Friday, July 4, 2008

SENYUM KAMBING; PEMIMPIN PENING RAKYAT BERLAWAK

Geli hati saya apabila bersembang dengan teman-teman di kedai makan. Tidak habis-habis mereka semua akan menjadikan isu-isu mutakhir Negara sebagai bahan jenaka. Semua isu dijadikan bahan lelucun.

Bermula dengan permintaan Cuepac yang diketuai oleh presidenya, Omar Osman yang meminta elaun kola bagi kakitangan kerajaan, isu kenaikan harga minyak, rebet memperbaharui cukai jalan sehinggalah kepada isu pembunuhan Altantuya dan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dan macam lagi.

Mengenai permintaan Cuepac itu apa yang melucukan saya apabila kami sembangkan mengenai mesej pesenan ringkas yang menyatakan persetujuan kerajaan untuk memberi elaun kola. Persetujuan itu ada syaratnya. Kami perlu mengumpul tudung botol coca cola sebanyak-banyaknya. Lawak yang seumpama dengan isu kenaikan harga barang dan Pak Lah beristeri baru.

Tidak habis dengan itu, apabila bercerita mengenai dakwaan Anwar yang menyatakan bahawa TPM ada terlibat dengan konspirasi menjatuhkan maruahnya dengan mengatur langkah agar Saiful Bukhari membuat dakwaan dengan menyatakan dia diliwat. Tiba-ti ada suara yang menyatakan Anwar seorang yang berani mati dan tidak takut kena bom. Macam mana kalau TPM arahkan isterinya, Rosmah mengebomnya dengan C4.

Kemudian ada pula cerita mengenai siapa pula akan menggantikan Pak Lah kalau beliau berundur diri. Calon yang paling sesuai untuk membetulkan kesilapan beliau. Ada pula yang mencadangkan kita jemput sahaja Barrak Obama menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mengenai dakwaan Saiful Bukhari pula ada yang menyuruh agar punggung Saiful Bukhari diperiksa dan ditayangkan di media massa. Jika ada tandatangan Anwar Ibrahim dan tulisan ‘Anwar was here’ maka sudah pastilah dia diliwat. Jika tidak percaya dengan penafian Anwar Ibrahim, lebih baik pakai cawat besi.

Tidak cukup dengan itu semua, ada suara sumbang yang ingin memberi anugerah cemerlang wakil rakyat terbaik kepada TPM kerana siapa sahaj dengan mudah boleh bertemu dengan beliau untuk mengadu apa-apa aduan atau masalah. Boleh terus berjumpa di ibu pejabat. Nampaknya lepas ini banyaklah isteri-isteri yang didera suami, pekerja-pekerja yang diberhentikan oleh majikan kerana kilang ditutup atas dasar pelabur hilang kepercayaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat berduyun-duyun mengunjungi pejabat TPM.

Mengenai perhimpunan GERAM yang akan diadakan hujung minggu ini jangan lupa menjemput kumpulan Step dari Thailand bagi menghiburkan para pengunjung. Mereka amat pandai menghiburkan dan amat sesuai diberi peluang membuat persembahan di kawasan terbuka seperti tempat di mana perhimpunan itu ingin dilaksanakan.

Entahlah. Saya hanya mampu tergelak dan tersenyum sahaja. Ini semua jenaka lucu. Mungkin itulah yang dapat menghilangkan ‘stress’ kerja dan memikirkan bagaimana mengatur kehidupan agar masalah kenaikan harga barang tidak membebankan sangat. Saya hanya mampu berharap agar semua masalah dan isu-isu mutakhir ini dapat ditangani dan diselesaikan dengan baik.

Janganlah membuat tuduhan tidak berasas kerana itu adalah fitnah. Ia lebih dahsyat dari membunuh. Janganlah terburu-buru ingin mengharapkan pemimpin turun kerana dikatakan tidak bagus. Takut nanti jadi macam di Turki apabila Mustafa Kamal at-Tartuk menjadi pengganti kepada pemimpin yang dikatakan lemah. Brjimat cermatlah dalam mengatur perbelanjaan. Bukan kerana harga minyak dan barang naik sahaja tetapi itulah yang sememangnya dianjurkan oleh Islam.

No comments: