan atau perkahwinan. Lainlah jika pihak perempuan yang buat hal. Bolehlah tebalkan muka nak minta balik duit belanja itu. Mengapalah ada lagi lelaki seperti ini di Malaysia. Di muka bumi ini. Jahil. Sungguh jahil.

Mungkin ada pihak akan berkata, tidak boleh meletakkan kesalahan dan makian serta cemuhan pada pihak lelaki Penang itu sahaja. Saya memburuk-burukkan pihak lelaki Penang kerana saya di pihak perempuan. Tetapi, satu sahaja persoalan yang ingin saya lontarkan. Apakah punca dia membatalkan pernikahan di saat-saat akhir? Apakah perbuatan keji pihak perempuan telah lakukan? Jika ada jawapan yang boleh diterima akal mungkin boleh kita pertimbangkan.

Malu emak bapak. Mana mahu letak air muka. Sudah tiada air muka lagi. Terasa muka seperti ditutup dengan kulit babi. Kulit babi yang banyak di Malaysia ini. Pasti jiran-jiran akan berkata. Kawan-kawan. Teman-teman dan sesiapa sahaja.

Siapa yang harus dipersalahkan pula atas perbuatan lelaki Penang ini? Ibu bapanya? Guru-gurunya? Jiran-jirannya? Atau ketua kampungnya? Kesian mereka semua perlu dipersalahkan. Bila ada masalah mereka akan di tuding jari. Tetapi, siapa pula puncanya. Semua orang disekelilingnya perlu dipersalahkan. Terutam sakali dirinya sendiri yang bodoh tidak menggunakan akal. Jika asuhan yang baik diberi pasti tidak jadi begini.

Hanya kata-kata yang dapat saya ungkapkan, semoga Allah melindungi saudara-saudara saya, teman-teman, rakyat Malaysia semua dari perbuatan keji seperti ini. Janganlah ada orang yang kecewa dari perangai yang lebih teruk dari haiwan. Apa yang saya ceritakan bukan rekaan untuk menyedapkan penceritaan. Tetapi ini adalah kenyataan yang terjadi di Kempas, Johor. Lelaki dari Penang membatalkan pernikahan dengan gadis dari Kempas bebrapa jam sebelum majlis akad nikah tanpa apa-apa berita.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...btul ke..?kasihan..ape nak jadi la dunia sekarang ni...tapi,leh tak dpt kan kepastian n information ttg pihak perempuan pula sbb tau dr sebelah pihak je kan...br la leh dipertimbangkan mane pihak yg benar² salah...tp yg pelik tu, lelaki yg nak menikah tu da ilangkan diri, bile plak dia ckp ngan pihak perempuan nak mintak smula duit hantaran?hhmm...yg terkene tu orang kempas plak..ishh..

majidee_boyz said...

Assalamualaikum..

cerita yang saya sampaikan sememangnya berlaku. ini bukan rekaan untuk membiarkan orang tertarik dengan cerita dalam blog saya. itulah kenyataan yang terjadi. ia di sampaikan kepada saya oleh bekas teman lelakinya yang berada bersama saya dalam percutian saya ke bukit Merah baru-baru ini.

lelaki dari Penang itu meminta dikembalikan wang hantarannya semula beberapa hari selelpas perkahwinan mereka dibatalkan.