Tuesday, April 22, 2008

MAK NYAH: JANGAN DIDISKRIMINASIKAN

Penyisihan kepada golongan mak nyah di Malaysia dianggap satu masalah besar bagi golongan minoriti ini. Golongan ini sering kali dipinggirkan di dalam semua perkara. Ini telah memberi kesan kepada kebajikan, cara hidup dan status undang-undang terhadap mereka.

Pada hari ini beberapa badan bukan kerajaan telah kehadapan untuk mebela nasib mak nyah. Antaranya PTF (sebelum ini dikenali sebagai Pink Triangle Foundation) dan Federal Territory Mak Nyah Associate dan lain-lain. Ini wujud rentetan daripada golongan ini yang semakin bertambah di Negara kita.

Bagi golongan yang prihatin mengenai keadilan, persamaan hak dan menolak diskriminasi ke atas individu atau kumpulan, isu-isu berkaitan mak nyah perlu diberi perhatian dan dikaji semula. Ini bagi mengelakkan berlaku penindasan terhadap golongan minoriti ini.

Sebagai Negara yang mengamalkan keadilan dan kemakmuran seharusnya golongan mak nyah perlu diberikan pembelaan. Mereka perlu diberi bantuan dan sokongan. Ini bersesuaian dengan prinsip ke tujuh Islam Hadhari iaitu PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA. Prinsip tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal.

Sebenarnya kita telah lama membiarkan golongan mak nyah ini hidup menderita. Ini tidak harus berlaku di dalam Negara yang bernama Malaysia. Kita harus memberi sedikit ruang kepada golongan mak nyah agar mereka dapat terus hidup di dalam ruang lingkup masyarakat. Datuk M. Kayveas sewaktu memangku jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa golongan mak nyah ini tidak boleh didiskriminasikan sebaliknya dihormati dan diberikan hak yang sewajarnya sebagai warganegara yang sah.

Jika kita melihat perbuatan menukar jantina daripada lelaki kepada perempuan adalah merupakan satu perbuatan yang diviant di dalam agama dan adat masyarakat Malaysia, adakah perbuatan mereka itu tidak ada kemaafan. Jika diperhatikan perbuatan itu terjadi sewaktu mereka kemaruk di dalam fantasi mereka tanpa ada pertimbangan akal yang waras. Mereka hanya memikirkan masa depan mereka selepas menukar jantina berpaksikan timbangan hawa nafsu dan syaitan. Seharusnya mereka perlu diberi peluang ke dua untuk meneruskan hidup pada hari-hari mendatang.

Sekiranya masalah diskriminasi di kalangan golongan mak nyah dapat diatasi, saya berkeyakinan sebahagian besar masalah pelacuran di kalangan mak nyah dapat diatasi. Ini kerana ramai dari golongan mereka merupakan golongan yang mempunyai peluang yang cerah di alam pekerjaan profesional sekiranya diberi ruang.

3 comments:

Anonymous said...

mabruk! post menarik. syukran

Vivienne "Yuki" Choe said...

"Jika diperhatikan perbuatan itu terjadi sewaktu mereka kemaruk di dalam fantasi mereka tanpa ada pertimbangan akal yang waras. Mereka hanya memikirkan masa depan mereka selepas menukar jantina berpaksikan timbangan hawa nafsu dan syaitan. Seharusnya mereka perlu diberi peluang ke dua untuk meneruskan hidup pada hari-hari mendatang."

I am sorry. But do bear in mind this. Gender Identity Disorder or Harry Benjamin Syndrome, which causes the condition of transsexualism, is a MEDICAL CONDITION. I do not have fantasies, and I am surely thinking straight, and I dress not based on "nafsu" but on my identity. And I doubt I have any "syaitan" in me since I am Christian. Please learn more and not be ignorant to transsexuals.

Thank you.

Vivienne "Yuki" Choe said...

Erm. One more thing. The "penukaran" is the cure. Please do not consider it something out of the ordinary because it is not. There is already a Standard Of Care (SOC) on treatment for transsexual that includes this "penukaran". Please do read up on it, I encourage you. And I am sure you will be surprised and enlightened. If you do not view me as normal, or treat me differently, you already discriminated me. Take care and TQ.