Wednesday, December 10, 2008

Tiang Islam

Puisi ini ternukil sewaktu aku masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dalam tahun ke dua. Tanpa aku sedari ia masih tersimpan di dalam khazanah-khazanah kesayangan aku sewaktu belajar. Aku dedikasikan puisi ini buat pensyarah-pensyarah yang dihormati, teman-teman sewaktu di UIAM yang sentiasa aku rindui dan rakan-rakan yang tidak jemu memberi kata perangsang.
Tiang Islam

Penyaksian ke atas kuasa pencipta
Keyakinan tulus utusan mulia
Menjadi jendela nur penyuluh jiwa
Khalifah Illahi di muka dunia

Pabila kunci sudah dimiliki
Bebanan dipikul tidak dirasai
Tanpa rungutan segala ditaati
Berdamping setia di sisi Illahi

Apa yang mampu ke atas hamba
Itulah neraca imtihan yang dicuba
Tanpa kemampuan bagi makhluknya
Rukhsah, keringanan dihadiah pula

Pergerakan khusus berserta doa
Beraneka rakaat serta waktunya
Lima kali sehari semalam dilaksana
Midium interaksi hamba dan penciptanya

Sebulan menahan lapar dahaga
Penuh hikmah mengancam cabarannya
Muttaqin pasti akan berjaya
Pasti kecundang sang penderhaka

Pembersih harta disyariatkan juga
Membantu fuqara, membangunkan negara
Kekasih Ar-Rahman tangan terbuka
Memberi asa si miskin di dunia

Berkumpul dirumahnya bagi yang berupaya
Sama ada tenaga atau hartanya
Sama tujuan dan juga matlamatnya
Hanya mengharapkan keredhaanya

Lengkap sudah rukun yang lima
Terdirlah megah Islam yang terpelihara
Jadilah hamba muslim mulia
Pasti bertambah iman di dada

Tetapi jangan kita terleka
Bahawa iman ada turun dan naiknya
Kuat ibadah dan berilmu meningkatlah ia
Jahil dan maksiat penghancur segalanya

Nukilan hanba yang lemah,
Salleh Ariff

Tuesday, December 2, 2008

cerapan anak bulan Zulhijjah 1429H




Aidil Adha yang akan jatuh pada 8 Disember 2008 (Isnin) bersamaan 10 Zul Hijjah 1429h. ia merupakan salah satu dari dua perayaan umat Islam.




pada tanggal 27 November yang lepas, saya mewakili Jabatan Agama Islam W.P Labuan selaku ajk kecil cerapan anak bulan telah berkumpul di bangunan UMS-KAL untuk melihat anak bulan. ini merupakan rutin setiap bulan. berbezanya pada hari tersebut ia adalah untuk menentukan Hari raya Aidil Adha.




seperti yang kami jangkakan 28 November 2008 tidak akan jatuh sebagai 1Zulhijjah memandangkan pada petang 27 tersebut bulan jatuh lebih awal dari matahari.




walau apa pun, cerapan anak bulan Zulhijjah telah memberikan hasil bahawa * Disember ini kita akan merayakan Hari Raya Aidil Adha. perayaan yang penuh dengan makna dan ibadat,


Monday, December 1, 2008

Dr Asri telah meninggalkan kita....

Dr Asri tokoh yang lantang bersuara dalam menghidupkan zaman kegemilangan Islam hari ini telah meninggalkan negara kita. beliau bukan sahaja meninggalkan negara Malaysia tercinta tetapi beliau turut meninggalkan kerusi Mufti Kerajaan Perlis yang didudukinya selama satu penggal.

waktu beliau berada di kerusi itu, terlalu banyak perubahan pemikiran terhadap golongan muda dan tua. beliau menjadi fevorite ramai. remaja, budak-budak dan orang tua semua minat untuk membongkar buku agama. berhujah dengan merujuk kepada buku rujukan. tidak berfikiran statik. besar sungguh jasa beliau.

tetapi hari ini beliau telah meninggalkan negara kita. hakikatnya kita kehilangan tokoh yang amat hebat. jika Tun Dr Mahathir meninggalkan kerusi Perdana Menteri tanpa berjaya mengubah persepsi dan pemikiran melayu diharapkan semoga peninggalan Dr Asri akan dapat berjaya mengubah persepsi dan pemikiran umat Islam.

sama-samalah kita berdoa semoga kebaikan dan rahmat Allah kepada beliau. umat Islam di malaysia akan berubah cara pemikiran dan hujah dari hanya mendengar kata-kata pak penceramah agama ke rajin merujuk kitab-kitab yang ada.

semoga dengan kehilangan seorang Dr. Asri akan muncul seribu Dr. Asri di negara ini.

Friday, November 28, 2008

mengapa.... mengapa...mengapa....


Ego, bongkak tidak mahu mengalah… rasanaya semua bersetuju dengan saya menyatakan ini merupakan sifat mazmumah yang diharapkan kita semua terhindar daripadanya. Jika berselisihan pendapat duduk semeja. Tidak dapat menemui jalan penyelesaian maka lapangkan dada mencari titik permulaannya. Bukan sebelah pihak sahaja perlu bersedia tetapi kedua-duanya. Sama sahaja dengan perkara agama, jika berselisihan pendapat maka kembalikanlah kepada Al-Quran dan RasulNya. Al-Quran itu lihatlah di dalam AL-Quran. Periksa kitab-kitab Tafsir mu’tabar. Rasul pula telah meninggalkan kita. Tetapi beliau meninggalkan kita petunjuk dengan beribu-ribu hadithnya yang diriwayatkan oleh orang-orang boleh dipercaya. Bukan mereka yang tertolak. Tetapi ini semua dianggap sukar.

Mungkin kerana ego dan bongkak… macam mana mahu hilangkan ego dan bongkak… itu kan sifat mazmumah? Semua sudah tahu. Motivator hebat dah keluarkan macam-macam teori nak hilangkannya. Tetapi semua tidak ampuh. Kalau golongan paling tinggi dalam kepimpinan agama pun tak mampu nak hilangkannya. Macam mana pula dengan orang kampong yang sekolah sampai darjah tiga jer.. entah lah.. dah berbuih mulut Fadhilah Kamsah dan Assoc. Prof. Izzi. Tapi entahlah…

Kalau lihat pada sejarah atau cerita kanan-kanak semua sifat-sifat itu akan membawa kepada kecelakaan dan kehancuran. Tiada yang bawa kemajuan dan kegemilangan. Bongkaknya arnab akhirnya tewas dengan sang kura-kura. Egonya Jepun akhirnya binasa Negara. Begitu juga kisah Sultan Mahmud yang mangkat dijulang. Tapi entahlah… mungkin semua orang dah tak minat membaca… jadi cerita-cerita itu sudah lupa…

Bila nak cakap hal agama, al-quran dan hadith perlulah ada… kalau membebel kosong macam ni guna akal pun taka pa. nak baca, baca.. nak komen, komen… nak hamun, hamun lah…saya tak kisah… kalau saya salah ada yang nak ambil port betulkan… itulah tanda orang sayang kita…

Mak marah kita…itu tanda dia sayang… orang tua tegur kita, itulah kasih mereka. Kawan betulkan kita, oh…mereka rasa lagi kewujudan kita… tapi apa-apa pun kita… fikirlah sendiri…

Nanti bila kita dah taka ada… orang akan menilai kita…waktu ada… macam-macam yang dikata… sekarang Dato tahrir dah jadi samahah mufti Johor…semoga beliau akan berjaya membawa johor dan penghuninya ke jalan yang dirahmati Allah. Tak lama lagi Dr Asri pula nak tinggalkan kerusi muftinya…ada yang gelak suka.. ada juga yang rasa hiba… semoga siapa pengganti dia, kebaikan sahaja yang dibawa… biasalah ada naik ada turunnya… kalau darah asyik naik je…pun bahaya…terus turun pun ‘DANGER’. Tapi api neraka lagi ngeri katanya...

Akhir kata kepada kawan-kawan dan teman serumah yang saya kasihi… semoga anda semua berjaya dan diredhai Yang Maha Kuasa…anda mungkin tidak membaca nota saya, tetapi teman-teman saya pasti mencarinya… apa aku cakap ni… baca je ler..

Wednesday, November 12, 2008

KLIP VIDEO SAJAK KEMATIAN; SATU PENILAIAN RINGKAS

Kekecohan mengenai tayangan klip video 'Sajak Kematian' menghangatkan keadaan dan memanggil pelbagai pihak untuk menyuarakan pendapat. Ada yang menyokong dan ada juga pihak yang membantah. semua hadir dengan hujah-hujah yang bernas. Pihak yang bersetuju dengan tayangan itu menyatakan bahawa pihak yang tidak sealiran dengan mereka, benci kepada kebaikan dan tidak berminat dengan Islam. Bukan itu sahaja tetapi pelbagai lagi tohmahan yang diberi. bagi golongan yang mebantah mereka pula hadir dengan hujah-hujah bahawa kesan negatif kepada pembesaran anak-anak akan tercetus dan mahu ia dihntikan. Entahlah...
Mari sama-sama kia renungkan mengenai klip video 'Sajak Kematian' yang ditayangkan oleh anak-anak kta yang berusia tujuh dan lapan tahun. Adakah ia patut atau sebaliknya...
Tetapi sebelum kita membuat penilian, persoalan yang perlu ditimbulkan adalah dari mana klip video itu diambil? Siapa yang menghasilkannya? Adakah melalui cetusan idea kreatif ataupun bersandarkan hujah-hujah syariah?
DARI MANA ASAL KLIP VIDEO ''SAJAK KEMATIAN'' & SIAPA YANG MENGHASILKANNYA
Dari apa yang saya saksikan klip video selama 10 min 48 saat di http://www.youtube.com/watch?v=L9eVrmMdo5Y ia merupakan satu klip video yang tidak sempurna. ia masih ada lagi sambungannya. Manakala klip video ini bukannya baru dihasilkan. tetapi sudah lama. kalau tidak silap lebih daripada empat tahun. ia dihasilkan oleh kumpulan yang pernah difatwakan terpesong. bertukar dari satu jenama ke satu jenama. lihatlah daripada pakaian mereka. berserban besar yang memiliki fesyen yang sama dan gemar menceritakan perkara-perkara ghaib. mungkin akan datang akan menayangkan pula bagaimana rundingan guru mereka dengan malaikat untuk menangguhkan ajal. Jadi, cadangan dari saya yang kurang arif ini agar dikaji secara teliti dari mana asalnya klip video ini. Video Linggam boleh dikaji, inikan pula klip video ini.
BENARKAH APA YANG DIGAMBARKAN?
Semua maklum bahawa beriman dengan perkara ghaib merupakan satu kewajipan. Siksa kbur dan soal jawab dikubur merupakan perkara ghab. beriman dengan malaikut pun perkara ghaib. Semua wajib diimani. tetapi bolhkah kita menggambarkan perkara ghaib itu. bukankah kita hanya tahu sedikit sahaja perkara-perkara ghaib dan melibatkan roh. Soal jawab di dalam lahad tu bukankah soal jawab malaikat dengan roh? Jadi mengapa ada yang cuba menggunakan imiginasi kreatif untuk menggambarkannya. ini soal iman.. Janganlah sampai nanti agama kita macam apa yang digambarkan oleh pak-pak paderi yang menggambarkan tuhan mereka, malaikat mereka dengan gambar dan patung.lucukan.
Siksa kubur, soal jawab kubur dan seumpanya perkara samiat...cukuplah dengan apa yang dikatakan sahaja. tak perlu dilakonka. ini siap dengan suara malaikat lgi (sekali dengar macam suara artis lama yang dah tak muncul-muncul sahaja.. bekas suami Raja Ema..tak ingat la nama).
ADAKAH KLIP INI SELARI DENGAN HUJAH-HUJAH SYARIAH.
Banyak yang tidak selari. Seperti apa yang saya nyatakan sebelum ini. Firman Allah (perkara berkaitan roh itu adalah urusan Allah). Jadi serah saja pada Allah. Sampaikan sahaja apa yang datang dari Ayat Quran dan hadith nabi. ak payahlah nak buat video klip macam tu.
....................................
DARI SUDUT PSIKOLOGI.
sememangnya klip vdeo ini tidak elok untuk psikologi anak-anak. jikalau saya sewaktu kecil ditanamkan dengan cerita balasan akhirat sepert lidah dipotong jika berdusta. tangan dikerat jika mencuri tanpa perlu dibuat video klip dan saya boleh yakin dan takut mengapa sekarang perlu dibuat video klip begitu. saya rasa bukan saya seorang sahaja yang menerima didikan seperti itu, tetapi ramai. ramai yang berkesan.
adi diharapkan pihak-pihak yang berkaitan kajilah semula dan ambillah tindakan sewajarnya.

sajak kematian

PUTRAJAYA, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah, seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda."Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini.Laporan media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, yang antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib.Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata kadar yuran pada penggal persekolahan tahun depan dijamin tidak akan menimbulkan sebarang masalah, sebagaimana yang berlaku pada penggal persekolahan lalu.Sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh beliau sendiri akan meneliti semua perkara berkaitan penggal persekolahan baru tahun depan termasuk isu yuran, jadual waktu dan perkara berkaitan yang diumumkan kelak."Saya yakin tidak akan timbul masalah dan yuran tambahan, ia bukan suatu yang wajib sebaliknya ada kaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)."Sebelum ini yang timbul adalah berpunca daripada salah tanggapan dan kita sudah berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut," katanya.-- BERNAMA

Thursday, October 16, 2008

HINDRAF..1 (BETUL KE SI PUAK-PUAK HINDRAF NI)

Apa yang ada di kepala otak sebahagian orang Malaysia yang mengatakan cintakan Malaysia, hidup mati kerana Malaysia ni sanggup menyanjungi perjuangan HINDRAF ni? Bednarkah perjuangan HINDRAF tu dinamakan demokrasi yang baik. Dah lah demokrasi tu bukan cara Islam. Janganlah pula kita ikut demokrasi acuan barat. Mari sama-sama renungkan semula memorandum yang pernah dihantar oleh HINDRAF kepada Perdana Menteri Britain. Lepas tu fikir-fikirkan lah…
_______________________________________________________________________
HINDRAF Hindu Rights Action Force
No. 135-3-A, Jalan Toman 7,
Kemayan Square,
70200 Seremban,
Negeri SembilanMalaysia.
Tel : 06-7672995/6
Fax: 06-7672997

15.11.2007
The Rt. Hon. Gordon BrownPrime Minister of the United Kindom10
Downing Street,
Fax: +442079250918
London,
URGENTSW
1A 2AA

Dear Sirs,
RE: 1. COMMONWEALTH ETHNIC INDIAN PEACE LOVING SUBJECTS IN MALAYSIA PERSECUTED BY GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST VIOLENT ARMED TERRORIST WHO LAUNCHED A PRE DAWN VIOLENT ARMED ATTACK AND DESTROYED THE KG JAWA MARIAMAN HINDU TEMPLE AT 4.00 A.M THIS MORNING (15.11.2007).

2. APPEAL FOR U.K TO MOVE EMERGENCY U.N RESOLUTION CONDEMNING “ETHNIC CLEANSING” IN MALAYSIA.

3. APPEAL TO REFER MALAYSIA TO THE WORLD COURT AND INTERNATIONAL CRIMINAL COURT FOR CRIMES AGAINST IT’S OWN ETHNIC MINORITY INDIANS.

We refer to the above critical matters in Malaysia but which generally gets the least attention locally even by the Opposition parties, NGO’s, the Malaysian Human Rights Commission and the media for this community is generally regarded as politically insignificant, do not draw local or international funding and are deemed not pressworthy. To the contrary the Malaysian government has successfully projected itself to the world as a modern Islamic thinking country which is not true.

The ethnic minority Indians in Malaysia were brought in to Malaysia by the British some 200 over years ago. Since independence in 1957 the Malaysian Indians have been permanently colonialised by the Islamic fundamentalist and Malay chauvinists UMNO led Malaysian government.

Among the recent atrocities committed by this government are as follows:-

1.100 over Indians were slashed and killed by the UMNO controlled Malaysian government in the Kampung Medan mini genocide. Despite numerous appeals, the Malaysian Human Rights Commission has refused to hold a Public Inquiry. The UMNO controlled Malaysian courts struck off a victim’s public interest civil suit for a Public Inquiry to be held without even the said UMNO controlled government having to file in their defence. The UMNO controlled Attorney General and the Inspector General of Police refused to investigate and / or initiate an inquest into the death of at least six Indians in this tragedy despite.

2. Every week one person at average is killed in a shot to kill policy and in every 2 weeks one person is killed in police custody. About 60% of these victims are Indians though they form only 8% of the Malaysian population.

3. In every three weeks one Hindu temple is demolished in Malaysia.

The latest being the demolishment of the Mariaman temple in Padang Jawa, Shah Alam, Selangor early this morning (15.11.2007) and the next being the (Mutaiya) Hindu temple in Sungai Petani scheduled for the 29.11.2007.

A violent armed pre down attack at 4.00a.m this morning was launched by the UMNO controlled Malaysian government backed by about 600 police, riot police, Islamic extremist and armed terrorists which completely destroyed this temple.
In an attack two weeks ago, uniformed police, riot police and city Council officers hurled rocks and attacked unarmed Hindu devotees with knives, sticks and iron rods.

At least 20 Hindu devotees were seriously injured and 19 arrested including 4 of their United Kingdom trained lawyers in direct violation of Article 5 (Right to life) Article 8 (Equality) Article 11 (Freedom of Religion) Section 295 (defiling a place of worship), Section 296 (disturbing a religious assembly), 298A(causing racial disharmony) and Section 441(criminal trespass) of the Malaysian Penal Code.

These authorities are plagued by an above the law mindset and in fact liberally take the law into their own hands. These atrocities however does not happen to almost all Islamic places of worship. Please visit www.policewatchmalaysia.com for further and better particulars.

4. State sponsored direct discrimination against the Indians in Public University intakes, Indian (Tamil) Schools, skills training institutes, civil service and private sector job opportunities, business and license opportunities and in almost all other aspects of daily life.

Despite our hundreds of letters, appeals and pleas to the Malaysian King and Sultans, the Prime Minister, Attorney General, Inspector General of Police, Ministers, Chief Ministers and the latest being our letters to the Prime Minister dated 29.10.2007 and 30.10.2007 and to the Attorney General dated 1.11.2007 the Malaysian authorities are only proceeding with greater ferocity and with impunity with very little regard for the Federal Constitution and laws of Malaysia. So please help us.

CONCLUSION

We fear that this peace loving Indian community of Tamil origin having been pushed to the corner and the persecution getting worse by the day may be forced to into terrorism in a matter of time as what has happened to the Sri Lankan Tamils.

APPEAL

On our part we are committed to a peaceful and lawful struggle and pray and appeal that the Government of the United Kingdom:-

1. Moves an emergency United Nations resolution condemning these state sponsored atrocities and persecutions of Malaysian Indians in Malaysia.

2. Refers Malaysia to the World Court and the International Criminal Court for Crimes against it’s own ethnic minority Indians

Thank You,
Yours Faithfully
P.UthayakumarLegal Adviser

Tuesday, October 14, 2008

ANUGERAH..GELARAN...FIKIR-FIKIR KAN LAH...

Gelaran atau anugerah seperti Datuk, Datuk Seri, Tan Seri dan lain-lain merupakan gelaran dan anugerah di dunia sahaja. Ia tidak sama sekali memberi apa-apa impak ketika soalan malaikat ataupun darjat hamba di sisi Allah. Ini jelas melalui kala Allah yang menyatakan bahawa hamba yang terbaik di sisiNya ialah hamba yang bertaqwa. Tetapi di dalam kehidupan bermasyarakat dan bertamadun, anugerah atau gelaran merupakan satu perhiasan indah dan penyeri hidup dalam masyarakat. Melalui gelaran dan pangkat inilah kita dapat melihat kepelbagaian cara dan tata hidup masyarakat. Seperti sikap menghormati mereka yang mendapat anugerah di atas jasa-jasa mereka dan tanggungjawab golongan yang menerima anugerah.

Persoalan yang acap kali tercetus mengapa anugerah atau gelaran sering kali diberikan tidak kepada mereka yang paling layak? Ini bukan bertujuan untuk mempertikaikan mana-mana Sultan, Raja atau Yang DiPertua. Mereka memberikan anugerah pun di atas nasihat para penasihat yang berkaliber. Tetapi, adakah caliber para penasihat itu telah hilang dan kurang bijak membuat penilaian?

Jika diperhatikan Malaysia yang merupakan sebuah Negara Islam tidak kurang memiliki ramai tokoh akedemik sama ada dalam membangunkan pemikiran agama Islam, sains teknologi dan macam-macam lagi. Begitu juga di bidang-bidang khidmat social dan pembangunan. Tetapi golongan ini semua masih banyak lagi yang tidak di anugerahkan apa-apa anugerah. Yang sering kali diberi, tokoh-tokoh politik yang entah khidmat mereka secara jujur atau sambil lewa, ahli perniagaan yang jiran sekampung pun tidak pernah dibantu dan artis yang tidak langsung memberi sumbangan kepada pembangunan agama, bangsa dan Negara selain menghancurkan dan merosakkan akhlak masyarakat sahaja. Mengapa ini terjadi.

Seperti apa yang terjadi di Melaka. Siapa Shah Rukh Khan yang di beri anugerah Datuk. Dia tu kan kaki hina Islam. Lupa ke? Mengapalah dia yang dipilih. Memberi anugerah kepada Shah Rukh Khan seperti memberi kemulian kepada pelacur sahaja. Minta maaf cakaplah. Kan lebih baik memberi anugerah kepada tokoh-tokoh luar seperti Yusof Qardawi ke, Syeikh Thantawi kea tau sesiapa lagi. Banyak sumbangan mereka kepada Negara ini. Mereka pun memberi pandangan pasal Islam Hadhari kan. Kalau beri pada kawan-kawan Datuk Lee Chong Wei pun bagus juga. Mereka ada sumbangan. Tidak pun juara-juara tilawah yang dah kita lupakan seperti hajah Ramas ke siapa ke.

Jadi di harapkan penganugerahan ini dapat lah dinilai semula. Janganlah sampai mereka yang diberi gelaran dan anugerah sudah tidak bernilai lagi. Nak dihormati pun dah macam tak ada makna. Fikir-fikir lah…

Thursday, October 9, 2008

KEPUTUSAN PAK LAH & PENAMATAN KONTRAK MUFTI

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 telah membuat keputusan untuk tidak bertanding mempertahankan kerusi Presiden UMNO pada Mac ini. Ini bermakna beliau akan memberi laluan kepada Timbalannya bagi menduduki kerusi utama Negara, Dato’Seri Najib Razak. Keputusan ini dianggap keputusan paling bijak yang dilakukan olehnya sepanjang menjadi Perdana Menteri. Beliau yang dianggap tidak berdaya untuk memikul amanah sebagai PM amat tepat pada masanya untuk duduk beramal di rumah bersama keluarga.

Mufti muda Kerajaan Negeri Perlis akan menamatkan kontrak sebagai mufti kerajaan pada akhir Oktober ini. Dr. Asri yang dianggap lantang dalam menyuarakan pandangan dan kadang-kadang menjadi ‘penyibuk’ dalam beberapa perkara dengan terbuka hati menerima penamatan kontraknya serta merta itu. Beliau sudah menghantar semula surat kepada USM untuk kembali bertugas sebagai pensyarah di institusi itu. Kerajaan Negeri Perlis dikatakan membuat keputusan paling bijak oleh sebahagian pihak dengan menamatkan kontrak mufti muda yang dianggap penuh kontroversi itu.

Pengumuman tidak bertanding mempertahankan jawatan Presiden UMNO merangkap Presiden BN oleh Pak Lah dan penamatan kontrak Dr Asri sebagai Mufti Kerajaan Perlis difikirkan oleh banyak pihak sebagai jalan penyelesaian untuk mendamaikan umat manusia dan menyatupadukan mereka. Ini tidak bermakna bahawa kedua-dua mereka tidak bagus. Selemah-lemah Pak Lah beliaulah orang yang kuat untuk membongkar kes-kes rasuah agar dapat diselesaikan, mendaulatkan undang-undang Negara dan yang paling utama, usahanya mengukuhkan modal insan. Begitu juga Dr. Asri, beliau yang dianggap ‘penyibuk’ dan suka ‘expose’ di akhbar sebenarnya memberi impak positif kepada rakyat jelata. Golongan ulama amat pantas memberi pandangan dan ulasan. Aktiviti dan saranan beliau kepada Negeri Perlis khususnya dan Malaysia, amnya amat dihargai.

Bak kata orang tua-tua, berkorban apa sahaja. Jadi Pak Lah dan Dr Asri perlulah berkorban untuk melihat kesejahteraan Malaysia. Pak Lah tidak pernah dianggap tidak bijak Cuma pada era ini beliau tidak sesuai untuk menjadi PM Malaysia. begitu juga Dr Asri. Pedapatnya tidak ada yang sesat tetapi diplomasi itu amat penting selagi ia tidak menyalahi al-Quran dan as-Sunnah. Begitu juga cara untuk menyampaikan sesuatu. Tak bolehlah nak henjut ‘semacam’ je. Mestilah ada skill. Baru rasa niukmatnya.

Walau bagaimanapun, sebagai orang yang mengasihi UMNO dan menyukai tajdid saya berharap agar Pak Lah dan Dr Asri dapat kita doakan semoga mereka sentiasa dalam keredhaan Allah. Segunung terima kasih ke atas jasa-jasa mereka kepada agama, bangsa dan Negara.

Sunday, October 5, 2008

हरी पेर्जुम्पान केलुअर्गा हाजी कायत दान हजाह जैनब कलि के तिगा


Aidil Fitri tahun ini amat terasa kemeriahannya. Bermula dari hari pertama lagi. Apabila ramai anak-anak kecil datang bertandang ke rumah. Tambahan pula, pada tahun ini giliran rumah ibu saya menjadi tempat perkumpulan keluarga. Perkumpulan keluarga yang diadakan setahun dua kali ini pada Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha bertujuan menemukan semua anak cucu Haji Kayat Bin Tahir dan Hajah Zainab Binti Roslan selepas pemergian mereka ke rahmatullah lebih empat tahun lepas. Jadi, acara yang kami jadikan tradisi ini diharapkan akan dapat diteruskan setiap tahun. Semoga keamanan Negara dan umur yang panjang menyebelahi kami. Ameen.

Pertemuan pada tahun ini Berjaya mengumpulkan kesemua anak-anak Haji Kayat dan Hajah Zainab yang masih hidup dan anak cucu mereka. Lebih daripada seratus orang kesemuanya. Hanya beberapa orang sahaja yang tidak dapat hadir memandangkan telah pulang bertugas di negeri tempat mereka bertugas.

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Rumah (ibu saya) diikuti dengan ucapan dan dedikasi raya oleh setiap keluarga, penyampaian cenderamata kenang-kenangan dari ibu saya, selawat dan diakhiri dengan jamuan makan. Acara yang begitu ringkas ini bertujuan memberi banyak masa kepada semua yang hadir untuk duduk bersembang dan bertanya khabar.

Walaupun pada waktu menjamu selera hujan turun agak lebat, ia tidak langsung mengendurkan semangat kepada semua untuk menikmati hidangan di balai makan di luar rumah. Hidangan seperti ketupat, rending, lodeh, sambal goreng, laksa dan banyak lagi amat membuka selera. Boleh dikatakan semua melakukan ulangan ke dua atau lebih di meja hidangan. Tambah lagi ler..

Dalam kami duduk berkumpul, masih teringat lagi kepada datuk, nenek, bapa-bapa dan ibu-ibu kami yang telah meninggal dunia. Seperti ayahanda saya sendiri. Beliau menghembuskan nafas pada hari raya ke 20 sepuluh tahun lalu di rumah ini. Datuk saya, Haji Kayat beberapa hari sebelum raya. Semoga Allah Taala mengampuni mereka semua dan meletakkan mereka bersama kekasihnya. Hanya doa sahaja kami panjatkan kepada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga pertemuan ini akan dapat diteruskan dari tahun ke tahun bagi mengekalkan hubungan kekeluargaan kami yang mana datuk dan nenek kami telah mendahului kami. Begitu juga sebahagian bapa-bapa dan ibu-ibu kami. jika perkumpulan ini tidak dapat diteruskan pasti hubungan kekeluargaan ini akan pudar dan renggang. Ingatlah, yang hidup pasti akan mati dan bangunan yang utuh pasti akan roboh. Tetapi ikatan persaudaraan akan berkekalan sepanjang zaman.

Thursday, October 2, 2008

DUIT RAYA...HARI RAYA...


Kemunculan Hari Raya Aidil Fitri 1429H memberikan kegembiraan kepada banyak pihak. Ia merupakan hari kemenangan kepada umat Islam setelah sebulan menjalankan ibadah puasa. Kemeriahan hari raya ini dapat dilihat dari keindahan baju raya yang dipakai, amalan kunjung mengunjung, berkumpul sanak saudara dan macam-macam lagi. Bagi anak-anak kecil pula, ini merupakan hari dan detik yang paling bahagia bagi mereka. Mereka berpeluang menggayakan pakaian yang cantik, menikmati juadah yang lazat, makan gula-gula dan coklat tanpa halangan dan mendapat duit raya.

Ini dapat saya lihat melalui para anak kecil yang mengunjungi rumah saya pada pagi 1 Syawal tadi setelah pulang dari Solat Hari Raya di Masjid Nurul Ta’zim, Majidee Bahru, Johor Bahru. Lebih daripada tujuh puluh orang anak-anak yang datang berkunjung. Angka yang agak besar berbanding dengan tahun lalu. Kami sekeluarga yang setiap tahun meraikan hari raya di sini hanya membuat kesimpulan bahawa kesan ekonomi yang agak parah membuatkan ramai keluarga yang tidak pulang ke kampung masing-masing.

Saya yang mengambil peranan pada hari ini melayan anak-anak kecil tidak puas bertanya mereka ‘seronokkah berhari raya?’. Jawapan mereka pastilah amat seronok. Dari apa yang saya perhatikan kebanyakan mereka mengatakan seronok dapat pakaian baru dan duit raya. Mungkin saya sewaktu kecil pun seperti anak-anak itu. Cuma pada ketika itu, kami hanya meraikan Aidil Fitri di kampung halaman ibu atau bapa sahaja bersama sanak saudara setiap tahun.

Mengenai gejala memberi duit raya ini saya cuba amati dari manakah asal usulnya. Ini kerana pada dasarnya, orang cina yang gemar memberi duit raya atau Ang Pow ketika Tahun Baru Cina. Adakah kita menuruti tradisi mereka? Ataukah sememangnya ia sudah menjadi kebiasaan atau tradisi sebelum orang cina datang ke Negara kita? Jika ditanyakan kepada ibu, beliau hanya menjawab tidak pernah ada pada zaman kecilnya tabiat memberi duit raya dan diberi duit raya.

Dari itu ia merupakan adapt yang mendatang dan bukan dari adat Melayu sendiri. Tidak salah untuk mengambil tiru adapt ini dari orang Cina kerana ia bukan adapt yang melibatkan agama. Tetapi seelok-eloknya janganlah ditanam kaedah orang cina di dalam masyarakat kita bahawa yang sudah berkahwin sahaja boleh memberi duit raya agar adat ini jauh berbeza dari adat mereka.

Sebenarnya memberi duit raya ini ada positif dan negatifnya. Biasalah semua perkara ada positif dan negative. Hanya kita sahajalah yang mampu mengwal agar tidak terjerumus ke lembah negative sama ada dari sudut agama dan masyarakat.

Adat memberi duit raya sebenarnya mampu menanamkan semangat suka menderma. Ini dapat menonjolkan kebaikan kita kesan daripada madrasah Ramadhan yang mendidik kita agar suka menderma dan membuat kebaikan. Tetapi harus diingat jangan samapai tujuan memberi duit raya itu untuk menunjukkan keegoan. Kerana ego itu salah dan berdosa.

Selain daripada itu, memberi duit raya mampu menggembirakan anak-anak kecil. Mereka pasti seronok dengan habuan itu setelah mereka puas berpuasa selama sebulan. Mungkin mereka dapat menghayati bahawa Aidil Fitri sememangnya hari kejayaan bagi mereka yang berpuasa. Pada bulan Ramadhan dipaksa oleh ibu bapa berpuasa (sebelum mereka memahami kewajipan berpuasa yang sebenar) kemudian mendapat pelbagai ganjaran pada Syawal meraikan usaha gigih mereka.

Tetapi perlu diingatkan kepada ibu bapa agar sentiasa menasihati anak-anak jangan hanya bertujuan mendapatkan duit raya apabila menziarahi rumah saudara dan jiran tetangga. Lagi-lagi bagi segelintir anak-anak yang enggan masuk ke rumah apabila datang berhari raya. Hanya meminta duit raya di pintu. Macam peminta sedekah pula. Malu. Biarlah masuk dan bersalaman dengan tuan rumah.

Apa pun, semoga Hari Raya ini memberikan kita semua kegembiraan dan mampu merapatkan persaudaraan sesame kita. Fikirkanlah semoga pemberian duit raya dan menerima duit raya memberi faedah yang baik. Jangan samapai amalan itu menjerumuskan kita kepada sifat dan sikap yang jelek.

Monday, September 22, 2008

mengejar sepuluh malam terakhir; malam al-Qadr

Sungguh bertuah jadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Macam-macam keistimewaan yang Allah berikan. Walaupu merupakan golongan umat manusia yang jangka hayatnya lebih singkat berbanding dengan hayat manusia awal, tetapi Allah tetap memberi ganjaran-ganjaran yang hebat kepada umat akhir zaman ini.

Salah satu hadiah yang amat besar ganjarannya kepada umat Muhammad s.a.w adalah ganjaran malam al-Qadr. Malam al-Qadr merupakan satu malam yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Malam itu merupakan malam yang amat istimewa kerana pada malam itu, ia lebih baik daripada 1000 bulan. Ini bukan rekaan atau cerita karut. Ia jelas dinyatakan di dalam al-Quran pada surah al-Qadr. Beruntung sungguh kepada sesiapa yang menemui malam tersebut.

Malam al-Qadr terjadi pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Ini jelas seperti apa yang dinyatakan oleh Aisyah r.a , Rasulullah s.a.w beriktikaf di sepuluh malam hari terakhir bulan Ramadhan dan baginda bersabda “Carilah malam al-Qadr pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan”.
HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1165

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “carilah lailatul Qadr di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya”.
HR Bukhari 4/221 Muslim 1165

Sebenarnya terlalu banyak kata-kata ulama berkaitan dengan bila berlaku malam al-Qadr itu. Sekiranya ingin melihat kata-kata itu berserta dengan dalilnya yang teliti tulisan Imam Iraqi yang berjudul “Syarh sodr bizikri lailatal Qadr”.

Sebenarnya malam al-Qadr amat penting kepada kita. Pada malam itulah al-Quran telah diturunkan. Menurut Syeikh Mana’ al-Qathan di dalam bukunya, Ulum al-Hadith, al-Quran telah diturunkan kesemuanya ke baitul Izzah langit dunia pada malam al-Qadr. Ia merupakan pendapat majority ulama. Jadi, nuzul al-Quran yang berlaku pada ketika itu sudah semestinya terjadi di malam al-Qadr. Ini dibuktikan melalui firman Allah di dalam surah al-Qadr ayat pertama dan surah ad-Dukhan ayat ke empat.

Selain daripada malam al-Qadr diturunkan al-Quran ia juga malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ia merupakan malam yang lebih baiuk daripada 1000 bulan seperti yang dinyatakan pada permulaan tadi.

Dari itu, dalam fasa sepuluh malam terakhir ini, marilah kita bersama-sama mengejar malam al-Qadr. Kita tingkatkanlah amalan kita dan kita mengharap serta berdoa agar malam al-Qadr akan kita temui. Janganlah sampai kita terpengaruh dengan kata-kata golongan anti Hadith yang dikepalai oleh Kassim Ahmad al-Kazzab bahawa lailatul Qadr sudah tidak ada lagi pada hari ini. Ia hanya berlaku pada malam turun al-Quran sahaja.

Friday, September 19, 2008

Salam Ramadhan dan salam sejahtera. Bersyukur kita kepada Maha Pencipta dengan izinNya kita masih lagi dapat menghirup udara Ramadhan ini yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan. Ini merupakan hari-hari terakhir saya bekerja sebelum bercuti panjang bagi menyambut Ramadhan bersama keluarga dan teman-teman di kampung halaman dan akan diteruskan dengan meraikan sambutan hari raya Aidil Fitri.

Dalam bulan Ramadhan ini terlalu banyak majlis-majlis ceramah dan tazkirah. Merata-rata tempat menganjurkannya. Saya sendiri tidak terkecuali diundang bagi berkongsi ilmu bersama-sama sebahagian penduduk Labuan. Itu sahajalah sumbangan kecil yang mampu saya lakukan.

Menyebut mengenai ceramah dan tazkirah ini, teringin berkongsi dengan pengunjung semua mengenai apa yang di sampaikan oleh seorang ketua jabatan saya di dalam tazkirah pagi tadi. Beliau bercerita mengenai bersedekah di dalam bulan Ramadhan.

Dalam menceritakan mengenai kelebihan sedekah ini, beliau menyampaikan satu cerita. Katanya, kawan beliau pernah bermimpi di datangi oleh roh neneknya yang telah meninggal dunia. Roh itu mengucapkan terima kasih kepada kawannya itu kerana selalu bersedekah pahala kepada neneknya yang telah mati. Roh itu turut menyatakan ia tenang di sana dengan pahala sedekah jariahnya semasa ia hidup.

Agak janggal sungguh cerita yang saya dengar itu. Adakah perlu beliau menceritakan kisah sebegitu untuk menceritakan kelebihan bersedekah. Adakah tidak ada ayat al-Quran dan hadith s.a.w dan cerita-cerita para sahabat berkaitan dengan sedekah.

Agak malu saya mendengar tazkirah beliau. Apa yang saya tahu beliau merupakan kakitangan bahagian dakwah JAKIM sebelum ini. Berkelulusan agama itu sudah pasti. Sekarang ini menjadi ketua pula.

Bukan saya ingin mempertikaikan individu ini. Terutama ini bulan Ramadhan. Jadi saya hanya berharap agar beliau sedar akan cara beliau itu. Tidak perlulah cerita sang kancil dan buaya apabila nak sampaikan tazkirah agama. Kalau nak buat salingan orang mengantuk sahaja, sekit-sikit bolehlah.

Harap semua individu yang sering menyampaikan tazkirah atau ceramah beringatlah. Banyak dalil-dalil al-Quran mahupun hadith s.a.w yang soheh menyatakan mengenai ganjaran dan penaik semangat untuk bersedekah. Tidak perlu cerita seumpama Awang Kenit, Cinderella dan lain-lain hanya bagi menarik minat pendengar yang boleh merosakkan kesucian maklumat dalam agama Islam.

Monday, September 15, 2008

Kebelakangan ini terdapat banyak ahli politik yang menggunakan solat sebagai qiyas dalam menyatakan mengenai perjuangan. Ini merupakan satu fenomena yang amat baik. Ini kerana solat merupakan tiang agama. Tidak bermakna bagi seorang yang bergelar muslim jika tiada dalam diari hidup mereka perbuatan solat. Rasulullah s.a.w sendiri menyatakan bahawa solat merupakan amalan pertama yang dihisab pada hari kiamat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat adalah solat.”
(Riwayat Abu Daud & at-Tarmizi)

Sewaktu kekecohan Tan Sri Sanusi Junid, mantan Presiden UIAM ingin diberhentikan tugasnya, beliau menyatakan perjuangan beliau di dalam menjadi Presiden UIA ibirat seorang yang sedang bersolat. Jadi, orang yang cuba memberhentikan perjalanan beliau sebagai presiden UIAM ibarat orang yang cuba memberhentikan beliau daripada solat. Sungguh hebat argument yang diberikan.

Kini, muncul satu lagi. Berkaitan dengan statement Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyarankan agar peralihan kuasa PM perlu dikaji semula dan disegerakan. Beliau dikritik oleh banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pendapatnya. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang telah menyarankan beliau meletakkan jawatan telah menyatakan bahawa apa yang berlaku ibarat dalam solat. Jika makmum merasakan imam tidak betul maka dia perlu mufarakah. Pak Lah diibaratkan sebagai Imam Solat. Manakala Muhyiddin adalah makmumnya. Jika Muhyiddin merasakan plan peralihan kuasa yang dinyatakan Pak Lah tidak betul dia perlu keluar daripada jemaah Pak Lah. Amat hebat juga argument yang diberikan.

Jika benarlah pemimpin parti politik di Malaysia mampu menjadikan sifat dan cirri-ciri di dalam solat sebagai contoh tauladan di dalam perjuangan politik mereka pasti ini akan memberikan kejayaan sebenar. Tetapi adakah mereka hanya mengambil contoh solat di dalam beberapa sudut saha yang berkenan di hati mereka tetapi tidak bagi keseluruhannya?

Di dalam solat, jika seorang Imam mengangkat takbir maka makmum perlu mengangkat takbir. Jika Imam rukuk, maka makmum akan mengikut rukuk. Jika imam menyebut ‘sami’ Allahu liman hamidah’ maka makmum akan menjawab ‘rabbana wa lakal hamd’. Jika imam sujud maka makmum akan mengikut sujud.

Begitu juga, di dalam mendirikan solat, tidak boleh di dalam keadaan berhadas. Tidak ada hasad dengki. Tidak ada penyelewengan. Tidak boleh melakukan solat mengikut cara kita sendiri. Wajib mengikut cara nabi bersolat. Seperti apa yang nabi katakan ‘solatlah seperti apa yang kamu lihat aku solat’.

Jadi, jika sebenarnya ibadah solat dijadikan contoh di dalam kepimpinan dan kehidupan pastilah tidak berlaku apa yang telah terjadi pada hari ini. Ini kerana tidak ada orang yang membenci orang yang solat mengikut cara dan kaedah yang betul. Kecuali orang yang tidak beriman.
Sebagai peringatan, janganlah kita hanya menggunakan perumpamaan pada apa yang berkenan di hati kita. Ambilah contoh yang baik dari islam itu kesemuanya. Buka sebahagian sahaja. Seperti perintah Allah agar mengambil Islam sepenuhnya. Bukan hujung sahaja. Tidak juga pangkal sahaja.

Begitu juga janganlah kita tidak melaksanakan apa yang kita katakan kerana Allah amat benci orang yang pandai berkata tetapi tidak melaksanakannya. Seperti Firman Allah di dalam surah as-Sof ayat ke dua.
“Wahai orang-orang beriman, kenapa kamu berkata apa yang kamu tidak melakukan, kemurkaan yang besar di sisi Allah bagi orang

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan al-Karim. Bersyukur saya kehadrat Allah taala dengan rahmatnya saya masih lagi berada dalam keadaan sihat walafiat. Dapat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan, maghfirah dan barakah sekali lagi. Bukan meyambutnya di bumi Johor (tempat lahir saya) ataupun Putrajaya (tempat kerja sebelum ini). Tetapi di bumi Labuan. Tempat di mana saya tidak pernah terfikir akan bektugas. Itulah ketentuan Allah.

Dalam bulan yang mulia ini, saya masih lagi sibuk dengan rutin kerja harian. Kerja mesti diteruskan. Takut nanti kawan-kawan yang beragama lain akan mengatakan puasa punca kepada produktiviti umat Islam merosot, malas dan macam-macam lagi. Busuk lagi nama Islam.

Begitulah nama Islam, sentiasa sahaja dicari jalan oleh musuh-musuhnya untuk diburuk-burukkan. Apa yang ada kaitan dengan Islam mesti dicari kelemahan. Parti Islam seMalaysia, Islam Hadhari dan Islam madani. Semua dikatakan buruk dan jelik. Amat pelik tapi benar.

Baru-baru ini, selepas menunaikan solat Zuhur di Masjid jamek An Nur, Labuan, saya mengambil kesempatan menonton rancangan yang amat popular memaparkan mengenai dunia hiburan. Melodi. Dihoskan oleh seorang Melayu Islam, Wahid, Senario. Apa yang amat menyedihkan saya adalah salah satu papran hebat yang diberikan. Mengenai konsert Avril Lavign.

Sememangnya diketahui umum, konsert itu telah dibantah oleh sebahagian kecil umat Islam. Tetapi mereka gagal untuk menjayakan agar konsert itu tidak diadakan. Golongan pemimpin yang membuat keputusan lebih bijak memberi keputusan untuk membenarkan konsert itu. Kita hanya berserah.

Tetapi amat malang sekali, Melodi memaparkan dan menanyakan kepada penonton yang datang ke konsert itu apakah komen mereka mengenai bantahan sebahagian kecil umat Islam itu. Umat Melayu yang ditanya tanpa segan silu mengatakan mereka agak kecewa juga dan amat gembira konsert itu dapat diteruskan. Sungguh jelik imej Melayu yand dipaparkan.

Tahniah kepada TV3 dan khususnya Melodi kerana anda telah Berjaya merobek maruah umat Melayu Malaysia. Semoga Allah Taala sahaja yang mampu membalasnya.

“Mereka berkehendak untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, Allah yang menyempurnakan cahayaNya, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir”

Thursday, August 28, 2008

Hari ini dengan rasminya DSAI telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang di parlimen. Tahniah kepada beliau. Semoga apa yang dihajatkan oleh beliau untuk membawa Malaysia sebagai sebuah Negara berkualiti dan gah akan terlaksana.

DSAI yang mempunyai cita-cita besar sejak di Universiti Malaya lagi, diketahui seorang yang tidak mudah putus asa. Daripada ABIM beliau melompat ke Barisan Nasional. Mendaki sedikit demi sedikit sehinggalah mencapai tangga ke dua tertinggi iaitu TPM dan Timbalan Presiden UMNO. Tetapi, mendung yang mendatang telah membuatkan beliau tersungkur dengan hinanya sehingga dilempar keluar daripada UMNO.

Kini DSAI muncul kembali. Tetapi bukan bersama BN. Beliau sekarang menjadi lawan bagi BN. Menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen bagi menghadapi BN yang beliau kebelakangan ini sering mengatakan penuh dengan kekotoran dan kejahatan. Tidak seperti sewaktu beliau di dalam bahtera BN.

Melalui apa yang saya selalu impikan mengenai Negara kita ini, saya sangat mengharapkan Barisan Pembangkang menjadi barisan yang kuat. Mempunyai tokoh-tokoh yang berkaliber. Biar setanding dengan tokoh-tokoh yang dimiliki oleh BN. Barulah proses check n balance akan terlaksana di dalam system politik kita.

DSAI seorang tokoh hebat yang disegani oleh kawan dan lawan pada pandangan saya amat bersesuaian duduk di barisan pembangkang. Beliau yang selalu menyatakan mempunyai idea yang hebat dan rahsia-rahsia penyelesaian masalah luar biasa perlulah menjadi orang kuat parti pembangkang. Biar para barisan parti kerajaan dapat menunjukkan karisma mereka yang sejati dan integriti dalam melaksanakan tugas.

Apa yang saya rasakan, DSAI sebenarnya tidak perlulah menuruskan niatnya untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia. Tetapi, tugas yang lebih baik bagi beliau adalah menjadi ketua bagi golongan yang dapat membantu barisan kerajaan membuat kerja dengan lebih baik. Menegur sekiranya perkara yang direncanakan barisan kerajaan tidak menepati kebajikan rakyat dan boleh membawa kepada kehancuran Malaysia.

Pasti DSAI tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan. Ini kerana kebiasaannya barisan kerajaan mustahil baginya untuk menerima tegurun dan nasihat barisan pembangkang. Tidak boleh terima teguran musuh. Jadi, bagi menjayakan perkara ini barisan kerajaan juga perlulah mengubah sikap. Jadilah seorang yang benar-benar professional. Fikirkan masa depan rakyat Negara. Bukan masa depan diri sendiri ataupun parti mereka sahaja.

Ingatlah semua wakil rakyat, sama ada anda seorang ADUN mahupun MP, anda dipilih untuk membela rakyat. Untuk membawa kebaikan kepada Negara. Tidak kira anda semua dari BN mahupun PR. Tidak kira anda diketuai oleh Pak Lah, DSAI mahupun TGNA. Anda mempunyai misi yang amat besar. Membela rakyat.
Setelah menunggu debaran pilihan raya kecil Permatang Pauh selepas pengumuman oleh SPR, akhirnya semua itu telah terjawab. Kemenangan DSAI saya rasakan sebagai salah satu lambang demokrasinya Malaysia dan ketelusan kerajaan pimpinan Pak Lah. Walaupun DSAI yang ditentang oleh calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat, mendapat kritikan dan tohmahan hebat di media bercetak pro kerajaan BN, beliau masih mampu untuk mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk PKR. Itu semua telah terbukti melalui pilihan rakyat Permatang Pauh yang membuang undi semalam.

Sebenarnya kemenangan DSAI dengan mejoriti yang lebih besar daripada sebelum ini amat mengejutkan saya. Pada mulanya saya menyangkakan bahawa beliau akan menang dengan majoriti yang lebih kecil daripada apa yang diraih oleh isterinya pada PRU yang lalu. Tetapi sangkaan saya melesit sama sekali. Beliau telah berjaya meningkatkan mejoriti PKR di lubuk kuatnya. Melalui keputusan itu, teringat saya dengan pandangan Samahatul Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri, bahawa kemenangan DSAI adalah apabila beliau dapat meingkatkan mejoritinya. Jadi DSAI sememangnya telah menang di dalam pilihan raya ini.

Sebenarnya apa yang membuat saya yakin DSAI akan menang dengan mejoriti kecil sahaja adalah melalui apa yang saya baca di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Ini kerana apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tersebut bahawa barisan kepimpinan tertinggi BN amat yakin bahawa mereka telah berjawa menawan hati pengundi Permatang Pauh. Sebagai contoh, apa yang dikatakan oleh TPM bahawa PKR semakin terdesak dan akan membuat apa sahaja untuk memenangi kerusi Permatang Pauh. Tetapi itu semua tidak berapa tepat. Hakikat sebenarnya BN cuba menggunakan perang saraf bagi melemahkan jentera PR dalam kempen mereka dan PKR telah menggunakan ubat saraf yang mujarab bagi merawatnya.

Kemenangan DSAI menyentuh perasaan saya. Kagum dengan Pak Lah yang masih mengekalkan kredibiliti budak baik walaupun ramai mengatakan beliau agak lembik. Beliau tidak menggunakan kunci sakti atau seumpamanya bagi menjadikan DSAI seorang yang ‘looser’ pada pilihan raya ini. Tetapi saya juga amat sedih dengan kekalahan teruk Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat. Mereka berdua tidak seharusnya mendapat kemaluan yang begitu teruk. Hanafi Mamat yang bersemangat ingin bertanding bagi mengacau undi mendapat sokongan lebih teruk daripada nenek tua yang berkempen menggunakan basikal di Kelantan pada PRU yang lalu. Amat mengaibkan sungguh. Begitu juga Datuk Arif Shah Omar Shah. Saya menyangkakan beliau seorang yang hebat dan kerana itulah dia dipilih untuk menentang DSAI. Ini kerana beliau digambarkan seorang yang suka bergotong royong, penyayang, suka ambil berat tentang masyarakat dan macam-macam lagi. Tetapi mereka berdua tewas dengan seorang yang didakwa sebagai pengkhianat bangsa Melayu, pengganas, pembohong dan macam-macam lagi. Tetapi itulah adapt bertanding. Ada yang menang dan ada yang tewas.

Jika direnungkan mungkin kemenangan DSAI ini adalah atas bantuan akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia juga. Ini kerana kedua-dua akhbar ini saya perhatikan terlalu banyak sangat menyebut nama DSAI kebelakangan ini berbanding Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat. Mungkin pengundi yang terlalu banyak menyebut nama DSAI sewaktu membaca akhbar-akhbar tersebut terbawa-bawa ketika hendak memangkah calon. Jadi DSAI telah mendapat kelebihan.

Semoga BN mendapat pengajaran berharga dengan kekalahan memalukan kali kedua ini. Mereka harus membuat analisa yang jujur dan perlu meningkatan lagi usaha untuk memulihkan pakatan mereka. Biar Melayu, Cina dan India benar-banar bersatu. Ini kerana apa yang saya mula nampak perpecahan kaum sebenarnya berlaku di pihak BN bukan di pihak PR. Ini kerana semangat mempertahankan kaum sendiri dan mengharapkan kaumnya mendapat kelebihan sesuatu yang normal tetapi perpecahan di dalam kaum sendiri kerana sifat ego dan tamak merupakan perkara abnormal dan merupakan sebagai ‘hint’ untuk hancur. Jadi semoga al-Mahdi al-Muntazar akan cepat hadir membantu BN memulihkan perikatan mereka. Ini kerana DSAI telah menjadi Imam Mahdi bagi PR buat masa sekarang.

Akhir sekali semoga dengan kemenangan DSAI, barisan pembangkang diharapkan dapat menjadi barisan yang kuat seperti mana yang diharapkan oleh Tenku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan kita. Jika pembangkang kuat maka kuatlah barisan kerajaan. Jadi, matlamat Malaysia menjadi Negara maju pada 2020 pasti akan tercapai sebelum tahun keramat itu. Semoga sambutan kemerdekaan pada tahun ini akan lebih bermakna. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51 DARI SAYA DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Thursday, August 21, 2008

ANTARA SUMPAH SAIFUL BUKHARI, PILIHANRAYA PERMATANG PAUH & PINGAT PERAK LEE CHONG WEI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan seperjuangan dari saya di Labuan. Angin Labuan yang agak berbahang dek dikelilingi oleh lautan masih lagi membuat saya kurang selesa. Tetapi saya yakin dengan pepatah Melayu yang selalu dikatakan oleh orang tua-tua, ‘alah bisa, tegal biasa’. Jadi saya akan dapat menyesuaikan dengan keadaan di sini sedikit masa lagi.

Hampir seminggu tidak dapat duduk di hadapan computer yang mempunyai kelengkapan internet amat menyukarkan saya. Tetapi, inilah dugaan yang perlu saya hadapi. Jadi saya hanya dapat menyimpan apa yang terbuku di hati sebelum dapat meluahkan di sini untuk difikirkan bersama.

Bermula dengan sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saudara Saiful Bukhari Azlan, Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh, kejayaan Lee Chong Wei merangkul pingat perak dan macam-macam lagi hanya terpendam tanpa dapat dikongsi. Itu semua merupakan peristiwa-peristiwa besar yang pasti dilakarkan dalam lipatan sejarah.

Sumpah Saiful Bukhari Azlan
Tidak pernah sama sekali saya menyangkakan dalam kehidupan ini, dapat menyaksikan peristiwa sumpah melaknat diri dan menjadikan Allah sebagai saksi untuk memelihara maruahnya. Seorang yang membuat aduan diliwat oleh majikannya telah melakukan sumpah di dalam Masjid Wilayah dengan menyebut WaAllahi, WaBillahi, dan WaTallahi sambil memegang al-Quran demi menyatakan dakwaannya benar tanpa didesak oleh mana-mana pihak.

Walaupun keberaniannya dipuji oleh banyak pihak, bagi saya itu bukan permasalahannya. Sesiapa sahaja mampu melakukan apabila terdesak. Seorang penagih dadah sanggup membunuh ibunya demi mendapatkan duit bagi membeli dadah. Begitu juga perompak sanggup membunuh bapanya demi melepaskan diri dari ditahan. Tetapi apa yang saya agak terkejut adalah seorang pemuda yang umurnya lebih mentah dari saya sanggup melakukan sumpah dengan menjadikan Allah sebagai saksinya dan sanggup dirinya dilaknat demi membenarkan dakwaan.

Apabila sahaja mendengar sumpahannya itu, berdiri bulu roma saya. Setelah terkaku seketika saya berbicara dengan ibu saya. Mengapa Saiful Bukhari memegang al-Quran? Adakah itu tatacara Islam? Ia berbeza daripada apa yang saya pernah pelajari. Entahlah. Biarlah mereka yang lebih berilmu memberikan penjelasan. Cukuplah Tuan Guru Nik Aziz, Samahatul Mufti Kerajaan Negeri Perlis dan lain-lain memberikan penerangan.

Kini, setelah mendengar apa yang dilafazkan oleh Saudara Saiful, saya berlepas diri dari mereka yang menuduh bahawa dia berdusta. Ini kerana, sekiranya pendustaan dari tuduhannya itu terhadap DSAI maka saya amat yakin dengan apa yang akan dilakukan oleh Allah.

Pemilihanraya Permatang pauh.
Demi menjayakan matlamat menubuhkan kerajaan baru, DSAI akan bertanding di kubu kuatnya sendiri pada 26 August ini. Beliau akan ditentang bukan calang-calang tokoh dari BN. Seorang jaguh walaupun tidak semasyhur DSAI di Malaysia. Tetapi orang Permatang Pauh lebih mengenalinya dan lebih bijak membuat perbandingan.

Dalam menghitung hari-hari untuk membuang undi pelbagai kempen dilakukan oleh semua pihak. Strategi dalam berkempen difikirkan oleh mereka amat ampuh demi menarik undi. Tetapi, apa yang saya harapkan janganlah berlaku fitnah, cacian, dan kezaliman dalam menegakkan demonstarsi ini. Ikutlah adat orang Melayu yang sentiasa bersuluhkan dengan Islam.

Walaupun kita merancang untuk menaikkan calon pilihan kita, ingatlah rancangan Allah itu lebih baik. Jadi, selepas proses demokrasi ini selesai, maka setialah dengan calon yang telah dipilih dan sesiapa yang menang itu jalankanlah tugas dengan penuh ketaqwaan.

Pingat Perak Lee Chong Wei
Jaguh badminton Negara, Lee Chong Wei menghadiahkan pingat perak kepada Malaysia amat dibanggakan. Kehausan Negara dengan pingat dari sukan Olimpik akhirnya berjaya dihilangkan dengan pingat perak yang amat berharga itu. Walaupun ada yang kecewa dengan prestasi beliau tetapi kebanggaan itu terus terpampang di muka mereka.

Melihat begitu sukar untuk memiliki pingat di Olimpik sehingga Negara hanya mampu menggenggam satu pingat perak sahaja telah membukakan minda semua masyarakat mengapa sebelum kontinjen Negara ke sana TPM menawarkan ganjaran yang lumayan bagi membakar semangat mereka. Kritikan terhadap TPM akhirnya telah dijawab dengan hasil tuaian yang dibawa oleh semua atlet Negara di Beijing.

Tetapi, adakah hanya satu pingat perak sahaja yang mampu dibawa pulang oleh atlet Negara berpunca dari ganjaran yang terlalu tinggi. Ini kerana jika diperhatikan, atlet yang dijangkakan mampu memberikan persembahan terbaik hanya beraksi seperti budak di akedemi sahaja. Amat memalukan. Bak kata orang kampung, buat habis duit Negara belikan tiket ke Beijing.

Jadi, kini penilaian yang bijak dan jujur perlu dilakukan oleh Majlis Sukan Olimpik agar tidak mengulangi semula. Tirulah apa yang dilakukan oleh BN selepas menerima kekalahan teruk di dalam PRU 12. semua sibuk menilai dan mencari punca kekalahan dan memberikan resepi mujarab. Tetapi ingat, jangan tersalah resepi, takut nanti keracunan makanan atau mati terus.

Kesimpulan
Sumpah Saiful Bukhari Azlan, pilihan raya di Permatang Pauh dan pingat perak Lee Chong Wei sebenarnya ada kaitan. Mereka semua akan menjadi ‘The Great’ sekiranya mampu mencapai puncak kejayaan yang tertinggi. Tetapi sekiranya mereka tewas pasti mereka akan terus diejek seperti atlet-atlet Negara yang tidak membawa pulang pingat dari Olimpik. Jadi marilah kita menyaksiakan ragam-ragam yang berlaku sekitar kita dan jadikanlah pelajaran demi menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Friday, July 25, 2008

Penilaian Ilmiyyah terhadap kitab Majmuk Syarif

Kerana amat sibuk dengan tugas-tugas sebelum meninggalkan bahagian Hub Halal, saya kurang berkesempatan untuk meneliti satu kitab yang sudah lama menjadi kemsyukilan di dalam hati saya. Kitab ataupun boleh saya sebutkan sebagai buku kecil itu pasti tidak asing di kalangan kita. Ia dinamakan sebagai ‘majmuk Syarif’. Ada yang berkulit berwarna merah, biru dan hijau. Tidak sukar untuk melihat buku kecil itu. Kerap dilihat di surau-surau atupun masjid-masjid.

Buku tanpa nama pengarang itu terkandung beberapa surah-surah di dalam al-Quran serta fadhilat-fadhilatnya, doa-doa dan zikir-zikir yang dijadikan amalan oleh sebahagian masyarakat.

Buku itu yang menurut pemerhatian umum saya tanpa penelitian yang teliti sememangnya terkandung terlalu banyak kekarutan amalan-amalan dan informasi. Bersyukur saya kehadrat Allah kerana memberikan kesempatan kepada teman sekuliah saya yang telah meneliti kitab itu. Disini ingin saya sertakan kandungan kajian ringkas dan teliti teman saya mengenai ‘Majmuk Syarif’. Beliau yang tidak asing lagi ialah saudara Mohd Khairil Anuar atau lebih selesa saya menggelarnya dengan nama M.K.A. semoga apa yang beliau dedahkan dapat menjadi panduan kita bersama.

Penilaian Ilmiyyah terhadap kitab Majmuk Syarif

Oleh ; Mohd Khairul Anuar
http://abusyuaib.blogspot.com/

Hukum berdusta menggunakan Nama baginda s.a.w.

Berdusta ke atas nama Rasulullah s.a.w. merupakan dosa yang besar dan diberi ancaman kepada si pelakunya dengan neraka. Hadis-hadis di dalam persoalan ini telah disebut oleh ulamak hadis sebagai hadis yang mutawatir.

Abu Hurairah r.a berkata . Nabi s.a.w. bersabda

Sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja maka siap tempat duduknya di dalam neraka.

(al-Bukhari dan Muslim)

Daripada al-Mughirah dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya berdusta ke atas namaku bukanlah seperti berdusta kepada seseorang, sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.

(al-Bukhari dan Muslim)

Berbohong ke atas Rasulullah s.a.w. ialah menyandarkan sesuatu perkara kepada Rasulullah sedangkan baginda tidak menyebutnya. Imam al-Nawawi menyebut berdusta itu ialah memberitahu tentang sesuatu yang bercanggah dengan perkara tersebut sama ada sengaja atau kerana kelalaian.

Hadis-hadis ini memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang mereka-reka dan membuat hadis palsu lalu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sedang Rasulullah tidak menyatakannya maka tempatnya adalah di neraka. Maka haram dan berdosa besar hukumnya kepada mereka yang melakukan perkara ini.

Ciri-ciri hadis palsu

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menyatakan di dalam al-Quran bahawasanya Dialah yang akan menjaga agama ini. Apabila Allah menjaga agama ini dengan memelihara al-Quran dari sebarang penyelewengan secara tidak langsung Allah juga menjaga sunnah Rasul-Nya Muhammad s.a.w. melalui perintahnya untuk mentaati Rasul-Nya. Nabi Muhammad s.a.w. turut memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh ummatnya iaitu hendaklah memegang teguh kepada sunnahnya.Maka Allah telah menganugerahkan kepada ummat ini dengan para ulamak yang ikhlas mempertahankan agama-Nya ini, menjelaskan kepada ummat tentang hadis-hadis baginda serta mengasingkan antara yang sahih boleh beramal dan yang dhoif (lemah dan Maudu’ (palsu) yang sama sekali tidak boleh beramal dengannya. Demikian agama Allah ini dijaga dan dipelihara dari sebarang unsur yang boleh merosak serta memesongkan agama ini dari jalan yang lurus.

Oleh itu para ulamak hadis telah meletakkan kaedah-kaedah yang penting bagi mengetahui ciri-ciri sesuatu hadis itu sama ada ianya palsu atau tidak. Antaranya:

1. Sekiranya sesebuah hadis itu bertentangan dengan al-Quran, kerana al-Quran dan sunnah nabawiyyah sumbernya hanya satu iaitu kedua-duanya wahyu daripada Allah.

2. Sesebuah hadis yang bertentangan dengan sunnah danrmutawatir yang sahih, kerana sunnah bersumberkan dari Rasulullah tidak bercakap menurut hawa nafsunya bahkan ianya wahyu yangrRasulullah duwahyukan kepadanya.

3. Hadis-hadis yang mengandungi unsur-unsur yang berlebih-lebihan (mujazafah) yang tidak pernah nabi mengucapkan seperti yang demikian. Antaranya melampau-lampau dalam menyatakan ancaman atau sesuatu ganjaran yang besar hanya kerana perbuatan atau amalan yang ringan. Hadis seperti ini banyak diriwayatkan oleh para (qussas) penceramah atau (zuhhad) orang-orang yang zuhud dan seumpamanya.

Contoh perkara-perkara yang telah disebutkan di atas ini terkandung di dalam buku yang sedang dibincangkan ini iaitu majmuk syarif.

Fadhilat sesuatu amalan ditentukan oleh dalil

Fadhilat atau kelebihan sesuatu amalan itu mesti datangnya dari perkhabaran al-Quran atau sunnah Nabi s.a.w. Ini disebabkan fadhilat itu adalah suatu benda yang ghaib yang tidak ada jalan lain untuk mengetahuinya melainkan melalui perkhabaran wahyu. Penentuan sesuatu fadhilat tertentu kepada amalan yang tertentu itu datangnya dari Allah s.w.t. Maka seseorang tidak boleh mendakwa sesuatu amalan itu ada fadhilat tertentu tanpa membawakan dalil daripada Al-Quran atau sunnah yang sahih.

Kandungan Majmuk Syarif

Antara isi kandungan buku majmuk syarif ini ialah:-

Fadhilat surah

Kandungan yang terkandung di dalam buku majmuk syarif ini ialah pertamanya dibawakan beberapa surah dari al-Quran iaitu surah Yasin, al-Kahfi, al-Sajdah, al-Fath, al-Rahman, al-Waqi’ah, al-Mulk, Nuh, al-Muzammil dan al-Naba’. Tiga daripada surah-surah ini dinyatakan fadhilat-fadhilatnya iaitu Yasin, al-Kahfi dan al-Sajdah. Tetapi malangnya riwayat-riwayat yang dinyatakan merupakan riwayat yang palsu dan riwayat yang tidak ada asalnya.

Kaifiyyat doa nisfu sya’ban

Dinyatakan “Inilah kaifiyyat membaca doa nisfu sya’ban bahawa hendaklah sembahyang sunat kemudian daripada sembahyang maghrib 2 rakaat maka ayatnya yang pertama kemudian daripada fatihah ‘Qulya ayyuhal kafirun’ dan ayatnya yang kedua kemudian daripada fatihah ‘Qulhu wallahu ahad’ kemudian memberi salam maka membaca yasin 3 kali dengan niat yang pertama minta dipanjangkan umur kerana ibadat kepada Allah ta’ala dan niat yang kedua minta rezeki yang banyak serta halal kerana buat bekal ibadat kepada Allah ta’ala dan niat yang ketiga minta ditetapkan iman kemudian membaca doa ini:
اللّهُم ياذا المنِّ ولا يُمَنُّ عَليكَ ياذاَ الجَلاَلِ والإكْرَامِ … s ehingga akhirnya
(majmuk syarif, hal: 99-100)

Kaifiyyat seperti ini tidak ada dalam sunnah Nabi s.a.w. Para ulamak hadis telah meletakkan kaedah umum yang menyatakan semua hadis-hadis yang menyebutkan pensyariatan sembahyang malam nisfu sya’ban kesemuanya hadis-hadis yang batil.

Syeikh Muhammad al-Syaqiri al-Hawamidi berkata:

“Solat 6 rakaat pada malam nisfu sya’ban dengan niat menolak bala’ dan niat supaya dipanjangkan serta membaca yasin dan berdoa tidak syak lagi ianya merupakan perkara baru (bid’ah) dalam agama. Ianya juga bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Orang yang mensyarahkan kitab Ihya’ berkata: Solat ini (6 rakaat malam nisfu sya’ban) masyhur di dalam kitab-kitab yang terkemudian yang datang daripada sufi dan aku tidak dapati solat ini juga doanya mempunyai sandaran yang sahih dalam sunnah. Tatapi ianya berasal dari amalan para masyaikh. Berkata Ashabuna: Sesungguhnya dibenci berkumpul untuk menghidupkan malam nisfu sya’ban sama ada di masjid atau selainnya. Al-Najmu al-Ghaithi ketika mengulas tentang menghidupkan malam nisfu sya’ban secara berjamaah beliau berkata: Bahawasanya perbuatan ini telah diingkari oleh para ulamak ahli Hijaz antaranya Atho’ dan Ibn Abi Mulaikah, juga para fuqahak Madinah serta Ashab Imam Malik dan mereka semua menyatakan ianya bid’ah. Tidak thabit dari Nabi s.a.w. dan juga para sahabat menghidupkannya secara berjamaah. Imam al-Nawawi berkata: Solat rejab dan sya’ban merupakan bid’ah yang mungkar lagi buruk”.
(al-Sunan wal Mubtadaat hlm 128-129)

Syeikh al-Hawamidi berkata lagi:

“Adapun doa اللّهُم ياذا المنِّ ولا يُمَنُّ عَليكَ ياذاَ الجَلاَلِ والإكْرَامِ… sehingga akhirnya, telah diketahui melalui syarah kepada kitab Ihya’ bahawasanya ianya doa yang tidak ada asalnya.
(al-Sunan wal Mubtadaat hlm 72)

Faedah istighfar rejab.

Di dalam Majmuk syarif halaman 101 menyatakan: Telah sabda Rasulullah s.a.w. kepada saidina Ali bin Abi Talib r.h. hai Ali suruh olehmu akan raja istighfar ini barangsiapa membaca istighfar ini atau ditaruh pada rumahnya atau pada mata bendanya atau menanggung akan dia sertanya, maka dikurniai Allah ta’ala akan dia pahala 80 ribu nabi, dan 80 ribu pahala siddiqin, dan 80 ribu malaikat, dan 80 ribu orang yang syahid, dan 80 ribu masjid dan barangsiapa yang membaca istighfar ini selama-lama hidupnya 4 kali atau3 kali atau 2 kali maka diampun Allah ta’ala baginya dosanya. Jikalau diwajibkan neraka sekalipun diampun Allah ta’ala jua. maka hendaklah dibaca akan dia pada tiap-tiap malam atau siang supaya dapatlah pahala yang tersebut itu. Dan sabda nabi s.a.w. barangsiapa membaca akan istighfar ini maka dibuat baginya 80 negeri di dalam syurga dan tiap-tiap negeri itu 80 mahligai dan pada tiap-tiap satu mahligai 80 buah rumah dan pada tiap-tiap buah rumah satu pemajangan dan pada tiap-tiap satu pemajangan itu 80 bantal dan pada tiap-tiap satu bantal itu 8 bidadari. kemudian dinyatakan istighfar tersebut.
Inilah antara contoh (mujazafah) berlebih-lebihan dalam menyatakan ganjaran yang sangat besar bagi sesuatu amalan yang ringan, dengan hanya membaca istighfar ini maka pengamalnya akan mendapat pahala 80 ribu nabi, malaikat dan sebagainya. Adalah mustahil bagi sesiapa sahaja yang beramal dengan amalan tertentu boleh mencapai darjat para nabi. Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: “Seolah-olah si pendusta yang keji ini tidak mengetahui bahawasanya selain dari nabi, walaupun dia bersembahyang selama umur nabi Nuh sekalipun dia tidak akan mencapai pahala seorang nabi pun”.
(al-Manar al-Munif)

Kenyataan bahawa ini adalah raja istighfar bercanggah dengan hadis yang sahih yang diriwayatkan dari syaddad bin Aus :

Nabi s.a.w. bersabda bahawa istighfar inilah yang dinamakan penghulu istighfar, sesiapa yang membacanya pada waktu petang kemudian mati pada malamnya akan memasuki syurga, dan sesiapa yang membacanya pada waktu pagi kemudian mati pada hari itu akan memasuki syurga.

(al-Bukhari)

Doa awal dan akhir tahun

Seterusnya dinyatakan, inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan zulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini. Inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ ماَ عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِي عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ ولَمْ ترضه ولم تَنْسَهُ وحَلِمْتَ عَلَيَّ بعدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِي ودَعَوتَنِي إلَى التَّوْبَةِ منه بعد جُرْآتِي على مَعْصِيَتِكَ فَإنِي استغفرك فاغفرلِي وما عَمِلْتُ فيها مِمَّا ترضاه ووَعَدْتَنِي عليه الثَّوابَ فأسئلك اللهم يا كَرِيْمُ ياذا الجلال والإكرام أن تتَقَبَّلَهُ مِنِّي ولا تَقْطَعُ رَجَاِئي مِنْكَ يا كرِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Sementara fadhilat doa awal tahun pula dinyatakan, Inilah fadhilat doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca dia ini 3 kali kemudian daripada sembahyang maghrib pada malam satu haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata Ia telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan, inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ أنت الاَبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ وعلى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وُجُودِكَ المُعَوَّلِ، وهذا عَامٌ جَدِيْدٌ قد أقبَلَ نَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فيه من الشيطانِ وأوْلِياَئِهِ وجُنُودِهِ، والعَوْنَ على هذه النَّفْسِ الأمارة بالسوءِ، والاشتِغاَلَ بما يُقَرِّبُنِي إلَيكَ زُلْفَى ياذا الجلالِ والإكرامِ يا ارحمَ الراحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Jamaluddin al-Qasimi berkata doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal dari Nabi s.a.w. tidak juga berasal dari para sahabat, tabiin dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhuat (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan “berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini” merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.
(Islahul Masajid hlm 129)

Doa Haikal

Satu lagi doa yang tidak warid dari Nabi s.a.w. serta fadhilat yang melampau-lampau terkandung dalam majmuk syarif ialah doa haikal. Dinyatakan seperti berikut “ Inilah khasiat fadhilat doa haikal yakni tujuh doa daripada nombor 1 sampai 7 dan sampai Qul ‘Auzu birab binnas bahawasanya adalah diriwayatkan oleh nabi kita s.a.w. pada suatu hari sedang nabi kita duduk dalam masjid madinah maka

Jibrail alaihi salam pun datang membawa firman ujarnya : wahai Rasulullah salamullah ta’ala pada tuan hamba dan firmannya hai kekasihku adapun doa HAIKAL yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pada tuan hamba maka barangsiapa yang tiada percaya pada doa ini KAFIR lah ia dan barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah subhanahu wa ta’ala melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.

Ya Muhammad s.a.w. barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak dan duduk dalam aman dan lagi barangsiapa yang menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang termulialah ia pada orang banyak dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakarat maut itu maka dengan mudahnya sahaja nyawa itu keluar. Barangsiapa membaca doa ini tiap-tiap hari dan jika tiada boleh membaca diperbuatnya azimat nescaya beroleh pahala umpama membaca

-70 ribu kali khatam quran dan
-70 ribu mati syahid dan
-70 ribu naik haji dan
-mendapat kebajikan seumpama membuat 70 ribu masjid
-memerdekakan 70 ribu hamba
-Menjamu 70 ribu orang berbuka puasa
-70 orang hafaz quran
-70 ribu alam
-70 ribu ahli ibadah
-70 ribu malaikat
-70 ribu nabi dan beroleh kekayaan, kebesaran Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail.

Ya Muhammad s.a.w. barangsiapa menaruh, maka dengan berkatnya terlepas ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia dari sekalian orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekalian bala’ dan jika ada dia berhutang nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.

Kemudian dalam buku tersebut membawa beberapa contoh kejadian aneh yang berlaku ke atas pengamal doa Haikal tersebut.Diceritakan ada seorang yang telah dituduh mencuri di negeri Baghdad, apabila dibawa kepada hakim Baghdad ia telah dijatuhkan hukuman pancung. Maka si tukang pemancung itu pun cuba memancung kepala lelaki tersebut tetapi sedikit pun tidak dapat mencederakannya. Kemudian diselamkan lelaki tersebut tetapi tidak lemas, kemudian dibakar, tetapi tidak terbakar. Melihatkan keadaan yang demikian itu maka hakim bertanya kepada lelaki tersebut apakah amalan yang diamalkannya? Maka jawab lelaki tersebut dikepalaku terdapat fadhilat doa Haikal, maka dengan berkat doa itu tidak akan terjadi sesuatu pun terhadapku, dan suatu bala’ pun tidak akan menghampiriku…”

Inilah fadhilat-fadhilat yang disebutkan di dalamnya. Dan diakhir fadhilat yang dinyatakan dalam kitab tersebut “Adapun fadhilat doa haikal ini terlalu banyak kadar diambil ringkasnya sahaja disini, sesungguhnya tiadalah syak lagi barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi KAFIR”.

Hukam-hakam syarak dibina di atas dalil al-Quran dan sunnah. Ancaman kafir sesiapa yang tidak mempercayai doa ini adalah satu pembohongan kerana ianya tidak diketahui dari manakah datangnya fadhilat-fadhilat terhadap doa ini sedangkan persoalan Takfir merupakan hukum syarak. Sekiranya dilihat dari fadhilat doa ini seolah-olah cukup hanya mengamalkan doa ini kita akan mendapat pahala yang sangat besar seperti pahala 70 ribu nabi dan sebagainya. Ianya juga tidak masuk akal dan bertentangan dengan al-Quran. Al-Quran menyatakan Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan. Adakah doa ini lebih baik dari Lailatul-Qadar?

Dukacita kita nyatakan disini bahawasanya secara tidak langsung doa ini akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk kepada pengamalnya apatah lagi mereka yang mengamalkan doa ini terdiri daripada mereka yang jahil terhadap agama.

Antara kesan buruk yang boleh kita senaraikan disini ialah:

1- Masalah takfir iaitu dengan mudah menghukumkan kafir kepada mereka yang tidak mempercayai fadhilat doa ini. Sedangkan fadhilat-fadhilat yang dinyatakan jelas bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.

2- Menjadikannya tangkal atau azimat sedangkan ianya jelas diharamkan di dalam Islam. Ini akan menyebabkan seseorang itu terpesong aqidahnya dengan sebab mempercayai tangkal dapat menghilangkan azab sengsara, menjauhkan bala’ dan sebagainya.

3- Dengan membacanya mendapat pahala 70 ribu pahala nabi, rasul sehinggakan malaikat pun dapat di atasi dengan hanya membaca doa ini. Ini akan menyebabkan masyarakat menganggap dengan hanya membaca doa ini dia sudah pun mendapat pahala yang tidak terhitung banyaknya menyebabkan mereka meninggalkan perkara-perkara atau kewajipan-kewajipan agama yang lain, contohnya jihad.

4- Mereka yang berhutang akan menganggap dengan membaca doa ini hutang-hutang mereka terlepas. Sedangkan diriwayatkan bahawa tidak menyembahyangkan jenazah yang masih lagi belum melangsaikanrNabi hutangnya.

5- Dengan membaca serta mengamalkan doa ini akan menjadi kebal. Ditikam tidak tembus, tidak lemas di dalam air dan sebagainya. Ini adalah kepercayaan karut. Sekiranya dengan membaca doa ini akan menjadi kebal sudah tentu nabi dan para sahabat membacanya ketika dalam peperangan badar dan sebagainya, sebaliknya Hamzah telah Syahid dalam peperangan Uhud dan nabi sendiri telah cedera di dalam peperangan yang sama.

Kesimpulan

Inilah antara kandungan yang terdapat di dalam buku kecil ini disamping kandungan yang lainnya seperti talqin mayat, doa kanzul Arasy, dan doa Ukasyah r.a. Malangnya masyarakat kita tidak mengetahuinya dan ianya dijual secara meluas. Bertambah malang apabila para pendakwah kita tidak mengambil berat persoalan seperti ini bahkan turut mempromosikannya kepada masyarakat. Adalah menjadi kewajipan pihak-pihak berwajib di dalam negara ini untuk mengharamkan penyebaran buku kecil ini terutamanya dari pihak yang mencetak buku ini dari terus tersebar di dalam masyarakat kita.
Hari ini merupakan hari terakhir saya bertugas di bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Amat pilu dan sebak terasa. Inilah Bahagian pertama di dalam servis kerajaan saya diletakkan. Pastinya banyak kenangan pahit dan manis. Selepas ini saya akan bertugas di Labuan.

Kenangan bersama-sama Tuan Haji Zainal Abidin, Pengarah Hub Halal dari mengadap Exco Agama Negeri Johor sehingga menjayakan kunjungan hormat Ketua Pengarah JAKIM ke Pejabat Ketua Pengarah KASTAM, makan dan berbincang hal peribadi dan hal-hal berkaitan kerja masih lagi utuh di dalam ingatan. Begitu juga kenangan bersama Ustaz Abdul Hamid Mohd Salleh, KPP saya yang pertama. Teguran, sindiran dan gurauan terlalu banyak. Apatah lagi rakan-rakan sekerja seperti Encik Khiruddin (kudin) dan Ustaz Shahrul Nizam (Bapak MLM). Terlalu banyak kenangan kami. Ketawa dan menangis bersama. Berbincang dari hal masyarakat, agama, ekonomi dan politik. Masing-masing dengan pendapat dan hujah yang kukuh. Macam pak menteri.

Sebenarnya, bukan saya ingin coretkan mengenai kisah ini. Tetapi, mengenai tugas terakhir yang saya laksanakan di Bahagian ini pada hari semalam. Saya telah didatangi oleh wakil sebuah syarikat yang berpusat di Shah Alam setelah satu temu janji di buat beberapa hari lalu. Saya gembira dengan kedatangan mereka untuk mendapat penerangan dan khidmat nasihat berkaitan pengilangan dan halal.

Dua orang wakil syarikat itu yang datang. Seorang perempuan Melayu Muslim dan seorang wanita berketurunan Cina Budhist. Setelah segala persoalan berkaitan pengilangan dan Halal habis dijelaskan kami telah berubah topic perbincangan. Seingat saya topic perbincangan kami bertukar apabila wanita Cina itu menceritakan yang beliau hampir memeluk Islam ketika beliau belajar mengenai selok belok makanan Halal pada awal pembabitan kilang itu mendapatkan halal (kalau tidak silap dalam tahun 2003).

Mengapa dia tidak meneruskan niatnya untuk menganut agama Islam? Persoalan itu saya tujukan kepadanya. Amat sedih dan bergetar hati saya apabila mendengar jawapan yang diberikan. Beliau akan hilang nama Cinanya. Benarkah ini?

Sememangnya di dalam masyarakay Melayu (Islam) di Negara kita apabila memeluk agama Islam perlu menukar nama mereka. Jika nama asal mereka Lim Kit Siang maka perlulah mencari nama lain seperti Ahmad, Ali atau nama-nama yang sesuai. Jika mereka tidak mahu juga menukar nama mereka maka sekurang-kurangnya nama bapa mereka harus ditukar. Jika perempuan jadilah binti Abdullah dan jika lelaki jadilah bin Abdullah.

Inilah salah faham dan tanggapan agama lain. Itu sebenarnya tidak benar sama sekali. Tidak ada tertulis pun di dalam al-Quran mahupun kata-kata nabi (hadith). Apabila mengenangkan apa yang dikatakan itu, saya teringat kata-kata Samahatul Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang melarang menukar nama apabila memeluk Islam selagi nama mereka membawa erti yang baik. Jika apa yang di katakana oleh beliau diterima dengan redha pasti tidak terjadi apa yang berlaku kepada wanita Cina itu.

Mengapa harus menilai Islam melalui masyarakat Muslim. Tidak adil. Ini kerana masyarakat Muslim di Negara kita, sudah banyak lari daripada apa yang tertera di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kadang-kadang apa yang diceritakan oleh pak-pak ustaz pun macam-macam. Ada orang alim yang boleh terbanglah, wali ini jika mandi akan banjir sekampunglah dan macam-macam lagi. Itu tidak kira lagi, boleh meminta doa kepada Arwah yang telah tiada di dunia ini.

Sememangnya saya yakin bahawa mendapat hidayah memeluk Islam adalah hak Allah. Nabi sendiri tidak mampu memberi hidayah kepada pamannya. Tetapi apa yang ingin saya tekankan, janganlah menyampaikan maklumat yang tidak selaras dengan Islam (al-Quran dan al-Hadith). Jangan bangga dengan gelaran ustaz di depan, tetapi buktikanlah perangai ustaz kita. Terangkan lah pengertian Islam yang sebenarnya.

Thursday, July 10, 2008

MUBAHALAH; ANTARA ANWAR IBRAHIM & SAIFUL BUKHARI

Keberanian Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari untuk bermubahalah amat menggerunkan saya. Mereka bersedia untuk melakukannya bagi membuktikan kebenaran dan menafikan tuduhan yang dihadapi. Saiful Bukhari bersedia melakukan mubahalah bagi membuktikan dakwaan dia diliwat Anwar Ibrahim adalah benar dan Anwar Ibrahim sanggup melakukannya bagi membuktikan bahawa dia tidak melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari.

Adakah keberanian yang dinyatakan oleh salah seorang dari kedua-dua pihak merupakan satu tektik berani bagi tidak dilebelkan sebagai bersalah sebelum habis bertarung? Tidak takutkah dengan la’nat Allah yang sememangnya terjadi dengan tindakannya? Ini kerana amat tidak masuk akal atau mustahil kedua-dua pihak berada di dalam pihak yang benar.

Jika dilihat pada lembaran sejarah, mubahalah bukan tidak pernah berlaku. Ia wujud di dalam Islam pun kerana ada nas (dalil) yang jelas. Jika dilihat di dalam surah Ali Imran pada ayat yang ke 61 yang bermaksud;

Sesiapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la’nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta”
Surah Ali Imran: 61

Ayat ini diturunkan sempena dengan kedatangan wakil Nasrani Najran ke Madinah yang berhujjah dengan Nabi S.A.W. tentang keyakinan batil mereka berkenaan Isa A.S. Namun mereka tetap berkeras dengan keyakinan mereka yang batil itu setelah Nabi S.A.W. mendatangkan hujah yang jelas kepada mereka. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat di atas supaya Nabi S.A.W. mencabar utusan Nasrani itu untuk bermubahalah. Namun cabaran itu telah ditolak oleh mereka disebabkan rasa takut atas perbuatan dusta mereka.

Jika dilihat pada masa itu golongan Nasrani najran tidak berani untuk melakukannya kerana mereka takut dengan la’nat Allah. Ia bukan sekadar cakap kosong mengenai kesannya tetapi ia akan berlaku.

Walaupun ayat yang dinyatakan di dalam Surah Ali Imran ditujukan kepada Rasulullah S.A.W tetapi ia bukan sekadar ditujukan kepada rasul seorang sahaja. Ia merupakan suatu yang diizinkan untuk dilaksanakan oleh umat Islam. Ia juga bukan dikhususkan kepada Ahli Kitab sahaja. Sebaliknya kepada mana-mana orang yang berselisih. Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi di dalam salah satu fatwanya menyebut:

“Mubahalah bukanlah dikhususkan kepada Rasulullah S.A.W. bersama Nasara sahaja, akan tetapi ianya umum kepada Baginda dan kepada umat Baginda sama ada bersama Nasara atau lainnya. Ini kerana asal dalam pensyariatan hukum, hukum itu umum (untuk semua, bukan khusus untuk Nabi), sekalipun mubahalah yang berlaku di zaman Nabi S.A.W. antara baginda dan Nasara Najran. Ini hanyalah sebahagian perlaksanaannya terhadap makna ayat (al-Quran), bukan menunjukkan terhad kepada hukum dalam keadan itu sahaja.”
(Bil. Fatwa: 6238)Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebut antara pengajaran dari kisah cabaran Mubahakah antara Nabi S.A.W. dengan Nasara Najran ialah:

“Bahawa menjadi sunnah dalam berdebat dengan ahli kebatilan, apabila telah ditegakkan hujah namun mereka enggan kembali kepada kebenaran sebaliknya terus berdegil, maka diseru mereka agar bermubahalah. Allah telah memerintahkan rasul-Nya berbuat demikian. Tanpa Allah menyatakan ini bukan untuk umatmu selepas ini. Sepupu baginda Abd Allah bin ‘Abbas juga pernah mengajak mereka yang membantah dalam beberapa perkara furu’ bermubahalah dengannya. Tiada seorang sahabat Nabi SAW yang membantah tindakan itu. Juga al-Auza‘i pernah mengajak Sufyan al-Thauri bermubahalah dalam masalah ‘mengangkat tangan’ tanpa ada yang membantah tindakannya. Ini adalah hujah yang kuat”
(Ibn Qayyim, Zad al-Ma‘ad 3/562-563)
Al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab juga pernah menyeru orang-orang yang menentangnya untuk bermubahalah sepertimana yang tercatit di dalam salah satu risalahnya:

“Dan aku menyeru kepada sesiapa yang menentangku kepada salah satu dari empat perkara: samaada kembali kepada Kitab Allah, atau kembali kepada Sunnah RasulNya, ataupun kembali kepada ijma’ para ulama atau jika dia degil juga aku menyeru dia kepada Mubahalah.”

Jadi bagi Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari yang ingin bermubahalah bagi membenarkan mereka perlulah mengetahui syarat-syaratnya sepertimana yang disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya yang bertajuk Hakikat Mubahalah. beliau menyebutkan lima syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.
1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T.
Tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah
2. Berilmu.
Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.
3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan bertaqwa.
4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.
5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama.

Diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut, terhasilnya rungkaian maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.

Ini kerana kesan kepada mubahalah ini amat dahsyat. Ibn Hajar al-‘Asqallani berkata

“Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan.”
Manakala seorang ulama India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari telah melakukan mubahalah dengan Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang mendakwa dirinya seorang Nabi. Lalu Allah S.W.T. membinasakan Mirza Ghulam Ahmad selepas setahun dari hari mubahalahnya. Manakala al-Syeikh Abi al-Wafa’ terus dipanjangkan umurnya hampir 40 tahun selepasnya.

Jadi diingatkan sekali lagi kepada Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim untuk berfikir semula dengan kata-kata mereka. Mungkin apa yang dinasihatkan oleh Ketua Pengarah JAKIM ada benarnya. Ia akan membogelkan keaiban salah seorang. Bukan sekadar aib sahaja akan terbuka malah la’nat Allah pasti akan terjadi.

Selain daripada itu adakah permasalahan yang mereka hadapi ini memenuhi syarat-syarat yang diberikan oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi. Jika mereka melakukan kerana dunia semata-mata maka diingatkan kepada kedua-duanya takutlah kepada Allah.

Wednesday, July 9, 2008

SHAMSIAH FAKEH

Tidak ada apa-apa yang ingin aku hadiahkan kepada wanita kebanggaan Negara ini. Darjat kurnia Datuk atau Datuk Seri mungkin belum pasti dapat menyamai jasa-jasa dia tambahan pula aku tiada kudrat untuk melakukannya. Hanya puisi kudus dari hatiku yang ingin ku abadikan buat engkau wahai seri kandi Negara, Shamsiah Fakeh. Semoga Allah memberikan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat buat mu dan keluarga. Ameen


SHAMSIAH FAKEH

Dia tidak kaya, tidak pula hidup merana,
Generasi muda sudah lupa, apakah jasanya,
Bukan semangatnya telah hilang, atau sudah tiada,
Cuma usianya yang agak tua, buat dia kurang upaya,
Untuk terus bercerita, siapa dia di usia muda.

Pacat dan lintah hutan tidak menggelikan dia,
Untuk terus berjalan meredah tebalnya belantara,
Walaupun kelembutan gadis Melayu ada padanya,
Demi untuk nusa dan bangsa yang amat tercinta,
Penjajah Negara harus ditentang semahunya.

Pengorbananya untuk ibu pertiwi besar harganya,
Berkampung di belantara, meninggalkan keluarga,
Walaupun rindu pada mereka menyengat jiwa,
Tetapi demi perjuangannya, semua itu perkara kedua,
Agar cita-cita menghalau anjing Inggeris kan Berjaya.

Setelah Negara bebas dari belitan penjajah durjana,
Jasanya tidak pernah dicerita pada sesiapa,
Apatah lagi mengisi ruang lipatan cerita,
Mengenai kemerdekaan dan para pejuangnya,
Walaupun hanya sebaris kata-kata, malangnya.

Wahai Shamsiah Fakeh, wanita perkasa,
Engkau sebenarnya kami tidak akan lupa,
Walaupun tiada anugerah darjat di dunia,
Illahi pasti akan membalas segala jasa,
Apabila tiba kelak saat yang dijanjikanNya.

Salleh Ariff,
July 9, 2008
Cyberjaya


Tuesday, July 8, 2008

MENGENANG JASA PEJUANG KEMERDEKAAN

Teringat cerita arwah ayah semasa saya kecil, ramai pejuang-pejuang Melayu sewaktu ingin membebaskan Negara dari penjajah dilebelkan sebagai pengganas, pejuang haluan kiri dan kumpulan yang ingin menggadaikan agama Islam dan bangsa Melayu. Bukan sahaja penjajah yang melebelkan mereka begitu malah tidak sedikit orang Melayu yang bersetuju dan menyokong kenyataan itu. Golongan itu tidak boleh diterima dan dikenang jasanya.

Arwah ayah pun pernah menyebut bahawa sebahagian golongan itu dilebelkan sebegitu kerana mereka sememangnya mempunyai matlamat dan objektif yang betul tetapi cara mereka tidak tepat. Ini kerana orang Melayu berpegang teguh dengan kata-kata ‘matlamat tidak menghalalkan cara’. Itu sebenarnya bukan sekadar pesanan orang-orang tua Melayu sahaja tetapi ia merupakan salah satu methodology dalam hukum fiqh (Islamic law) seperti mana yang tercatat di dalam buku-buku methodologies of Islamic law. Jika ia dianggap sebagai kata-kata penguat hujah sila lihatlah sendiri di dalam buku tulisan Ali Ahmad an-Nadwi, yang berjudul al-Qawaid al-Fiqhiyah atau buku-buku lain.

Kerana berminat dengan apa yang arwah ayah sampaikan saya pernah bertanya siapakah golongan yang dimaksudkan itu. Arwah ayah kata ramai. Antaranya, Tok Bahaman, Mat Kilau, Rosli Dhoby, Ahmad Boestaman, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi yang saya tidak berapa ingat.

Tokoh-tokoh hebat itu saya cuba selongkar satu persatu di perpustakaan sekolah. Tidak terkecuali di dalam buku teks pelajaran. Ada sebahagian saya jumpa dan sebahagian lagi tidak saya temui. Cerita mengenaiTok Bahaman, Mat Kilau dan Rosli Dhoby saya jumpa di dalam buku di perpustakaan bergerak yang datang ke sekolah sebulan sekali. Buku mengenai mereka saya pinjam dan baca. Mereka sememangnya hebat. Jasa-jasa mereka tidak boleh kita lupakan.

Tetapi nama-nama seperti Ahmad Boestaman, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh tidak saya temui. Sehinggalah saya berada di sekolah menengah. Tetapi maklumat yang saya tahu mereka semua ini kominis. Mana boleh orang Melayu jadi kominis. Kominis tidak percaya kepada tuhan. Rosak akidah. Tetapi mengapa arwah ayah pernah menyebut mereka memberikan sumbangan besar dalam menghalau penjajah dalam meraih kemerdekaan. Adakah arwah ayah menyampaikan maklumat tidak tepat? Mustahil! Dia selalu menjadi pencerita kisah-kisah pejuang dan hero saya.

Dalam buku menceritakan orang Melayu tidak boleh terima kominis kerana ia bertentangan dengan pegangan hidup orang Melayu. Guru-guru sejarah saya turut berkata begitu. Sehinggalah saya dengar dari abang saya bahawa dia belajar dengan cucu Pendekar Salleh Selempang Merah. Saya pernah meminta dia membawa saya berjumpa dengan cikgu sejarahnya itu. Dia tidak mahu. Jadi saya meminta agar dia menanyakan mengenai kenapa Ahmad Boestaman, Shamsiah Fakeh, Abdullah CD dan lain-lain menyertai parti kominis dan arwah ayah mengatakan jasa mereka harus dikenang.

Setelah beberapa hari, abang memberitahu bahawa cikgunya mengatakan bahawa tokoh-tokoh itu hebat dan sememangnya perlu disanjung. Mereka bukan seperti kominis yang disangkakan orang Melayu. Betul ke? Cucu kepada pejuang yang menghabiskan kepala kominis berkata begitu.

Semua itu semakin lama semakin bersarang di benak kepala saya. Mengapa orang-orang tua semua tidak memberi saya maklumat yang sama. Banyak kali saya mengeluh. Ada yang kata mereka baik, ada pula yang mengata mereka tidak baik. Ada yang mengatakan mereka perlu disanjung ada pula mengatakan mereka perlu dilupakan dan pengkhianat bangsa dan agama. Itukan semua cerita sejarah. Perkara yang telah berlalu. Mesti mereka sudah tahu. Mengapa perlu berlaku perselisihan maklumat.

Semua itu terjawab apabila saya berada di akhir alam sekolah menengah. Tingkatan lima jika saya tidak silap. Arwah Cikgu Rahmat (semoga Allah merahmati beliau seperti namanya) yang mengajar subjek sejarah kelas saya banyak membantu menrungkai kekusutan saya. Beliau yang kerap terpaksa mengajar di luar topic pelajaran sering kali memberi jawapan permasalahan saya. Dia cukup berminat untuk bercerita. Katanya lebih baik menerangkan mengenai perkara itu daripada mengajar apa yang sudah tersedia di dalam buku teks. Belajar sejarah sebenarnya membaca buku sejarah. Kerana kata-kata beliaulah saya sanggup menghabiskan membaca buku sejarah tingkatan empat dan lima lebih sepuluh kali agar dapat mengingati fakta.

Pejuang-pejuang itu semakin saya yakini perlu dibanggakan dan disanjungi apabila sudah banyak buku-buku yang menulis mengenai mereka. Antaranya Memior Shamsiah Fakeh, dan Abdullah CD. Cukup menarik minat saya. Mereka sanggup menghabiskan sisa hidup mereka melakarkan cerita perjuangan mereka. Mereka memang hebat. Walaupun mereka dianggap sebagai gerila hutan yang berhaluan kira tetapi mereka sememangnya memberi sumbangan yang besar dalam kemerdekaan dan menghalau penjajah. Seperti apa yang dikatakan oleh Dato Onn Jaafar yang dicatat di dalam buku mengenainya (buku kesayangan saya yang hilang sewaktu berpindah rumah dari Wangsa Maju ke Mersing, Johor) bahawa gerila dalam hutan ini telah mendesak penjajah memerdekakan Negara kita dengan lebih cepat lagi.

Tetapi, mengapa mereka tidak dapat anugerah Datuk, Tun atau lain-lain. Jasa mereka cukup besar. Saya yakin tanpa mereka pasti kita akan menerima kemerdekaan bukan pada 31 Ogos 1957. Pasti lebih lewat. Mengapa tidak ada Sultan atau raja ingin memberikan darjah kebesaran itu kepada mereka. Tetapi mereka yang dilihat jasanya tidak seberapa mendapat anugerah itu.

Sebenarnya tidak terniat untuk saya menyatakan ini. Mereka semua ikhlas berjuang. Apa yang mereka harapkan pun hanya kemerdekaan yang telah kita kecapi dijaga. Mereka pun tidak pernah mengharapkan wang atau ganjaran seperti para atlet yang akan berjuang di olimpik Ogos ini. Mereka hanya mengimpikan Negara terus aman dan bertambah maju. Merek tidak pernah berhajat untuk mendapat penghormatan dan diabadikan. Tetapi mereka hanya berdoa agar perpaduan umat Malaysia sentiasa berkekalan.

Jadi, sebagai menghargai jasa-jasa di atas perjudian nyawa mereka menghalau anjing-anjing penjajah dan membawa kemerdekaan Negara kenanglah jasa mereka. Janganlah ada yang memandang hina pada mereka kerana pernah berjuang di bawah parti Kominis Malaya. Mereka terpaksa untuk berjuang dibawah payung itu. Aqidah mereka tidak lari. Tata cara hidup mereka tidak tergadai. Mereka tetap Melayu dan Islam. Itulah ruang yang sebenar bagi mereka membuka denai-denai kebahagian kita hari. Ceritalah pada generasi akan datang mengenai mereka.