Wednesday, November 12, 2008

KLIP VIDEO SAJAK KEMATIAN; SATU PENILAIAN RINGKAS

Kekecohan mengenai tayangan klip video 'Sajak Kematian' menghangatkan keadaan dan memanggil pelbagai pihak untuk menyuarakan pendapat. Ada yang menyokong dan ada juga pihak yang membantah. semua hadir dengan hujah-hujah yang bernas. Pihak yang bersetuju dengan tayangan itu menyatakan bahawa pihak yang tidak sealiran dengan mereka, benci kepada kebaikan dan tidak berminat dengan Islam. Bukan itu sahaja tetapi pelbagai lagi tohmahan yang diberi. bagi golongan yang mebantah mereka pula hadir dengan hujah-hujah bahawa kesan negatif kepada pembesaran anak-anak akan tercetus dan mahu ia dihntikan. Entahlah...
Mari sama-sama kia renungkan mengenai klip video 'Sajak Kematian' yang ditayangkan oleh anak-anak kta yang berusia tujuh dan lapan tahun. Adakah ia patut atau sebaliknya...
Tetapi sebelum kita membuat penilian, persoalan yang perlu ditimbulkan adalah dari mana klip video itu diambil? Siapa yang menghasilkannya? Adakah melalui cetusan idea kreatif ataupun bersandarkan hujah-hujah syariah?
DARI MANA ASAL KLIP VIDEO ''SAJAK KEMATIAN'' & SIAPA YANG MENGHASILKANNYA
Dari apa yang saya saksikan klip video selama 10 min 48 saat di http://www.youtube.com/watch?v=L9eVrmMdo5Y ia merupakan satu klip video yang tidak sempurna. ia masih ada lagi sambungannya. Manakala klip video ini bukannya baru dihasilkan. tetapi sudah lama. kalau tidak silap lebih daripada empat tahun. ia dihasilkan oleh kumpulan yang pernah difatwakan terpesong. bertukar dari satu jenama ke satu jenama. lihatlah daripada pakaian mereka. berserban besar yang memiliki fesyen yang sama dan gemar menceritakan perkara-perkara ghaib. mungkin akan datang akan menayangkan pula bagaimana rundingan guru mereka dengan malaikat untuk menangguhkan ajal. Jadi, cadangan dari saya yang kurang arif ini agar dikaji secara teliti dari mana asalnya klip video ini. Video Linggam boleh dikaji, inikan pula klip video ini.
BENARKAH APA YANG DIGAMBARKAN?
Semua maklum bahawa beriman dengan perkara ghaib merupakan satu kewajipan. Siksa kbur dan soal jawab dikubur merupakan perkara ghab. beriman dengan malaikut pun perkara ghaib. Semua wajib diimani. tetapi bolhkah kita menggambarkan perkara ghaib itu. bukankah kita hanya tahu sedikit sahaja perkara-perkara ghaib dan melibatkan roh. Soal jawab di dalam lahad tu bukankah soal jawab malaikat dengan roh? Jadi mengapa ada yang cuba menggunakan imiginasi kreatif untuk menggambarkannya. ini soal iman.. Janganlah sampai nanti agama kita macam apa yang digambarkan oleh pak-pak paderi yang menggambarkan tuhan mereka, malaikat mereka dengan gambar dan patung.lucukan.
Siksa kubur, soal jawab kubur dan seumpanya perkara samiat...cukuplah dengan apa yang dikatakan sahaja. tak perlu dilakonka. ini siap dengan suara malaikat lgi (sekali dengar macam suara artis lama yang dah tak muncul-muncul sahaja.. bekas suami Raja Ema..tak ingat la nama).
ADAKAH KLIP INI SELARI DENGAN HUJAH-HUJAH SYARIAH.
Banyak yang tidak selari. Seperti apa yang saya nyatakan sebelum ini. Firman Allah (perkara berkaitan roh itu adalah urusan Allah). Jadi serah saja pada Allah. Sampaikan sahaja apa yang datang dari Ayat Quran dan hadith nabi. ak payahlah nak buat video klip macam tu.
....................................
DARI SUDUT PSIKOLOGI.
sememangnya klip vdeo ini tidak elok untuk psikologi anak-anak. jikalau saya sewaktu kecil ditanamkan dengan cerita balasan akhirat sepert lidah dipotong jika berdusta. tangan dikerat jika mencuri tanpa perlu dibuat video klip dan saya boleh yakin dan takut mengapa sekarang perlu dibuat video klip begitu. saya rasa bukan saya seorang sahaja yang menerima didikan seperti itu, tetapi ramai. ramai yang berkesan.
adi diharapkan pihak-pihak yang berkaitan kajilah semula dan ambillah tindakan sewajarnya.

4 comments:

Anonymous said...

Saya sokong pendapat anda... walaubagaimanapun video tersebut sedikit sebanyak sebenarnya telah mengingatkan saya tentang siapa saya sebenarnya...walaupun tidak elok menggunakan imaginasi kreatif untuk mengambarkan perkara-perkara ghaib...tetapi untuk orang dewasa seperti saya...saya mampu berfikir bahawa sedangkan imaginasi pun sudah menakutkan apatah lagi yang realitinya....

Unknown said...

Aiseh bro!Mufti sudah haramkan lah!

Anonymous said...

kalau menggambarkan makhluk halus dan org bunian macam 'waris' dalam cerita kekasih ku seru, dan bomoh yg berkomunikasi dgn makhluk ghaib dalam 'puaka nyiang merepek' tu masuk kategori mana? selaras dgn syariat dan dah mendapat panduan drp mufti ker?

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!