‘Engkau sudah isi minyak? Harga minyak naik selepas tengah malam ini’. Begitulah bunyi mesej-mesej ringkas yang saya terima melalui telefon bimbit menjelang maghrib semalam. Menjelang pukul lapan malam, saya mula menerima beberapa panggilan dari kawan-kawan yang mengatakan isu kenaikan harga minyak. Harga minyak sudah naik mendadak. Itulah keluhan demi keluhan yang diluahkan.
Pagi ini, setibanya saya di pejabat, selepas menghidupkan suis ‘computer’ riba, beberapa mesej dari teman-teman di ‘Yahoo! Massenger’ memaki hamun pemimpin Negara sebagai protes kenaikan harga minyak. Harga minyak naik mendadak di Negara pengeluar minyak yang bermutu!
Teringat saya kata arwah bapa saya sewaktu saya masih di sekolah rendah yang menyatakan kebanggaannya hidup di Malaysia sebagai Negara orang Islam yang memiliki hasil bumi minyak. Sungguh bertuah. Pasti berkat hasil bumi kurniaan Allah ini akan melimpah rahmatnya kepada semua rakyat Malaysia atau sesiapa yang mengunjungi Malaysia.
Sewaktu menikmati minum pagi tadi, teringat saya ceramah politik sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu. Ceramah Anwar Ibrahim. Ramai orang kata cakap dia tak boleh pakai. Entahlah. Hanya Allah yang lebih tahu. Beliau mengatakan harga minyak di Negara kita tidak boleh dibandingkan dengan harga minyak di Singapura dan Indonesia. Bodohlah sesiapa yang membuat perbandingan itu. Ini kerana seolah-olah membandingkan harga durian Malaysia dan Jepun. Klip video ceramah itu yang saya tonton di You Tube beberapa bulan lepas sememangnya membuatkan saya terfikir lagi.
Apakah tindakan kerajaan menarik subsidi minyak ini tindakan bijak? Harga minyak kita tidak ada subsidi tetapi kita dapat diskaun 30%. Wow! Diskaun hebat. Tetapi Jusco yang merupakan pasar raya milik Jepun mampu beri diskaun sehingga 70%. Jadi, jika Jusco buat diskaun 30% jangan beli dahulu. Tunggu sahaja sehingga diskaun 70%. Tetapi, ini berbeza dengan minyak yang ada diskaun 30%. Jika hendak tunggu diskaun 70% terpaksalah kena naik basikal ataupun jalan kaki.
Bagi mereka yang tinggal di tempat yang menyediakan perkhidmatan kenderaan awam seperti bas dan LRT bolehlah membuat pilihan. Tetapi bagaimana dengan saya dan orang-orang lain yang senasib. Duduk di Lestari Putra, Seksyen Lima di Seri Kembangan. Mana ada pengangkutan awam. Kalau nak membuat pilihan terpaksalah naik basikal macam di Jepun dan Kota London. Tidak munasabah pula. Jalan raya kita sungguh tidak mesra untuk berbasikal ke tempat kerja. Jalan naik bukit turun bukit. Bersesak. Siap banyak lobang-lobang lagi. Takut-takut esok naik basikal, lusa sudah dapat ‘title’ al-marhum.
Adakah ini tindakan bijak kerajaan? Harga minyak naik berikutan harga minyak dunia naik. Gila ke tak naikkan harga minyak. Kerajaan bagi subsidi minyak kita salah guna. Jual minyak pada penduduk selatan Thailand dan warga Singapura. Kita kaji semula dan kita teruskan naik harga minyak. Hari ini kita bagi diskaun 30% esok lusa bila ‘sale’ sudah tiada biar harga biasa. Siapa yang terima padah? Datuk K, suami Siti Nurhaliza, Tan Sri Robert Kwok ataupun ‘Yang Mulia’ Khairy Jamaluddin?
Ini semua terjawab dari tinjauan saya malam tadi sewaktu menemani teman baik saya, saudar Rozaini, mengisi minya di Caltex, Equiene Park, Sri Kembangan. Pam minyak yang jarang menerima kunjungan seolah-olah berlaku pesta. Bukan ‘tokey’ stesen minyak itu membuat makan-makan kerana berzakat untung jualan minyak, tetapi pelanggan berlumba-lumba mengisi minyak di tahap maksimum. Kalau boleh isi minyak penuh RM 60 isilah RM 60. Kalau maksimum RM 30 isilah semaksimum mungkin. Nanti harga minyak dah naik lagilah padah.
Kereta yang saya lihat rata-rata kereta golongan sederhana. Tidak ada kereta mewah yang kelihatan. Mercedes mahupun BMW tidak kelihatan. Begitu juga Alphard dan Camry model baru. Kereta Wira, Kancil, Myvi dan seangkatan berlambaklah. Dalam bersembang sementara menunggu giliran mengisi minyak dengan saudara Rozaini sebuah kereta Wira berwarna merah kelihatan ditolak oleh seorang lelaki. Nak jimat minyak ke? Saya minta izin saudara saya untuk pergi membantu. Kereta itu sudah kehabisan minyak.
Bersembang dengan tuan punya kereta sambil menolak keretanya sedikit demi sedikit. Tuan punya Wira merah itu dengan nada yang boleh didengari penuh kekecewaan dan kesedihan merungut mengenai kenaikan harga minyak mendadak ini. Duit gaji berkerja di UPM sudah hampir habis kerana terpaksa memenuhi jemputan walimah di kampung dan di beberapa tempat. Cuti sekolah memang banyak kerja kahwin. Kini terpaksa korek tabung untuk isi minyak ‘full tank’. Kalau isi lambat takut kehabisan minyak ataupun kena beli dengan harga yang mahal. Entahlah!
Orang tua-tua selalu berkata sabar itu separuh daripada iman. Islam pun ajr begitu. Jadi, adakah kita mesti bersabar? Ya! Sabarlah. Golongan berpendapatan mewah tersenyumlah terus. Golongan berpendapatan sederhana marilah kita lipatkan usaha sampai nak ‘mampos’ agar dapat duit lebih bagi menyambung hidup di era kenaikan harga minyak dan barang ini. Hari iniharga minyak naik. Esok lusa macam-macam pula yang naik.
Ingat! Harga minyak kita masih lagi murah jika dibandingkan dengan harga minyak di Singapura dan Indonesia. Mengapa nak buat ‘demo’ macam di Indonesia. Sabarlah… Sabarlah… Sabarlah…semoga mata kita yang semakin mengantuk ini dengan dendangan suara para pendodoi membuat kita terlena. Nanti bila kita terjaga, legalah kekecewaan daripada kenaikan harga minyak ini.

1 comment:
Sabar...Itu adalah sebahagian daripada keimanan. Rasulullah S.A.W bersabar dengar segala fitnah, maki hamun dan ejekan. Tapi kesabaran ada hadnya.. bila maruah tercalar, Allah mengarahkan Nabi dan sahabat memerangi kaum musyrik. Sekarang masa untuk kita sabar sudah habis hadnya. Duit kita dirompak oleh lanun-lanun di tengah jalan. Sekarang ni lanun yang sama nak rompak minyak yang kat dasar laut plak.. Ni memang yang tak bleh sabar ni.. Kalu stakat naik 10 sen bleh lah sabar. Kesabaran untuk kenaikan minyak tahun 2006 masih belum reda. Petroleum adalah hak rakyat jelata, bukan hak pemimpin-pemimpin durjana. Selamat tinggal Pak Lah. Semoga rohmu bumi akan menerimanya.
Post a Comment