Thursday, December 24, 2009

Saya akan menjayakan program Motivasi Pagi di Radio Labuan FM pada setiap pagi jam 6.30 bermula 1 Januari 2010.
MARI MENGEJAR KEJAYAAN SEMPENA TAHUN BARU

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT TINGGAL 1430 HIJRAH... SELAMAT DATANG 1431 HIJRAH

1 Muharam 1431 Hijrah akan hadir beberapa jam lagi dan 1430 Hijrah akan berundur apabila tibanya saat itu. Semoga kehadiran 1431 Hijrah akan memberi sejuta kebahagiaan dan keuntungan.
Malaysia, negara tercinta telah menjadikan 1 Muharam sebagai hari cuti. maka kesempatan yang ada telah diisi dengan pelbagai aktiviti dan program oleh masjid-masjid dan surau. Ini merupakan satu perkara yang amat bagus dan berfaedah.
Cuma apa yang agak menyedihkan saya adalah berkenaan satu amalan yang sering kita lakukan (saya telah menyaksikan sejak saya masih kecil lagi) pada beberapa minit sebulum akhir tahun berlalu dan beberapa minit selepasawal tahun menjelma. Tidak lain dan tidak bukan adalah amalan membaca Yaasin, bacaan doa awal dan akhir tahun.
Pada saya ia merupakan perbuatan yang tidak menyalahi syarak. Ini kerana syarak sememangnya mengarahkan kita agar sentiasa memohon doa kepada Illahi dan banyak membaca al-Quran (Yaasin merupakan satu daripada surah-surah di dalam al-Quran). Cuma apa yang agak menyedihkan, apabila doa awal dan akhir tahun yang dibaca (kedua-dua doa ini yang kebiasaannya dibaca di masjid-masjid dan surau-surau) diberikan pelbagai ganjaran. Siapa yang akan memberikan ganjaran itu dan siapa yang menyenaraikan ganjaran? persoalan itu sering bermain di minda saya.
Bacaan yaasin pun turut diberikan pelbagai fadhilat pada ketika itu. Benarkah fadhilat yang disebut-sebut atau ia hanya ritorik semata-mata? Pada saya fadhilat dari sesuatu amalan atau perbuatan yang boleh dipercayai dan dipegang hanyalah sekiranya ada disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Ini kerana al-Quran datang daripada Allah dan Dia adalah yang akan memberikan apa sahaja yang dikehendakiNya. As-Sunnah pula datangnya dari Nabi Allah. nabi tidak akan bersifat pendusta atau menyorokkan apa yang Allah sampaikan.
Jadi, semua ini perlu difikir-fikirkan. Tidak salah berdoa dan membaca Surah Yaasin. Saya rasakan tidak ada seorang pun yang mengatakan ia perbuatan salah. Cuma terkadang apa yang disampaikan seseorang akan membawa maksud yang salah.
SELAMAT MENYAMBUT 1431 HIJRAH. SEMOGA TAHUN BARU YANG AKAN TIBA MEMBAWA KEBAIKAN BUAT KITA DAN APA YANG BERLAKU PADA 1430 HIJRAH YANG BAKAL DITINGGALKAN AKAN MEMBERI SATU INSPIRASI UNTUK KITA MENJADI YANG TERBAIK..

Wednesday, December 9, 2009

PENDAKWAH TURUN BERDAKWAH DI TEMPAT SYAITAN...

Saya bukan terdiri daripada golongan kudus. Baik dan cukup patuh. Sewaktu belajar saya cukup gemar bergaul dengan kawan-kawan yang tidak tentu hala. Jika dipandang oleh kaca mata masyarakat Melayu yang penuh adat dan adab kawan-kawan saya bolehlah digelar sebagai golongan ‘jahat’, ‘tak bau syurga’ atau apa-apa lagi. Tetapi pada saya mereka tetap kawan-kawan saya.

Walaupun mereka maklum saya merupakan pelajar aliran agama dan kadang kala gemar mengikuti program-program bicara agama atau seumpama dengannya mereka tetap tidak gerun untuk terus berkawan baik dengan saya. Kawan tetap kawan. Cuma prinsip mereka, saya boleh ikut ke mana sahaja mereka mahu pergi tetapi cukup sukar bagi mereka untuk mengikut saya ke mana sahaja saya pergi. Maksudnya, walaupun saya mengajak macam nak mati mengikut saya ke kelas-kelas bicara agama, jawapan mereka pastinya tidak.

Itulah yang sememangnya berlaku kepada ramai golongan anak muda. Mereka merasakan diri mereka penuh dosa dan tidak layak untuk pergi ke program orang baik-baik. Tiada pass nak join. Walaubagaimanapun, jika saya berbicara bab-bab agama pada mereka, ia merupakan bicara yang amat diminati mereka.

Kesimpulan yang boleh saya kata mengenai perkara ini, golongan remaja liar amat takut untuk mendekati program orang baik-baik tetapi jika mereka didekati oleh orang di tempat acara mereka, pasti ia tidak akan di tolak. Pasti jika sepuluh yang dikatakan oleh orang baik-baik itu, mungkin ada yang tersangkut dan moga-moga ia dapat menjadi punca dapat hidayah.

Berkaitan dengan semua ini, saya sebenarnya cukup tertarik mengenai agenda seorang tokoh agama yang sekarang cukup kontroversi dalam masyarakat Melayu. Tidak lain dan tidak bukan, mantan Mufti Perlis, Dr. Asri. Perancangan beliau untuk berdakwah ke pusat-pusat hiburan merupakan perancangan yang baik. Ia perlu dipuji dan bukan dikritik atau dikeji.

Apa yang beliau lakukan tidak ubah dengan agenda dan strategi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan satu ketika dengan mengajar dan mendekati golongan Mak Nyah di Jalan Haji Taib. Dekati golongan tersebut di lubuk mereka. Tak perlu bawa mereka keluar lubuk pun.

Monday, December 7, 2009

PERBUATAN MENCACI NEGARA PERBUATAN KELOMPOK TIDAK BERTAMADUN

Perkara yang ingin dibicarakan bukan perkara baru. Cerita ini sudah lama saya baca dan lihat di dalam banyak forum dan bebrapa blog persendirian. Cuma apabila pagi ini ia dibangkitkan oleh seorang teman saya rasa terpanggil untuk member sedikit ulasan. Ulasan seorang anak sejati Malaysia yang amat mencintai Negara dan mencintai keamanan serantau.

Ia berkaitan kutukan dan hinaan sebuah Negara jiran terhadap Malaysia. Paling sedih dan tidak sanggup untuk saya menyebut di sini apabila ia menamakan Malaysia sebagai Malingsia. Perbuatan jahil dan tidak bertamadun itu yang menggunakan pelbagai bentuk hinaan terhadap Negara bukanlah merupakan perbuatan mejoriti rakyat Negara tersebut melainkan hanya kumpulan yang terpinggir sahaja.

Mengapakan perbuatan terkutuk itu dilakukan? Apakah keuntungannya? Adakah dengan berbuat perkara tersebut golongan itu akan mendapat kemasyhuran dan keuntungan? Pada saya ia tidak lain dan tidak bukan hanya sia-sia dan merugukan semua pihak serta membawa bencana semata-mata.

Bukankah Malaysia yang diketahui umum sebagai Negara yang amat mencintai kedamaian dan amat bertolak ansur amat tidak berminat dengan pergaduhan dan peperangan. Walaupun kadang-kadang melihat Malaysia terlalu banyak sangat mengalah terhadap banyak pihak saya merasakan perbuatan tersebut sebagai cara terbaik untuk mengelakkan kemusnahan kedamaian sejagat. Bak kata orang tua-tua mengalah bukan bererti kalah cukup bermakna kepada pemimpin Negara kita yang dianugerahkan bijak. Tetapi apa yang amat menyedihkan saya tindakan bebarapa kerat rakyat kita sendiri.

Mengapa kita perlu melayan apa yang difitnah terhadap Negara kita yang tidak betul itu. Menuduh kita sebagai perompak khazanah dan kebudayaan serta macam-macam lagi. Seolah-olah Negara kita sebuah paksi kejahatan. Jika itu benar mengapa ramai di anatara penduduk Negara-negara luar amat berminat untuk bekerja dan bermestautin di Malaysia. Kenapa Negara yang dihina dicium-cium dan diidamkan. Pastinya kerana apa yang mereka dakwa hanya cakap kosong dan tindakan tidak bertamadun.

Hanya sebagai nasihat dan ingatan, janganlah kita sesekali membalas cemuhan yang diberikan kepada Malaysia dengan cemuhan jahat juga. Jika itu dilakukan samalah kita tidak ada akal seperti apa yang dilakukan. Relaks dan Cool. Semoga Allah Taala member kesejahteraan dan keamanan kepada Negara. Semoga tiada bencana yang akan melanda Negara. Malaysia terus aman damai dan kekal menjadi 1Malaysia.

Tuesday, December 1, 2009

DOA..... OH... DOA....

Pada setiap pagi Jabatan saya mengadakan assembly session dengan bersama-sama membaca al-Quran, mendengar terjemahan ayat dan membaca potongan hadith. Ia merupakan rutin kami setiap pagi agar mendapat sedikit santapan rohani dan mengeratkan hubungan sesama pekerja.
Pagi tadi surah yang dibaca adalah surah al-Baqarah. Apabila mendengar satu ayat yang dibacakan saya teringat kekecohan yang melanda pada hari ini. Ayat tersebut adalah ayat yang ke 186.

Allah berfirman:

Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hamper kepada mereka; aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Ayat itu menyatakan agar kita berdoa kepada Allah terus. Itulah cara memohon kepada Allah yang paling mustajab. Pohonlah kepada Allah segala hajat yang kita inginkan. Allah pasti menunaikannya. Lambat atau cepat itu hak Allah. Hak hamba hanya meminta. Semua pasti ada hikmahnya.

Tetapi, bagaimana pula sekiranya kita meminta sesuatu yang tidak baik. Adakah itu dibolehkan? Patinya jawapan yang paling tepat adalah tidak boleh. Memohon kehancuran orang Islam atau kumpulan orang Islam merupakan contoh doa-doa yang perlu dijauhkan.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini kecoh seorang Tuan guru didakwa melakukannya. Apa cerita pula? Ramai yang mengkritiknya. Kawan dan lawannya turut mengkritik. Saya tidak mengatakan tindakannya salah atau betul selagi saya tidak mendapat maklumat yang terperinici.

Saya yakin Tuan Guru tersebut faham dan mengerti akan apa yang dilakukan. Mungkin ini kerana perbezaan tafsiran dan fahaman yang menyebabkan pelbagai hukuman dilemparkan terhadap Tuan Guru tersebut.

Sebagai orang awam saya hanya boleh mengatakan janganlah kita terus menghentam beliau. (orang awam yang saya maksudkan adalah kita masyarakat awam). Jangan ada yang cerca. Takut tersilap cerca kita yang berdosa. Relaks and cool.. Jangan kerana berbeza fahaman politik habis semua kita bantai sama...

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA 1430H/2009M

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijrah.
Semoga Aidil Adha yang akan kita raikan ini mengingatkan kita hikmah Ibadah Korban dan Ibadah Haji.

Monday, November 23, 2009

LAWATAN DARI IKHWAN GLOBAL

Pada hari ini saya dikunjung oleh dua orang wakil daripada Ikhwan Global (disebut sebagai Al-Arqam). Mereka menyatakan tujuan hanya untuk bertamu sahaja di pejabat. Memandangkan ketua jabatan tiada maka saya perlu memberi layanan terbaik. Bukan kerana mereka sebagai wakil Ikhwan Global (disebut Al-Arqam), tetapi kerana mereka berkunjung dan tetamu Jabatan. Layanan terbaik perlu diberikan agar Jabatan ‘Sentiasa Dicontohi’ sama seperti moto Jabatan kami.

Seorang daripada mereka (ketua rombongan) yang bernama Encik Mokhtar menyatakan kepada saya beliau pernah tinggal di W.P Labuan ini empat tahun lepas. Sewaktu Ustaz Asaari Muhamad (mereka menyebut sebagai Abuya dan saya tetap mengekalkan namanya sebagai Ustaz Asaari sahaja) dikenakan tahanan di Pearl Of Borneo ini. Saya lebih banyak mendengar cerita beliau.

Dalam leka menceritakan mengenai perihal beliau empat tahun dahulu dan pergerakan Ikhwan Global (disebut Al-Arqam) beberapa persoalan dilontarkan kepada saya. Antaranya mengapa Al-Arqam (Ustaz Asaari) tidak pernah didakwa di Mahkamah Syariah sama seperti apa yang dilakukan terhadap Cikgu Kahar (yang pernah mendakwa sebagai rasul Melayu dan meletakkan jawatan pula)? Saya hanya tersenyum dan menyatakan itu adalah bidang kuasa Ketua Pendakwa Syarie dan saya tidak tahu menahu.

Selain daripada itu saya dilontarkan soalan adakah Aurad Muhammadiah yang pernah diamalkan oleh mereka itu sesat atau sebaliknya? Soalan ini timbul apabila saya bertanya mengenai adakah mereka masih mengamalkan Aurad tersebut dan mereka menyatakan sudah tidak mengamalkan lagi (hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui). Jawapan saya mudah. Fatwa telah menyatakan ia sesat. Saya didesak lagi mengapa ia sesat dan apa pandangan saya. Menjawab persoalan tersebut saya memberi pendapat peribadi berdasarkan ilmu yang cetek Allah kurniakan hasil pembelajaran dan pembacaan saya. Aurad Muhammadiah tidak ada asal dari Rasulullah s.a.w. kandungannya turut agak pelik sebenarnya. Bagaimana seorang yang pernah mereka dakwa sebagai bakal Imam Mahdi (mereka nyatakan kepada saya Embah Agung) boleh menerima Aurad tersebut ‘direct’ daripada Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan jaga (mereka sebut secara yaqazah)? Ia mustahil.

Jikalau ini boleh berlaku mengapa pada masa pertelingkahan di zaman Saidina Uthman, Ali dan Muawiyyah tiada seorang sahabat pun pernah diriwayatkan beryaqazah dengan Rasul S.A.W bagi menyelesaikan permasalahan. Jika ia benar boleh pasti tidak akan berlaku Perang Jamal, pertelingkahan Ahli Bit dan Muawiyyah dan lain-lain lagi. Mereka semua lebih rapat dengan rasul dan digelar sebagai umat terbaik melalui lidah Rasul.

Mereka ada menyatakan bahawa Imam Ghazali dan Imam Sayuti pernah banyak kali beryaqazah dengan Rasul seperti mana yang disebut di dalam kitab mereka. Jika ada saya perlukan bukti. Bahan tersebut perlu dinilai kesahihannya. Saya tidak mahu hanya mendengar dari mulut sahaja. Ini kerana sudah banyak kali saya mendengar daripada mereka. Tetapi datangkan bukti kerana saya sememangnya kurang berpeluang menelaah buku-buku karya agung ulama lama. Saya mengambil ini daripada pengalaman apabila satu ketika dahulu mereka pernah mendakwa kepada saya (seorang anak Asaari yang pernah dikenakan tahanan rumah di satu kawasan di Pahang) bahawa Asaari sujud panjang (mungkin tuan pernah dengar berkenaan isu ini satu ketika dahulu) berdasarkan apa yang disebut di dalam kitab Nailul Autar. Malangnya apabila saya membelek satu persatu kitab tersebut bersama rakan bernama Encik Hakim Bin Rosli (sekarang bertugas di Universiti Darul Iman sebagai part time lacturer) tidak ditemui.

Saya bersyukur mereka sudi untuk berkunjung ke Jabatan saya. Sebagai jabatan yang bersungguh-sungguh merialisasikan matlamat 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan kami akan menerima kunjungan semua pihak tetapi saya tetap akan berpegang Aqidah Murni perlu digenggam. Biar tangan saya melecuh kerana menggenggam aqidah jika ia sepanas bara api tetapi untuk melekehkan ia tidak sama sekali.

Saturday, November 21, 2009

Apabila isu Wahabi a.k.a Salafi a.k.a Kaum Muda dan seangkatan dengannya hangat semula diperkatakan dan mendapat perhatian saya menganggap ia perkara baik. Ada golongan yang mempertahankan tak kurang juga golongan yang menyatakan mereka membongkar ‘temberang’ kumpulan tersebut. Banyak blog-blog yang aktif menenyeh dan menggasak team tersebut. Antaranya blog seorang penjawat awam yang namanya semakin femous iaitu Saudara Zamihan Mat Zin melalui blog Akidahtul Tanzih (http://al-ghari.blogspot.com/. Tak kurang banyaknya juga blog yang mempertahankan seperti blog teman sekuliah saya dahulu M.K.A (http://abusyuaib.blogspot.com). Ia semua berlaku berdasarkan kepada pendapat dan pegangan mereka.

Melihat senario ini, teringat saya di dalam Jurnal Edisi Khas berkenaan Islam Hadhari yang dikeluarkan oleh JAKIM sewaktu Islam Hadhari cukup popular. Tun Pak Lah dalam satu nukilannya di Jurnal tersebut ada menyatakan bahawa Islam berlaku perbezaan di mana-mana adalah disebabkan oleh penafsiran ulama. Sebab itulah ada negara yang agak keras pandangan mereka terhadap Islam dan ada juga negara yang gambaran Islam mereka adalah Liberal. Tidak terkecuali yang Islamnya bergambarkan sekular. Mereka semua itu percaya itulah yang benar dan tepat. Ia terhasil kerana tafsiran ulama. (Sekadar apa yang teringat sahaja. Teks sebenar boleh rujuk sendiri di dalam Jurnal tersebut).Begitulah apa yang disampaiakan oleh Tun Pak Lah.

Apa yang dinyatakan oleh Tun Pak Lah sebenarnya penuh dengan hikmah. Ia perlu direnung dan diteliti. Puak yang menentang golongan Wahabi ini percaya pendekatan golongan tersebut tidak tepat. Begitu juga puak yang mempertahankan. Mereka merasakan apa yang dibawa adalah tepat. Ia semua berlaku berdasarkan pemahaman masing-masing.

Cuma apa yang amat dikesali melalui fenomena ajaib ini di negara kita sekarang. Ia seolah-olah akan mengulang sejarah lampau dan meniru apa yang berlaku di negara-negara lain. Perpecahan di kalangan umat Melayu (Pada saya semua umat Melayu di Malaysia adalah Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan). Adakah itu akan memberi keuntungan? Adakah ia akan menjayakan misi 1Malaysia? Semua pasti ada jawapannya.

Berkenalan dengan teman-teman yang merasa bahang apabila mendengar group yang digelar Wahabi dan berbincang dengan mereka beberapa isu agama tidak pernah menyebabkan saya taksub untuk terlibat sama mencaci group yang digelar Wahabi. Begitu juga dengan group yang digelar Wahabi. Mereka tidak pernah memaksa untuk membenci group yang menentang mereka ataupun bertaqlid buta kepada pandangan dan bawaan mereka. Pada saya mereka semua bagus. Cuma yang tak bagus apabila ada yang kutuk mengutuk dan menghina peribadi.

Saudara Zamihan, salah seorang yang aktif membongkar ‘temberang’ Group Wahabi, saya amat gemar mendengar tazkirah yang diberikan (sewaktu Halal Hub Dept. menumpang di ILIM, selepas mengaji hari Jumaat, kerap beliau memberi tazkirah dan pernah memberi peluang kepada saya memberi tazkirah). Beliau penuh dengan hikmah dalam menyampaikan pesan. Beliau gemar membuat perumpamaan amalan dengan sukan bola sepak dan lumba kereta. Pendekatan yang cukup baik untuk menarik perhatian audience.

Tidak kurang juga mantan Mufti Perlis, Dr Asri. Saya agak kagum apabila saya mula melangkah ke Pusat Matrikulasi, UIAM dan berpeluang mendengar ceramahnya. Apa yang saya mampu katakan. Hebat betul Pak Syeikh ini dalam memperkatakan mengenai ilmu. Kemudian kerap juga saya menghadiri siri-siri ceramah beliau sepanjang saya berada di UIAM. Beliau telah banyak membuka minda saya.

Jadi, apa yang boleh disimpulkan, fenomena yang lebih dasyat daripada fenomena H1N1 ataupun tsunami di Kedah dulu dapatlah diselesaikan dengan baik. Satu sahaja yang perlu diingat seperti apa yang Khatib sebut waktu Khutbah... Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulul Amr, sekiranya berbantah-bantah dalam satu perkara, kembalikannya kepad Allah dan Rasul.

Thursday, November 19, 2009

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Artikel ini diambil daripada blog Dr. Asri dan sesuai untuk bacaan kita semua

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Thursday, November 12, 2009

CHARLES DARWIN... Hmm.....

Charls Darwin satu nama yang cukup jelik untuk disebut oleh ramai dikalangan kita. Bukan sekadar umat Islam sahaja tetapi ramai juga yang bukan beragama Islam ‘loya tekak’ untuk menyebutnya. Ini semua berpunca daripada teori ‘gila’ beliau yang mempunyai cukup ‘power’ meledakkan pemikiran manusia sehingga hari ini. Teori yang diilhamkan oleh beliau tidak lain dan tidak bukan adalah TEORI EVOLUSInya.

Siapa sebenarnya Charles Darwin? Mengapakah dia harus dihina dan dikutuk sahaja tanpa perlu melihat sedikitpun nilai ilmu yang dibawa? Adakah kerana teorinya yang kontra daripada majoriti umat, maka apa yang dihidangkan olehnya haram untuk direnungi kita bersama dan untuk anak-anak kita?

Seperti apa yang saya tahu, Teori evolusi yang dicetuskan oleh Darwin bukan merupakan teori yang muncul setelah duduk-duduk berfikir sehari atau dua hari. Tetapi ia terhasil, hasil daripada pengembaraan beliau yang lama. Sekiranya tidak silap lima tahun. Pelayaran itu bukan sahaja melibatkan masa yang lama tetapi ia turut melibatkan kos kewangan dan juga bekalan-bekalan ilmu saintifik. Jadi, ia merupakan satu penyelidikan bermatlamat dan mencari sesuatu dapatan.
Adakah teori yang dibawa oleh Charles Darwin itu salah? Pada saya ia tidak salah. Mengapa harus menyalahkan apa yang telah dihasilkan, hasil penat lelah seseorang. Ia harus dipuji kerana semangatnya. Dipersalahkan merupakan sesuatu yang amat mengguris hati apatah lagi sekiranya kita melakukan sesuatu dengan usaha yang ‘gila babi’. Teori ia hanya sekadar teori. Betul atau salah tidak patut wujud kepada sesuatu teori. Apatah lagi sesuatu teori yang dihasilkan, hasil kajian secara scientific. Mungkin tersilap sahaja. Silap itu boleh jadi kerana, silap mengambil sempel atau sebagainya.

Sebagai contoh teori yang dipaparkan oleh Darwin berkenaan manusia berasal daripada ape. Perlukah kita yang dibekalkan akal dan wahyu al-Quran serta kalam-kalam Nabi s.a.w harus mudah melenting apabila mendengarkannya. Menyalahkan membabi buta tanpa memikirkan ia boleh merencatkan usaha percambahan ilmu pengetahuan. Jangan capat melatah.

Allah mengatakan manusia berasal daripada Adam yang diciptakan daripada tanah liat. Ia jelas di dalam al-Quran. Cuma apa yang saya terfikir, mengapa Malaikat mempersoalkan kehendak Allah untuk menciptakan manusia di muka bumi ini dengan menyatakan bahawa manusia akan membuat fasad di muka bumi? Adakah Malaikat telah tahu apa itu manusia sebelum Adam diciptakan?

Malaikat merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya. Merupakan golongan yang taat kepada Allah. Tidak memiliki nafsu seperti manusia. Tetapi malaikat bukan memiliki segala ilmu. Mereka hanya tahu apa yang Allah khabarkan dan perlihatkan kepada mereka sahaja. Manakala Allah merupakan Pencipta Yang Maha Agung, Al-A’lim dan Al-Hakim.
Jadi persoalan yang timbul di minda saya adalah siapa yang dimaksudkan oleh Malaikat sebagai golongan yang suka membuat fasad di muka bumi ketika Allah menyatakan akan menciptakan manusia? Mustahil Malaikat telah tahu apa yang baru khabarkan. Pasti ada makhluk lain yang telah diciptakan oleh Allah persis manusia dan ia suka membuat fasad. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Hasil renungan saya berkenaan ayat tersebut acap kali memikirkan berkenaan teori Darwin. Bukan saya meyakini teori tersebut dan bersetuju manusia berasal daripada ape. Tetapi hanya berkeyakinan teori darwin yang telah mengemparkan dunia berdekad-dekad lamanya harus diteliti dan bukan dicampak serta dikutuk. Mungkin hasil dapatan yang diperolehi oleh Charles Darwin ada dapatan lain bukti kekuasaan Allah Taala akan ditemui.

Sebagai seorang yang tidak mendapat peluang memasuki kelas sains tulin sama ada dalam bidang perubatan ataupun biologi dan seumpamanya ketika berada di universiti hanya mengharapkan janganlah buku Darwin itu dicampak dan dikutuk sahaja. Tidak membenarkan anak-anak membaca kerana takut sesat. Tetapi ia perlu diambil peluang untuk diteliti satu persatu. Jikalaulah diberikan kesempatan saya hanya mengharapkan agar ada mereka dari golongan yang pakar berkenaan teori tersebut mengajar dan menerangkan kepada saya dengan lebih jelas di dalam rumah Allah. Bukan sekadar menceritakan bab toharah sahaja.

CHARLES DARWIN... Hmm.....

Charls Darwin satu nama yang cukup jelik untuk disebut oleh ramai dikalangan kita. Bukan sekadar umat Islam sahaja tetapi ramai juga yang bukan beragama Islam ‘loya tekak’ untuk menyebutnya. Ini semua berpunca daripada teori ‘gila’ beliau yang mempunyai cukup ‘power’ meledakkan pemikiran manusia sehingga hari ini. Teori yang diilhamkan oleh beliau tidak lain dan tidak bukan adalah TEORI EVOLUSInya.

Siapa sebenarnya Charles Darwin? Mengapakah dia harus dihina dan dikutuk sahaja tanpa perlu melihat sedikitpun nilai ilmu yang dibawa? Adakah kerana teorinya yang kontra daripada majoriti umat, maka apa yang dihidangkan olehnya haram untuk direnungi kita bersama dan untuk anak-anak kita?

Seperti apa yang saya tahu, Teori evolusi yang dicetuskan oleh Darwin bukan merupakan teori yang muncul setelah duduk-duduk berfikir sehari atau dua hari. Tetapi ia terhasil, hasil daripada pengembaraan beliau yang lama. Sekiranya tidak silap lima tahun. Pelayaran itu bukan sahaja melibatkan masa yang lama tetapi ia turut melibatkan kos kewangan dan juga bekalan-bekalan ilmu saintifik. Jadi, ia merupakan satu penyelidikan bermatlamat dan mencari sesuatu dapatan.
Adakah teori yang dibawa oleh Charles Darwin itu salah? Pada saya ia tidak salah. Mengapa harus menyalahkan apa yang telah dihasilkan, hasil penat lelah seseorang. Ia harus dipuji kerana semangatnya. Dipersalahkan merupakan sesuatu yang amat mengguris hati apatah lagi sekiranya kita melakukan sesuatu dengan usaha yang ‘gila babi’. Teori ia hanya sekadar teori. Betul atau salah tidak patut wujud kepada sesuatu teori. Apatah lagi sesuatu teori yang dihasilkan, hasil kajian secara scientific. Mungkin tersilap sahaja. Silap itu boleh jadi kerana, silap mengambil sempel atau sebagainya.

Sebagai contoh teori yang dipaparkan oleh Darwin berkenaan manusia berasal daripada ape. Perlukah kita yang dibekalkan akal dan wahyu al-Quran serta kalam-kalam Nabi s.a.w harus mudah melenting apabila mendengarkannya. Menyalahkan membabi buta tanpa memikirkan ia boleh merencatkan usaha percambahan ilmu pengetahuan. Jangan capat melatah.

Allah mengatakan manusia berasal daripada Adam yang diciptakan daripada tanah liat. Ia jelas di dalam al-Quran. Cuma apa yang saya terfikir, mengapa Malaikat mempersoalkan kehendak Allah untuk menciptakan manusia di muka bumi ini dengan menyatakan bahawa manusia akan membuat fasad di muka bumi? Adakah Malaikat telah tahu apa itu manusia sebelum Adam diciptakan?

Malaikat merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya. Merupakan golongan yang taat kepada Allah. Tidak memiliki nafsu seperti manusia. Tetapi malaikat bukan memiliki segala ilmu. Mereka hanya tahu apa yang Allah khabarkan dan perlihatkan kepada mereka sahaja. Manakala Allah merupakan Pencipta Yang Maha Agung, Al-A’lim dan Al-Hakim.
Jadi persoalan yang timbul di minda saya adalah siapa yang dimaksudkan oleh Malaikat sebagai golongan yang suka membuat fasad di muka bumi ketika Allah menyatakan akan menciptakan manusia? Mustahil Malaikat telah tahu apa yang baru khabarkan. Pasti ada makhluk lain yang telah diciptakan oleh Allah persis manusia dan ia suka membuat fasad. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Hasil renungan saya berkenaan ayat tersebut acap kali memikirkan berkenaan teori Darwin. Bukan saya meyakini teori tersebut dan bersetuju manusia berasal daripada ape. Tetapi hanya berkeyakinan teori darwin yang telah mengemparkan dunia berdekad-dekad lamanya harus diteliti dan bukan dicampak serta dikutuk. Mungkin hasil dapatan yang diperolehi oleh Charles Darwin ada dapatan lain bukti kekuasaan Allah Taala akan ditemui.

Sebagai seorang yang tidak mendapat peluang memasuki kelas sains tulin sama ada dalam bidang perubatan ataupun biologi dan seumpamanya ketika berada di universiti hanya mengharapkan janganlah buku Darwin itu dicampak dan dikutuk sahaja. Tidak membenarkan anak-anak membaca kerana takut sesat. Tetapi ia perlu diambil peluang untuk diteliti satu persatu. Jikalaulah diberikan kesempatan saya hanya mengharapkan agar ada mereka dari golongan yang pakar berkenaan teori tersebut mengajar dan menerangkan kepada saya dengan lebih jelas di dalam rumah Allah. Bukan sekadar menceritakan bab toharah sahaja.

Wednesday, November 11, 2009

TERUS MEMBARA...

Pada mulanya saya menyangka isu penangkapan Dr. Asri kerana dikatakan mengajar tanpa tauliah hanya isu yang akan hangat sementara sahaja. Setelah dua atau tiga hari ia akan mula dilupakan dan ghaib dari perhatian masyarakat. Tetapi jangkaan saya meleset. Ia terus dibualkan tidak kira tempat dan masa. Hingga ada juga beberapa orang teman yang betanya atau membuka bicara berkaitan isu ini kepada saya. Saya yang merasakan ia sebagai isu penting tetapi tidak perlu dihangatkan hanya lebih suka tersenyum dan mendengar respond rakan-rakan sahaja.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian saya sejak isu penangkapan tanpa didakwa itu adalah peluang untuk memperbahaskan banyak berkenaan satu terma kabur di kalangan masyarakat iaitu terma ‘Wahabi’ dikalangan banyak pihak. Ia dibahaskan secara terang dan nyata dan tanpa lakonan yang perlu dipentaskan dengan pelbagai kostum dan pelakon pembantu yang suka tidak mengikut skrip tuan ‘director’.

Ada dituduh sebagai puak Wahabi. Tetapi menafikan keras bahawa mereka bukan puak itu. Ada yang memberi definisi terma ‘Wahabi’, tetapi definisi yang diberikan semakin mendatangkan kemusykilan di kalangan masyarakat. Ada mengatakan mereka sesat tetapi banyak juga pihak yang sumber dan kata-kata mereka ibarat mutiara keluar dari mulut menyetakan sebaliknya. Entahlah... apa sudah jadi ni.

Walaubagaimanapun, saya cukup berminat dengan beberapa orang penulis blog yang cukup banyak menyumbangkan ilmu melalui penulisan di blog-blog mereka berkenaan terma ‘Wahabi’ itu. Ada blogger yang datang bersama hujah-hujah ilmiah dan bukti-bukti sejarah dalam memperkatakan berkenaan perkara itu. Ada juga yang datang hanya dengan cerita ala-ala Pak Pandir dan Mak Andeh dan macam-macam lagi.

Cuma satu sahaja yang saya rasakan amat perlu diserapkan di dalam akal dan perasaan kita berkenaan perkara ini. Tidak lain dan tidak bukan ‘GUNA AKAL YANG SIHAT’. Nilailah semua apa yang dihidangkan. Jangan terus ‘ngap’ sahaja. Lihat dari mana sumber maklumat yang diberikan dan fahami cerita sejarah lalu dengan sejelas-jelasnya.

Akhir kalam, teringat saya dengan sepotong ayat al-Quran yang sering dibacakan oleh Khatib pada hari Jumaat iaitu; “Apabila kamu berbantah-bantah pada sesuatu perkara, Kembalilah kepada Allah dan Rasul”. Ayat itu cukup jelas untuk mencari jalan kebenaran dan penyelesaian. Bukan kembali kepada tukang puji. Bukan kembali kepada tukang kutuk. Hanya Allah dan RasulNya sahaja.

Monday, November 9, 2009

BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID

Soalan

Ustaz, di ketika ini agak heboh perbincangan berkenaan boleh atau tidak orang bukan Islam masuk masjid dan meberi ucapan. Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang hal ini, adakah perbincangan ulama di dalam hal ini atau memang tidak dibenarkan? Setahu saya, mazhab Syafie membenarkan jadi adakah pandangan yang melarang ini adalah pandangan pengikut Wahabi?.

Jawapan

Saya yakin, isu ini timbul akibat dari berita seperti ini.

Sebelum menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara penyoal, saya ingin terlebih dahulu menjelaskan, paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam di dalam hal ini.

Pertama : Bukan Islam memasuki Masjidil Haram.

Kedua : Sebab mengapa bukan Islam dilarang memasuki masjidil haram.

Ketiga: Bukan Islam memasuki masjid selain masjidil Haram

Saya akan cuba meringkaskan jawapan bagi ketiga-tiga persoalan sekaligus secara padat dan mampu difahami, InshaAllah.

Asas rujukan hukum bagi persoalan ini diambil dari dua ayat berikut :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)

Satu lagi adalah :-

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ

Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )

MASUK MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat diatas. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad mempunyai sedikit perincian dalam hal tersebut.

Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.

Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat

"Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditanglkap atas kesalahan tertentu),

بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ

Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.[1]

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.

Imam Nawawi menghuraikan :

وفي هذا جواز ربط الأسير وحبسه وجواز إدخال المسجد الكافر ومذهب الشافعي جوازه بإذن مسلم سواء كان الكافر كتابيا أو غيره وقال عمر بن عبد العزيز وقتادة ومالك لا يجوز

Ertinya : Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Selain yang diatas, anak murid Imam Syafie yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya, beliau menyatakan TIDAK HARUS bukan Islam memasuki masjid apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.

Al-Mawardi memetik kata Al-Muzani iaitu :-

لأنه لو جاز ذلك له لكان الجنب المسلم أولى به لموضع حرمته وتشريفه فلما لم يجز للمسلم المبيت فيه كان المشرك أولى

Ertinya : Sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika TIDAK HARUS bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah bukan Islam lebih lagi dilarang (kerana mereka dikira sentiasa berjunub) ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام

Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

KESIMPULANNYA

Majoriti ulama bersepakat bukan Islam TIDAK BOLEH MEMASUKI masjidil haram, namun dengan agak ketara mereka berbeza ijtihad dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid yang lain.

Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :-



1) Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan.




2) Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya.




3) Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid.


Berkenaan sama ada larangan memasuki masjid adalah pandangan wahabi atau tidak. Ia tidak berkaitan dengan wahabi, sememangnya terdapat sebahagian ulama yang melarang, namun mereka yang disebut di atas semuanya berada di zaman sebelum lahirnya Syeikh Muhammad Ibn Abd Wahab. Justeru, tiada sebarang kaitan dengannya.

Namun demikian, jika apa sahaja yang berbeza dengan mazhab Syafie itu dilabel sebagai Wahabi oleh orang Malaysia, maka mereka yang melarang mungkin boleh digelar Wahabi. Wallahu'alam.

Cuma sedariah tindakan label melabel ini adalah bukanlah satu tindakan yang tepat malah tidak boleh sama sekali disebabkan satu isu dua pandangannya, habis digeneralisasikan seseorang itu sebagai Wahabi dan semua ciri-ciri yang direka. Bersikap wajar dan adillah.



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

8 Nov 2009

Sunday, November 8, 2009

PEMBANGUNAN MANUSIA BERMULA DARI INSTITUSI MASJID

PEMBANGUNAN MANUSIA BERMULA DARI INSTITUSI MASJID

Oleh: Mohd Salleh Ariff

"(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."
(Surah AN-Nur: 36-37)
ABSTRAK

Institusi masjid merupakan satu institusi yang mula-mula dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w dalam membentuk sebuah daulah Islamiyyah di Madinnah Al-Munawwarah. Ia memainkan peranan yang penting dalam membangunkan masyarakat dan meliputi semua bidang seperti pusat ibadah khususiah, politik, ekonomi dan macam-macam lagi. Peranan dan momentum yang dibawa oleh institusi masjid tidak terhenti pada zaman Rasulullah s.a.w sahaja tetapi ia terus bersambung dari satu generasi ke satu generasi yang lain sehingga hari ini. Di negara kita institusi masjid amat dipandang mulia oleh masyarakat Melayu. Ia dianggap sebagai institusi yang amat penting dan perlu ada dalam elemen masyarakat. Walaupun institusi masjid pada hari ini sudah tidak memainkan peranan sepenuhnya sama seperti pada zaman sebelum ini tetapi institusi ini tetap difikirkan amat penting dalam membangunkan modal insan dalam masyarakat. Kertas ini membicarakan berkenaan institusi masjid dan peranannya sebagai asas dalam proses pembangunan manusia.

PENDAHULUAN

Masjid boleh difahami pengertiannya dari pelbagai sudut dan tahap. Secara literasinya ia boleh diertikan sebagai tempat sujud iaitu tempat mengerjakan solat. Berdasarkan kepada definisi ini, boleh dikatakan keseluruhan bumi ini adalah masjid bersesuaian dengan hadith Rasullullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sohehnya,bumi keseluruhannya adalah masjid.

Dari sudut sosio-politik definisi masjid dapat diterjemahkan melalui penelitian terhadap fungsi dan peranannya dalam masyarakat. Pada penelitian saya sendiri yang tidak khusus (pent;semakan rambang dari sumber sejarah dan bahan-bahan bacaan), fungsi dan peranan masjid ini berubah dari satu masa ke semasa tetapi ia tetap mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Berdasarkan kepada itu, maka definisi masjid akan berbeza-beza dari perspektif setiap orang pada zaman dan tempat yang berbeza.

Menurut Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505), Masjid adalah suatu bangunan yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang lain dan kegiatan-kegiatan yang disuruh, disyorkan, atau dibenarkan oleh agama Islam. Ia juga dikatakan sebagai institusi di bawah hak sultan seperti yang dinyatakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Haji Wan Zahidi b. Wan Teh.

Selain daripada itu, masjid merupakan satu tempat yang amat dipercayai sebagai tempat kunjungan dan berkumpul orang yang baik-baik. Kenyataan ini tidak menafikan bahawa orang yang baik-baik turut ada yang berkumpul di tempat lain.

Firman Allah;

"(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."

(Surah Al-Nur, ayat 36-37)

Rasulullah s.a.w bersabda;

إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَتَعَاهَدُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
“Apabila kamu melihat seseorang lelaki yang berulang-alik ke masjid maka saksikanlah baginya dengan keimanan”.

(Hadis riwayat Tirmizi)

Berdasarkan kepada ayat al-Quran yang dinyatakan dan hadith yang diriwayatkan oleh Imam at-Tarmizi sememangnya masjid merupakan tempat golongan manusia yang baik dan diredhai oleh Allah.

MASJID PADA ZAMAN RASULULLAH

Menurut Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi dalam bukunya yang bertajuk Fiqhu As-Sirah An-Nabawiyyah, perkara asas bagi masyarakat baru yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w selepas hijrah ke Madinah adalah pembinaan Masjid. Menurut beliau lagi, masjid yang mula-mula dibina adalah Masjid Quba’. Masjid itu disebut sebagai masjid yang dibina di atas dasar ketaqwaan.

Firman Allah;

لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Yang bermaksud : Kerana sesungguhnya masjid (Qubaa’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).

Surah al-Taubah, ayat 108

Masjid Quba’ yang berada di suatu kawasan bernama Quba’ dibina ketika nabi dalam perjalanan hijrahnya. Walaupun baginda hanya berada di Quba’ seketika sahaja tetapi pembinaan masjid itu cukup diutamakan. Baginda berusaha membina masjid tersebut walaupun ada beberapa perkara yang merintanginya.

Selepas pembinaan Masjid Quba’, masjid yang seterusnya dibina oleh Rasulullah s.a.w adalah masjid Nabawi. Masjid ini terletak di dalam Kota Madinah bersebelahan dengan rumah Rasulullah s.a.w. Masjid ini memainkan peranan yang cukup besar dalam membina dan membangunkan masyarakat.

Seperti yang tercatat di dalam lembaran sejarah, Rasulullah s.a.w telah mengurus dan menjadikan masjid sebagai pusat ibadah, pusat pendidikan, pusat kegiatan sosial, pusat pembangunan masyarakat, pusat penerangan dan maklumat, pusat kehakiman, pusat perhubungan, pusat interaksi masyarakat, pusat rawatan dan kecemasan, pusat pemulihan dan pusat seni.

Impak dan kesan dari apa yang diaplikasikan oleh Masjid Nabawi yang dijanjikan ganjaran yang amat besar bagi sesiapa yang beribadah di dalamnya pada zaman Rasullullah s.a.w telah melahirkan sebuah Daulah Islamiyyah yang mengembang besar di atas bumi, pewaris kepimpinan yang bijak dan adil dan masyarakat yang berakhlak serta digelar masyarakat yang terbaik.

MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Pada hari ini Wilayah Persekutuan Labuan memiliki 13 buah Masjid, 13 buah Surau Jumaat dan 28 Surau Biasa yang telah diwartakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Masjid-masjid ini ada yang dibina sejak Pulau Labuan di bawah jajahan Kerajaan Negeri Sabah seperti Masjid Nurul Iman, Kampung Ganggarak (1960), Masjid Sirajul Islam, Kampung Tanjung Aru (1948) dan Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun (1967).

Masjid-masjid yang berada di Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini kebanyakannya memainkan fungsi asas masjid seperti masjid-masjid di kebanyakan tempat di Negara kita dan negara-negara jiran. Anatara fungsi dan aktiviti masjid-masjid di Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebagai temapat ibadah khususiah, tempat pendidikan tidak formal dan tempat berkumpul masyarakat. Fungsinya seperti pada zaman Rasullullah s.a.w adalah amat berbeza. Ini kerana kewujudan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang mengambil peranan tertentu dan menjadikan ia begitu teratur dan tersusun. Selain daripada itu, kewujudan kemudahan-kemudahan awam yang pelbagai oleh Kerajaan seperti dewan orang ramai, pusat perniagaan dan macam-macam lagi turut memberi impak.

Walau bagaimanapun, misi dan matlamat institusi masjid tidak pernah berubah. Ia tetap menjadi sebagai tempat yang suci dan mampu menjadi asas kepada pembangunan manusia khususnya umat Islam.


PEMBANGUNAN MANUSIA BERMULA DARI INSTITUSI MASJID

Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi membangunkan umat merupakan satu tanggungjawab yang hakikat. Ia mesti dihadapi dan bukan khayalan yang bermain di dalam mimpi. Ini kerana berdiri dan hancurnya sesuatu umat atau bangsa bergantung kepada pembangunan manusia. Pembangunan berbentuk bangunan dan teknologi hanya akan dikagumi sekiranya pembangunan manusia mencapai tahap cemerlang.

Sebagai umat Islam, pembangunan manusia yang cemerlang adalah pembangunan yang selari dari sudut duniawi dan ukhrawi. Jika hanya satu sahaja pembangunan yang melonjak dan satu lagi pembangunan merundum maka ia tetap tidak akan membuahkan pembangunan insan yang cemerlang.

Ini jelas melalui apa yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w ketika baginda masih hidup dan terus diikuti dari satu generasi ke satu generasi. Sekiranya hanya pembangunan ukhrawi sahaja yang diutamakan oleh baginda sudah pasti tidak akan wujud hadith yang melarang sahabat untuk beribadah kepada Allah tanpa berkahwin dan berpuasa tanpa berbuka. Baginda menyarankan para sahabat untuk mempelajari hal-hal duniawi bagi merebut dunia dan mendapat keredhaan di akhirat seperti yang banyak tercatat di dalam kitab-kitab sirah. Antaranya galakan beliau kepada Zaid Bin Harithah untuk mempelajari bahasa Hebrew, galakan kepada Abdul Rahman Bin Auf untuk menjadi saudagar yang berjaya dan banyak lagi. Ini semua jelas bahawa pembangunan manusia yang dianjurkan oleh Islam adalah pembangunan manusia dari semua aspek. Aspek duniawi dan aspek ukhrawi.

Selain daripada itu, amat tidak boleh dinafikan bahawa pembangunan manusia yang ideal sememangnya boleh dicapai apabila institusi masjid tidak diketepikan. Ia dapat dilihat melalui kelahiran ramai tokoh-tokoh agung yang cukup akrab dengan institusi masjid dalam pembangunan diri mereka. Antara mereka ialah para sahabat Rasullullah s.a.w sperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, para tokoh sains dan kimia Islam seperti Ibn Sina dan Al-Farabi, para ulama Islam nusantara pada awal kurun ke-19 masihi seperti Haji Muhammad Yusuf (Tok Kenali) dan Haji Abdul Samad Bin Muhammad Salleh (Tuan Tabal) dan pada abad ini seperti Prof Hamka dan Syeikh Nasaruddin Albani.

Tokoh-tokoh tersebut bukan sahaja diketahui hebat di dalam ilmu agama, tetapi mereka juga masyhur diketahui hebat di dalam bidang-bidang yang pelbagai. Didikan yang mereka dapat melalui institusi masjid dan ada juga yang disokong melalui institusi-institusi lain telah melahirkan mereka sebagai golongan yang memiliki pembangunan insan yang seimbang dan amat berjaya.

Firman Allah Taala;

“Tidak Kami jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaku.”

(Surah Az-Zariyat: 56)

Berdasarkan kepada firman Allah ini, maka objektif utama kita diciptakan ke dunia ini adalah hanya beribadat semata-mata kepadanya. Ayat ini bukan sekadar menyatakan berkenaan ibadah khususiyyah seperti solat, puasa, haji dan sebagainya sahaja tetapi ia merangkumi semua ibadah khususiah dan ibadah umumiyyah seperti berkerja kerana Allah, berkahwin kerana Allah dan sebagainya.

Oleh yang demikian, institusi masjid yang merupakan darah daging di dalam unsur sesebuah masyarakat perlulah mengatur pelan strategik yang berkesan dan berkualiti agar objektif utama kita diciptakan berjaya dicapai.

Ia bukan perkara retorik semata-mata tetapi realiti walaupun pahit untuk dinyatakan berdasarkan pengalaman dan bukti-bukti sejarah yang telah lalu. Ia ditambah lagi dengan tips tuntas yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.


MEMBENTUK SEMULA MASJID

Bagi menjayakan matlamat untuk mengembalikan institusi masjid sebagai asas pembangunan manusia, perkara yang amat difikirkan terbaik untuk dilaksanakan adalah membentuk semula masjid.

Membentuk semula masjid, bukan bermakna membina bangunan masjid yang baru mengikut acuan dan spesifikasi tertentu seperti memiliki kubah bersalut emas, menara yang mesti memiliki bulan dan bintang atau sebagainya. Tetapi ia adalah membentuk semula perisian atau kandungan kegiatannya.
Ini boleh dilaksanakan dengan mensasarkan kepada pembelajaran Islam dan pembangunan sosial yang mampu mencorakkan kehidupan Muslim demi menghayati agama dan bersikap progresif.

Pasti ada yang menyatakan bahawa itu semua telah dilaksanakan dan bukan merupakan perkara baru atau ‘wahyu’ unik untuk menukar corak institusi masjid. Malahan ia hanya omongan retorik penyedap halwa telinga.

Mungkin benar atau mungkin tidak benar. Tetapi cuba bebaskan minda dan renungkan realiti di Bumi ini keadaan institusi Masjid. Kelas-kelas takmir hanya dihadiri oleh sekelompok manusia dan solat-solat jemaah (selain solat Jumaat dan solat dua hari raya) hanya mampu menghasilkan tidak pernah lebih daripada lima sehingga sepuluh barisan.

Apakah punca dan musababnya? Pasti ada sesuatu yang tidak berapa kena. Oleh itu sudah tiba masanya untuk satu proses tajdid di institusi masjid dilaksanakan dengan membentuk semula institusi agung ini.

Bagi melaksanakannya, ia memerlukan kepada pendekatan berbeza dan variation method. Ini kerana golongan sasaran bagi pembangunan manusia yang diharapkan akan berjaya melalui institusi masjid adalah terdiri daripada mereka yang berbeza peringkat ilmu, latar belakang dan usia.

Salah satu cara yang mungkin boleh diaplikasikan sepertimana yang telah dipraktikkan di institusi-institusi masjid Negara Singapura adalah dengan membangunkan masjid sebagai masjid kejiranan atau dalam erti kata lain sebagai masjid yang mesra pengguna dan qariyahnya. Ia difikirkan amat ampuh dan berkesan dan pasti mampu menyentuh kalbu masyarakat sekitarnya dan menjayakan pembentukan semula masjid itu.

Bagi menjayakan usaha ini, perkara dan sasaran paling utama adalah membentuk semula perisian pembelajaran Islam di dalam institusi masjid dan membentuk semula perisian pembangunan sosial.


MEMBENTUK SEMULA PERISIAN PEMBELAJARAN ISLAM

Proses pembelajaran di dalam Islam merupakan satu proses yang wajib. Ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w yang menyatakan menuntut ilmu itu wajib bagi orang muslim lelaki dan perempuan. Ia tidak rigid hanya kepada ilmu al-Quran, hadith dan Feqah sahaja. Tetapi ia merupakan ilmu yang boleh memberi manfaat di dunia dan akhirat.

Dalam konteks Wilayah Persekutuan Labuan, institusi masjid telah memberi banyak sumbangan dalam memenuhi keperluan pembelajaran Islam bagi ummah. Namun, kita perlu menyemak dan menilai kembali keadaan pembelajaran Islam yang ada iaitu sejauh mana ia relevan dan berkesan dalam memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berubah. Selain daripada itu apa yang perlu diteliti adalah bilangan yang memanfaatkan program percuma ini.

Oleh yang demikian, golongan yang diberi tanggungjawab dalam menjadi penyampai atau penggerak institusi masjid dalam proses pembelajaran, perlu menjadi golongan yang kreatif. Method lama dan strereotyped perlu ditukar.

Sekiranya perlu kepada re-branding dalam proses menarik perhatian dalam proses pembelajaran, ia sebenarnya amat digalakkan. Ini kerana penjenamaan semula acap kali berjaya menarik minat ramai. Tetapi jika hanya nama sahaja yang diberi penjenamaan baru tidak kepada isinya ia hanya akan berjaya menarik minat seketika sahaja. Jadi re-branding bukan hanya sekadar kepada nama tetapi pengisiannya juga adalah amat perlu.

Dalam membentuk perisian ini, misi dan objektif utama perlu dikekalkan. Hanya cara dan kaedah sahaja mengalami transformasi. Ini kerana matlamat institusi masjid tidak pernah berubah dan ia terus raleven.

Selain daripada method pembelajaran, pengasingan golongan sasaran juga perlu dibuat. Ini memandangkan institusi masjid yang bersifat inclusive, menjadikan semua umat sebagai golongan sasarannya tanpa mengira usia, warna kulit ataupun darjatnya.

Ini juga akan memberikan gambaran yang lebih mudah untuk mengatur method pembelajaran oleh golongan penyampai. Mereka boleh mencari pendekatan yang mudah untuk menarik minat golongan sasaran dan menyediakan bahan yang terbaik untuk dibicarakan.


MEMBENTUK SEMULA PERISIAN PEMBANGUNAN SOSIAL

Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan Labuan juga berperanan penting dalam pembangunan sosio agama masyarakat. Walaupun penting bagi masjid menjadi tempat aman untuk beribadah dan pembelajaran Islam, konteks Wilayah ini amat menuntut agar masjid turut memainkan peranan lebih besar lagi dalam pembangunan sosio-agama bagi masyarakat.

Dalam konteks kini, usaha institusi masjid, dapat memberi nilai tambah kepada Jabatan dan agensi yang wujud dengan melengkapi usaha mereka menerusi rancangan perkongsian dan menghubungkan golongan yang memerlukan dengan penyediaan khidmat sosial. Ini boleh dibuat dengan menjadikan Masjid lebih mesra belia, mesra keluarga dan mesra masyarakat.


MASJID MESRA BELIA

Belia merupakan golongan yang besar dalam masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan. Mereka juga merupakan penentu generasi akan datang. Ini kerana tampuk negara yang kita pinjam dari mereka sudah hampir tiba untuk dikembalikan.

Oleh yang demikian, menarik golongan belia dengan menjadikan masjid sebagai mesra belia amat perlu. Jadi institusi masjid perlu berusaha mencari jalan bagi membawa golongan belia cenderung kepadanya. Sebagai contoh apa yang boleh dilaksanakan adalah dengan mewujudkan zon lepak belia yang ‘gerek’ dengan ciri-ciri tersendiri.

Apabila masjid mampu menjadi institusi yang mesra belia, maka ia akan memudahkan proses pembangunan insan yang ampuh dilaksanakan. Belia tidak akan hilang arah tuju.


MASJID MESRA KELUARGA

Menurut Al-Farabi bagi membina sebuah negara yang berkualiti, ia bermula dengan individu yang baik kemudian membawa kepada keluarga yang baik, kemudian terbina masyarakat yang baik dan akhirnya menjelmakan kepada negara yang baik. Teori ini amat popular dikalangan ahli sains politik dan amat difikirkan cukup masuk akal dan bukan sekadar idea semata-mata.

Tetapi, apa yang membimbangkan pada hari ini, institusi keluarga banyak yang pincang. Ini boleh dilihat melalui peningkatan bilangan penceraian dan peningkatan gejala sosial dikalangan anak-anak.

Oleh yang demikian, institusi masjid perlu mengambil peranan utama dengan menjadi masjid mesra keluarga. Institusi masjid yang dikendalikan oleh golongan tertentu perlu menjadi mentor agar dapat melahirkan keluarga tepimpin berlandaskan kaedah Islam sejati.

Itu perlu dilaksanakan dengan cukup teliti kerana langkah awal yang perlu difikirkan bagaimana untuk menberi keyakinan kepada institusi keluarga agar menjadikan institusi masjid sebagai mentor membentuk keluarga bahagia.

MASJID MESRA MASYARAKAT

Komponen dalam masyarakat terdiri daripada individu, keluarga, pengikut, pemimpin dan lain-lain lagi. Apabila semua komponen dalam masyarakat ini dapat dibangunkan secara cemerlang menurut perspektif Islam ia pasti akan membuahkan hasil dalam pembangunan manusia.

Institusi masjid yang difikirkan cukup ampuh untuk menjadi asas pembangunan manusia cemerlang pelu mengambil insiatif agar ia boleh mesra masyarakat. Semua komponen dalam masyarakat perlu dimesrakan. Ketua dan anak buah boleh duduk satu saf. Perbincangan di antara si kaya dan si miskin boleh di buat dalam satu halaqah dan lain-lain lagi.

Itu semua dapat dijayakan sekiranya institusi masjid memainkan peranan yang proaktif. Tidak hanya menunggu dan melihat sahaja. Langkah laju seperti kilat diperlukan. Sebagai contoh dengan mengadakan multi aktiviti yang boleh menarik mereka berijtima’ di masjid.

KESIMPULAN

Masjid merupakan miracle centre yang banyak tercatat di dalam sejarah dengan kejayaannya melahirkan pembangunan manusia yang cemerlang. Ia tidak dapat dinafikan kerana terlalu banyak sangat bukti yang kukuh. Walaupun telah banyak berlaku perbezaan fungsi dari satu masa ke semasa, rumah Allah ini tetap membawa satu spirit untuk membangunkan manusia.

Kepercayaan dan keyakinan ini perlulah untuk direalitikan agar matlamat Malaysia menjadi negara maju dan memiliki pembangunan insan serta fizikal seimbang seperti yang dicatatkan di dalam Wawasan 2020 akan tercapai.

Oleh itu, sebagai golongan yang diberikan peluang untuk menjadi peneraju dalam memperkasakan institusi masjid, amat rugi sekiranya peluang keemasan ini tidak dimanfaatkan dengan meletakkan nama sebagai mereka yang memberi sumbangan dan dicatitkan sumbangan itu oleh Malaikat yang diberikan tugasan untuk membuat catitan.

Sesungguhnya sumbangan hebat itu akan dicatit dan dinilai oleh Yang Maha Esa pada hari pembalasan dan anugerah yang tidak ternilai akan dikurniakan seperti apa yang telah dijanjikan olehNya.


BAHAN RUJUKAN

Basmeih, Abdullah, 2001, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Darul Fikir. Malaysia.

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

Al-Buti, Muhammad Said Ramadhan, 1991, Fiqhu As-Sirah An-Nabawiyyah Maa’ Maujiz Li Tarikh Al-Khulafa’ Ar-Rasyidah, Darul Fiqr. Damsyik

Dato’ Haji Wan Zahidi b. Wan Teh, 2002, Masjid Sebagai Hak Sultan, , Pencetakan Nasional Malayisa Berhad. Malaysia

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, 2006, Institusi Majis Wilayah Persekutuan Labuan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan. Malaysia

Ustaz Haji Mohamed Ali bin Haji Atan, Pengurusan Masjid: Pengalaman Republik Singapura

Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, 2009, Peranan Masjid Sebagai Institusi Sosio Ekonomi Bagi Membantu Masyarakat Menghadapai Krisis Ekonomi, Cahaya, Edisi Bil 9

Thursday, November 5, 2009

IJTIMA' IMAM DAN GURU AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 1430/2009
TARIKH
7 NOVEMBER 2009
TEMPAT
DEWAN SYURA
MASJID JAMEK AN-NUR
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Penulis Blog ini akan membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Manusia Bermula Dari Institusi Masjid

Tuesday, November 3, 2009

W.P LABUAN: PULAU BUKU MAHAL DAN SUKAR DIPEROLEHI

Bertugas di W.P Labuan merupakan satu cabaran yang paling besar dalam arena alam pekerjaan. Tidak pernah sewaktu dahulu ketika masih belajar mahupun mula bekerja terfikir akan bertugas di pulau mutiara borneo ini. Walaubagaimanapun cabaran ini perlu saya harungi demi menilai diri sendiri. Sama ada saya mampu untuk menghadapi ataupun sebaliknya.

Walaupun telah bertugas di sini lebih setahun (satu tahun dua bulan) ia tetap bermain di minda untuk kembali ke semenanjung. Bertambah lagi apabila pihak Jabatan mengeluarkan tawaran untuk sesiapa yang ingin memohon pertukaran walaupun ada beberapa syarat yang saya fikirkan cukup masuk akal dalam era Rakyat Didahulukan..Pencapaian Diutamakan ini.

Tetapi apa yang agak mengecewakan saya berada di sini dan satu cabaran yang besar adalah bahan bacaan yang amat sukar didapati berbanding di Semenanjung dan harganya lebih mahal. Mengapa ini berlaku?

Jika kerajaan mampu untuk menyelaraskan harga makanan di semenanjung dan di sini (walaupun harga ayam terlalu mahal di Labuan) tetapi harga-harga makanan minda terlalu jauh berbeza. Jika diperhatikan harga buku-buku di Labuan lebih mahal dibandingkan dengan harga di Sabah dan Sarawak. Ini mungkin kerana tidak tercatat pada buku tersebut harga W.P Labuan. Hanya tercatat harga semenanjung, Sabah dan Sarawak. Terkadang ada juga harga untuk Brunei. itu yang membuatkan peniaga meletakkan harga sendiri.

Dalam era untuk melahirkan masyarakat inovasi, saya merasakan bahawa santapan minda amat penting. Ini kerana inovasi hanya akan terhasil melalui pengembaraan minda. Iaitu melalui banyak membaca. Tetapi, amat malang bagi saya kerana terpaksa berhadapan dengan krisis buku sukar untuk didapati dan harga yang terlalu mahal.

Langkah yang terpaksa saya ambil hanyalah dengan membeli belah buku-buku dengan jumlah yang banyak apabila berkunjung ke semenanjung sama ada atas urusan mesyuarat, bengkel atau kembali ke kampung halaman. Bebanan membawa buku yang agak berat apabila membeli dalam kuantiti yang banyak disamping pakaian dan lain-lain selalu mengakibatkan saya takut berat berlebihan dan dikenakan caj barang-barang apabila menaiki kapal terbang.

Mengapa ini berlaku? Sepatutnya dan sewajarnya, W.P Labuan termasuk Sabah dan Sarawak tidak boleh dianaktirikan dalam hal-hal bahan bacaan ini. Kerajaan seharusnya perlu memikirkan permasalahan yang sebenarnya amat besar. Santapan minda untuk melahirkan masyarakat berilmu.

Pasti ada yang memperkatakan kenapa tidak saya menggunakan perkhidmatan perpustakaan awam yang ada di Labuan? Benar, di sini ada perpustakaan. Ia adalah di bawah Perbadanan Labuan (Perbadanan yang cukup baik pada saya). Tetapi buku-buku di situ tidak banyak dan kurang variasi.

Jika harga rokok dinaikkan saban hari kerana ingin menjadikan ia barang yang sukar didapati dan mungkin boleh menurunkan bilangan pesakit akibat, mengapa tidak subsidi buku diberikan untuk menjadikan harga buku di sini seperti di semenanjung.
sekiranya ingin memaksa peniaga menjual harga yang sama di sini dan sememnanjung pasti mereka enggan memandangkan kos penghantaran buku ke Labuan memerlukan kos perbelanjaan yang besar. Jadi kerajaanlah yang harus membantu. Beri sabsidi kepada buku. tidak terkecuali akhbar utama iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan NSTP.

Selain daripada masalah buku yang mahal dan sukar didapati, amat sangat mendukacitakan saya, apabila banyak kedai-kedai menjual buku dan majalah antarabangsa yang berupa salinan photostat (satu helai photostat 10sen). Ini bukan satu fitnah atau kata-kata liar. Silalah berkunjung ke Ujana Kewangan yang menjadi kemegahan W.P Labuan. Dua buah kedai buku yang dimiliki oleh seorang mamak dan seorang Melayu (mungkin) ada menjual majalah fotostat. Di tempat lain juga ada. Bukankah itu satu jenayah?

Jadi, apa yang saya amat sangat mengharapkan agar ada pihak yang membuka mata. Sekiranya perlu Ahli Parlimen di Sabah yang lantang bersuara di Parlimen dapat menyuarakan hal ini. Saya yakin warga Sabah, Sarawak dan Labuan juga mengharapkan benda yang sama seperti saya. Bukan sekadar makanan fizikal diberikan harga yang sama. Tetapi makanan minda turut dibutuhkan sekali. Bak kata Nabil Raja Lawak... Lu Fikirlah Sendiri...

SISTEM GANJARAN LEBIH BERKESAN

Oleh ZABRY MOHAMAD

PUTRAJAYA 2 Nov. – Sistem ganjaran yang lebih berkesan akan diperkenalkan bagi memperkasakan budaya prestasi cemerlang di kalangan penjawat awam dan pentadbiran kerajaan, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, dengan adanya sistem sedemikian, ia dapat memberi motivasi kepada penjawat awam untuk sentiasa menghasilkan kerja berkualiti tinggi yang seterusnya memberi faedah kepada rakyat.

“Perlu ada sistem ganjaran yang menunjukkan kita tidak bertoleransi dengan penyalahgunaan kuasa dan kesederhanaan (mediocrity) dalam kerja.

“Kita nak gubal sistem ganjaran yang lebih bermakna, bukan seperti sistem terdahulu yang menegak dan melintang, ia tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini hari ini.

Kata Perdana Menteri, penyalahgunaan kuasa seperti yang dilaporkan pada setiap kali dalam Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan menunjukkan tiada penambahbaikan dalam prestasi kerja penjawat awam.

“Kita perlu buat sesuatu supaya perkara-perkara yang dilaporkan seperti ini tidak berulang sehingga rakyat mencemuh kita dan kata tiada apa-apa tindakan dibuat,” ujarnya.

Perdana Menteri menjelaskan, sistem ganjaran yang bakal diperkenalkan nanti tidak bermakna hanya mereka yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai akan diberikan ganjaran, sebaliknya melibatkan semua jabatan.

“Misalnya jabatan yang menunjukkan peningkatan dalam hasil kutipan cukai, kita mungkin memberi ganjaran kepada jabatan yang berjaya dalam setiap pendakwaan yang dibuat atau kita boleh beri kepada jabatan yang menghasilkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) luar biasa,” ujarnya.

Najib memberitahu, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Jemaah Menteri sedang mengusahakan kaedah terbaik untuk melaksanakan sistem berkenaan.

Beliau menambah, Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan merupakan antara inisiatif ke arah budaya prestasi cemerlang, di mana setiap kerja yang dilakukan akan diukur serta dinilai secara objektif.

Katanya, amalan budaya cemerlang di kalangan penjawat awam amat penting supaya Malaysia tidak terus berada pada tahap sebuah negara berpendapatan sederhana.

“Kalau kita tidak buat sesuatu, negara akan terus terperangkap dalam ancaman pendapatan sederhana, maknanya kita tidak miskin, juga tidak kaya.

“Ini cabaran besar bagi Malaysia iaitu macam mana nak beri motivasi supaya kita tidak terus melekat pada tahap sekarang tapi menjadi negara yang berjaya mengikut definisi kita,” katanya.

Monday, November 2, 2009

BEKAS MUFTI PERLIS DITANGKAP JAIS

Semangat 1Malaysia yang dibawa oleh Y.A.B benar-benar telah mula menunjukkan kejayaan dan dapat dilihat melalui penahanan terhadap bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri. Tidak kira fahaman politik serta pangkat bebrapa nama yang tidak asing lagi dipersada Negara dating ke mahkamah menemani Dr. Asri bagi member sokongan. Sekiranya semangat ini dapat dibawa ke semua perkara alangkah baiknya. Pasti kemakmuran dan kesejahteraan akan dapat dikekalkan .
Walaubagaimanapun, saya suka dengan peribahasa yang selalu diulang-ulang oleh ibu saya sejak saya masih kecil lagi. Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung. Karan Singh Walia pun rasanya pernah mengucapkannya ketika membuat liputan berita. (saya amat suka dengan cara beliau membuat liputan).

Walaupun Dr Asri bekas mufti Perlis, beliau sepatutnya harus akur dengan peraturan dan undang-undang yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Mesti ada tauliah yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri sekiranya ingin membuat ceramah atau mengajar. Rasanya tidak sukar untuk beliau mendapatkannya.

Memohon tauliah bukan bererti Kerajaan Selangor tidak mengiktiraf ilmu Dr. Asri yang banyak, tetapi ia sebagai prosedur sahaja. Bagi menjadi contoh kepada semua masyarakat. Agar semua akan akur. Macam orang ongin membawa kereta. Walaupun pakar sekalipun dan juara race dia perlu ada lessen memandu untuk membawa kereta di jalan raya. Lainlah kalau mahu membawa kereta langgar di taman tema kanak-kanak. Naik sahaja tak kira ada lessen atau tidak.

Selain daripada itu, satu kajian perlulah diteliti oleh bukan sekadar kerajaan Negeri Selangor tetapi semua kerajaan negeri berkenaan tauliah mengajar agama ini. Permudahkanlah urusannya. Jika sememangnya seseorang itu amat layak dan sudah masyhur namanya. Jika seorang bekas mufti kerajaan negeri contohnya tidak perlulah disukarkan permohonannya sama seperti saya ini.

Sebagai renungan kita bersama, janganlah kita cepat melatah dan menuduh tindakan JAIS sebagai bodoh dan bangang serta janganlah kita mencemuh apa yang terkena ke atas Dr. Asri. Kita ada undang-undang dan peraturan bukan macam Tarzan di hutan. Jadi, biarlah undang-undang yang berbicara. Kita Cuma mendengarkannya. Sekiranya undang-undang tersebut terpesong daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang benar maka ajaklah saya sekali untuk kita perangi ia bersama.

Saturday, October 24, 2009

PASCA PERBENTANGAN BAJET...

Apa macam puas hati semua dengan perbentangan bajet yang dibuat oleh PM.... Biasalah kan bajet tu manusia yang rancang. Ada yang puas hati.. ada juga yang rasa tak puas hati... Ada yang kata bajet yang diumumkan itu bajet yang sungguh bijak.. ada juga yang kata bajet yang dibentangkan itu amat bangang sekali... semua itu terpulang pada penilaian masing-masing...

Thursday, October 22, 2009

BAJET MESRA RAKYAT... BONUS... OH... BONUS....

Esok pembentangan bajet yang akan dibuat oleh Y.A.B Perdana Menteri 1Malaysia. Seperti yang disebut-sebut bajet yang akan diumumkan adalah bajet mesra rakyat. Definisi mesra rakyat bagi bajet yang akan dibentangkan masih lagi kabur. Ia akan jelas lagi tersuluh selepas pembentangan esok yang akan bermula pada jam 3 petang.

Seperti tahun-tahun yang lepas, detik pembentangan bajet cukup saya nanti-nantikan. Ini kerana pasti ada sesuatu yang menarik hati dan minat untuk diketahui. Dua tahun lepas penjawat awam agak kecewa dengan tiada pengumuman bonus bagi tahun tersebut. Tetapi tahun lepas kegembiraan terserlah pada raut setiap penjawat awam. Dapat bonus. Tahun ini masih lagi tidak tahu sama ada tersenyum lebar adau sebaliknya. Walaubagaimanapun, bagi saya kita tetap kena terus bersyukur. Dapat alhamdulillah semoga boleh dimanfaatkan kepada perkara yang baik. Tidak dapat pun tidak mengapa semoga peruntukan yang boleh diperuntukkan untuk pemberian bonus dapat dimanfaatkan untuk negara.

Sebenarnya bila menyebut berkenaan bonus bagi kakitangan kerajaan hanya yang dipertikaikan dapat atau tidak dapat sahaja. Tetapi jarang sekali dipertikaikan kelayakan untuk kita menikmati bonus itu setanding dengan sumbangan kerja yang diberikan. Bukan nak kata penjawat awam tidak bersungguh-sungguh tetapi rajin atau kurang rajin, banyak sumbangan atau sedikit sahaja sumbangan tetap akan diberikan sama rata. Tidak seperti penjawat di Bank Rakyat atau mana-mana syarikat lain. Ada yang dapat berlipat kali ganda dan ada juga yang dapat seciput sahaja. Bergantung kepada keuntungan dan juga sumbangan.

Jadi bertuah juga semua penjawat awam ini. Bagi yang kurang rajin tetap menerima imbuhan seperti golongan rajin. Golongan sedikit sumbangan tetap menerima seperti yang memberi sumbangan besar. Itulah dia. Jadi teruskan bersyukur kepada Allah. Agar nikmat itu tidak ditarik balik. Jangan asyik mahu mengkritik apabila tidak menerima ganjaran lebih tetapi diam seribu bahasa apabila diberikan ganjaran pula.

Seperti apa yang seorang budiman katakan kepada saya, bonus itu perlulah dilihat kepada keuntungan sebuah organisasi. Jika dapat keuntungan lebih maka dapatlah kita merasainya. Jadi kerjaan kita ni dapat keuntungan ke? Rasanya tidak perlu diulas panjang berkenaan kata-kata orang budiman itu kerana semua orang boleh memberi ulasan masing-masing. Lain kepala, lain ulasannya.

Jadi... tunggulah sahaja esok apa yang akan dibentangkan oleh Y.A.B PM. Semoga apa yang dibentangkan akan memberi keuntungan kepada semua. Jangan ada yang terlepas pandang sudahlah. Semoga semua akan mendapat manfaat daripada bajet mesra rakyat esok...

Wednesday, October 21, 2009

NEVER ENDING STORY...

Tersentuh hati mendengar hukuman yang dijatuhkan kepada Cikgu Kahar oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di atas kesalahan mendakwa sebagai seorang nabi bagi umat Melayu. Bukan tersentuh kerana kasihan atau belas terhadap hukuman yang dijatuhkan tetapi Allah Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang masih memberi kesempatan bukan kepada Cikgu Kahar seorang tetapi dia dan semua pengikutnya kembali kepada pangkal jalan. Semoga pengakuan yang dilafazkan oleh Cikgu Kahar sebagai mengaku kesalahan itu tulus dan luhur. Semoga Allah memberikannya keteguhan hati agar tidak terpengaruh dengan bisikan iblis mahupun syaitan untuk kembali dimurkaiNya.

Sebenarnya pengakuan sebagai Nabi atau Rasul dan menyebarkan fahaman songsang lagi sesat di Negara kita bukan perkara baru. Ia ibarat putaran roda yang akan muncul di atas dan menggemparkan masyarakat. Ada yang melakukan dosa besar itu kemudian bertaubat nasuha tetapi ada juga yang hanya berpura-pura taubat untuk mengatur strategi mengembangkan sayap daulah sesatnya. Lihatlah dan renunglah lembaran sejarah.

Nakhoda kepada ‘ilmu sesat’ yang mempunyai matlamat ‘under ground’ ini biasanya terdiri daripada mereka yang ‘cekap’ dan ‘hebat’ memutar alam. Bijak dalam ilmu psychology a.k.a ‘sihir moden’ iaitu sihir yang sudah tidak memperalatkan syaitan laknatullah atau seumpamanya untuk menjayakan matlamat. Tetapi ‘lidah buas’ sahaja menjadi senjata. Tidak lupa berkemenyankan kejahilan masyarakat berkenaan agama. Mereka akan muncul dari semasa ke semasa. Ibarat musim durian yang sentiasa dinantikan oleh Tok Wan. (pent; sekarang durian dah tak ada musim. Jadi samalah juga dengan perbuatan bejat ini. Ada sahaja sepanjang masa tetapi kadang-kadang sukar untuk dihidu. Jika durian dah boleh dioleh tak de bau mereka pun dah olah juga agar gerakannya tidak dapat dihidu).

Sebagai ingatan dan renungan kita bersama. Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah agar kita tidak akan dapat dibawa ke ‘lorong gelap’. Al-Quran kitab yang benar. As-Sunnah panduan yang selamat. Jangan pula golongan yang tidak pakar mengenainya berusaha sendiri nak berinteraksi dengan keduanya (Al-Quran dan As-Sunnah) tanpa ada bimbingan ulama dan pimpinan ilmu yang secukupnya. Kalau ada yang nak cuba... maka akan muncul lah semula berita hangat di media massa ‘si gila’ yang cuba menjadi pewaris nabi-nabi sesat ataupun ‘si murabbi’ yang menerima wahyu daripada syaitan dan iblis.

Monday, August 17, 2009

Bahaya Khuruj (Melawan) Terhadap Pemerintah

BAHAYA KHURUJ (MELAWAN) TERHADAP PEMERINTAH
OlehSyaikh Ali bin Hasan Al-Halabi Al-Atsari
Gerakan khuruj (pemberontakan) dan inqilab (melancarkan kudeta) terhadap suatu pemerintahan (yang sah) bukanlah sarana untuk memperbaiki masyarakat. Bahkan justru memicu timbulnya kerusakan di tengah masyarakat. Khuruj terhadap pemerintah muslim, bagaimana pun tingkat kezhalimannya, merupakan bentuk penyimpangan dari manhaj Ahlus Sunnah (Wal Jama'ah). Ada dua macam bentuk khuruj, (1). Khuruj dengan memanggul senjata (2). Khuruj dengan perkataan dan lisan.Mereka yang selalu memunculkan perpecahan, pertikaian, dan pergolakan terhadap pemerintahan muslim, pada hakikatnya telah melakukan pemberontakan terhadap pemerintahan tersebut. padahal, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menyuruh kita untuk bersabar, sebagaimana sabda beliau."Kecuali engkau melihat suatu kekufuran yang sangat jelas, yang dapat engkau buktikan di sisi Allah". [Muttafaq 'alaih]
Renungkanlah perkataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, "Kecuali engkau melihat suatu kekufuran". Penuturan beliau tidak terhenti sampai di situ saja, tetapi diiringi dengan keterangan "kekufuran yang sangat jelas". Lantas beliau menambahkan keterangan lebih lanjut" yang dapat engkau buktikan tentang itu di sisi Allah".
Di dalam hadits ini, beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan lima buah penekanan untuk mencegah orang dari khuruj dan takfir (mengkafirkan pemerintah atau pun individu muslim) yang merupakan perbuatan sangat buruk dan berbahaya. Karena dapat mengakibatkan kerusakan dan kehancuran di tengah masyarakat.Bahkan Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata di dalam kitabnya, I'lamul Muwaqqi'in : "Tidak ada satu pemberontakan pun terhadap pemerintah muslim yang membawa kebaikan terhadap umat pada masa kapan pun".Begitu juga hujatan terhadap pemerintah. Manakala sebagian orang menjadikan hujatan terhadap pemerintah sebagai materi ceramah dan "nasihat-nasihat" yang mereka sampaikan untuk memperoleh simpati manusia.
Manusia pada dasarnya menyukai hujatan terhadap pemerintah, juga terhadap para penguasa dan pemimpin, serta kepada setiap orang yang mempunyai posisi lebih tinggi dari mereka. Seakan-akan hujatan dan celaan tersebut sebagai hiburan yang dapat menyenangkan hati merekaSungguh suatu fenomena yang sangat menyedihkan ketika kita menyaksikan hujatan, makian, serta cercaan terhadap pemerintah, saat ini menjadi materi-materi ceramah dan "masukan" bagi sebagian da'i zaman sekarang, khususnya pada waktu terjadinya fitnah. Hingga materi yang mereka sampaikan akan membuat orang-orang berkomentar :"Masya Allah, Syaikh ini orang yang berani, atau Syaikh ini orang yang kuat". Padahal fakta ini sesungguhnya tidak mendatangkan manfaat apa pun, melainkan hanya akan menghasut dan mengotori jiwaSebagian orang justru mengira, tindakan tersebut merupakan bentuk upaya menasehati pemerintah. Padahal terdapat metode dan prosedur dalam menasehati pemerintah, seperti termaktub dalam sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam."Barangsiapa di antara kalian yang ingin menasehati penguasa, maka hendaklah dia pergi kepadanya, dan merahasiakan nasihatnya itu".
Hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ini menjelaskan bahwa nasihat kepada para penguasa atau pemerintah, hendaklah disampaikan secara rahasia. Karena bila ditempuh secara terang-terangan akan menimbulkan gejolak hati, yang merusak hati.Kalau di antara kita -para penuntut ilmu- ada yang terjatuh ke dalam suatu kesalahan, kemudian salah seorang menasihatinya di depan umum, ia langsung akan berkata : "Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah. Janganlah kamu membuka aibku di depan umum. Kalau engkau ingin menasihatiku, maka lakukanlah dengan empat mata".
Kalau para penuntut ilmu, para da'i yang mengajak manusia kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam -yang mengetahui keutamaan ilmu, keutamaan al-haq dan kembali kepadanya (setelah mengalami kekeliruan)- tidak menyukai metode seperti ini dalam memberikan suatu nasihat, maka bagaimana mungkin para penguasa yang memiliki kedudukan, kekuasaan, senjata, serta tentara yang banyak -bagaimana mungkin mereka- akan dapat menerima nasihat dengan cara yang tidak simpatik ini.
Justru yang lebih utama, tidak menasihati mereka di depan umum ; kalaupun hal ini tidak mendatangkan maslahat bagi pemerintah, paling tidak akan memberi maslahat bagi diri kita sendiri. Hal ini, tentunya apabila mereka (para penguasa) adalah orang-orang muslim.Batasan yang paling rendah untuk menghukumi mereka sebagai seorang muslim, ialah apabila mereka tunduk dan mengakui kebenaran agama Islam. Meskipun mereka melakukan suatu penyelewangan, mempunyai kesalahan yang banyak dan berbuat dosa-dosa besar. Dan ini semua tidak menjadikan mereka sebagai orang kafir, karena Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Kecuali engkau melihat suatu kekufuran yang sangat jelas, yang dapat engkau buktikan di sisi Allah". [Muttafaqun 'alaih]
Kemudian Syaikh Muqbil rahimahullah berkata : "Kami tidak memandang kudeta sebagai jalan untuk membenahi masyarakat. Bahkan gerakan tersebut, justru menimbulkan kerusakan dalam masyarakat".Marilah kita simak sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam Shahih Muslim, dari hadits Arfajah Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Barangsiapa yang datang kepada kalian, ketika kalian bersatu di bawah satu pimpinan, dia berkeinginan untuk memecah belah persatuan kalian, maka bunuhlah dia". [HR Muslim]Dalam hadits ini, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menegaskan bahwa pemberontakan terhadap suatu pemerintah, yang dapat menimbulkan suatu perpecahan di kalangan masyarakat merupakan salah satu hal yang mewajibkan seseorang untuk dibunuh.
Akan tetapi, perlu diingat, bahwa yang dapat menjatuhkan sanksi ini adalah waliyyul-amr, pemerintah yang memegang kekuasaanDalam sebuah hadits dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu 'anhu, ia menceritakan."Kami berbaiat kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk selalu patuh dan taat, baik terhadap apa yang kami suka maupun yang tidak kami suka, dan dalam keadaan sulit maupun lapang, dan untuk mendahulukan apa yang diperintahkan (di atas segala kehendak kami), dan untuk tidak merebut kekuasaan dari pemimpin yang sah. Kecuali engkau melihat suatu kekufuran yang sangat jelas, yang dapat engkau buktikan di sisi Allah". [Muttafaqun 'alaih]
Akan tetapi, ketaatan ini tidak boleh berlawanan dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam."Sesungguhnya ketaatan itu hanya terhadap perkara yang ma'ruf (baik) saja". [Muttafaqun 'alaih]Dan sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadits yang lain."Tidak boleh taat kepada makhluk di dalam maksiat kepada Al-Khaliq". [HR Thabrani di dalam Al-Mu'jamul Kabir]
Kalau mau merenung sejenak, niscaya kita akan memperoleh fakta bahwa dalam sejarah Islam, tidak ada satu pemberontakan pun yang berhasil. Lain halnya dengan orang-orang kafir, kebanyakan pemberontakan yang mereka gerakkan berakhir dengan keberhasilan. Di sini seakan-akan Allah Subhanahu wa Ta'ala sedang menghendaki, supaya kita mau melihat dan memperhatikan bahwa cara seperti ini, bukanlah metode syar'i. Allah Subhanahu wa Ta'ala hanya menginginkan kita supaya menempuh metode syar'i yang telah digariskan oleh-Nya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam kitab-Nya."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". [Ar-Ra'd : 11]"Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu". [Muhammad : 7]"Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah Mahakuat, Mahaperkasa". [Al-Hajj : 40]
Dari sini, kita dapat mengetahui bahwa metode syar'i adalah tidak keluar dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, Allah Azza wa Jalla berfirman."Dan sungguh, inilah jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertakwa". [Al-An'am : 153]"Dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu 'anhu, ia berkata :"Suatu hari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam membuat suatu garis, kemudian beliau berkata : "Ini adalah jalan Allah", kemudian beliau membuat garis-garis yang banyak di bagian kanan dan bagian kirinya, lalu berliau berkata : "Ini adalah jalan-jalan (yang dimaksud oleh Allah), dan pada setiap jalan terdapat setan yang menyeru kepadanya", kemudian beliau membaca ayat : "Dan sungguh, inilah jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertakwa" .
Dari sini jelaslah bagi kita, bahwa tidak ada jalan untuk memperbaiki kondisi masyarakat melainkan dengan mengikuti Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan menjauhi segala macam bentuk bid'ah. Mari kita simak firman Allah Azza wa Jalla yang sangat agung berikut ini."Dan adakalanya kami memperlihatkan kepadamu (Muhammad) sebagian dari (siksaan) yang Kami janjikan kepada mereka, atau Kami wafatkan engkau (sebelum itu)". [Yunus : 46]Banyak diantara manusia yang berkata "kami belum melihat kejayaan Islam". Ketahuilah ! Bahwa tidaklah mesti kita melihat segala apa yang telah dijanjikan Allah kepada kita, karena Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun tidak melihat segala apa yang di jajikan oleh Allah.
Coba kita menyimak firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang merupakan janji-Nya kepada orang-orang beriman."Allah telah menjajikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan amal shalih, bahwa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama telah Dia ridhai bagi mereka. Dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam, ketakutan menjadi aman sentosa. Asalkan mereka (tetap) semata-mata beribadah kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan suatu pun". [An-Nur : 55]Sungguh ini merupakan janji Allah Subhanahu wa Ta'ala. Apabila kita dapat merealisasikan perintah Allah ini, niscaya Allah Subhanahu wa Ta'ala pun akan merealisasikan apa yang telah Dia janjikan kepada orang-orang yang beriman di antara kita.Wallahu 'alam, wa shallallaahu 'alaa nabiyyinaa Muhammad wa 'alaa aalihii wa shahbihi wa sallam.
[Disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 01/Tahun XII/1429H/2008M. Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Almat Jl. Solo - Purwodadi Km. 8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183. telp. 0271-5891016]
__________
Footnote
[1]. Diterjemahkan oleh ustadz Ahmad Danil dari penjelasan Syaih Ali Hasan Al-Halabi terhadap risalah Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i rahimahullah yang berjudul "Hadzihi Da'watuna Wa Aqidatuna".