DEFINISI
Perkataan homoseksual diterjemahkan secara harafiah membawa maksud "sama jantina". Ia merupakan gabungan perkataan Yunani iaitu "homo" yang membawa makna "sama" dan perkataan Latin 'sex' yang bererti "seks." Istilah ini pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 oleh novelis Karl-Maria Kertbeny.
Menurut Deti Riyanti dan Sinly Evan Putra, homoseksual boleh diertikan sebagai kelainan terhadap orientasi seksual yang ditandai dengan timbulnya rasa suka terhadap orang lain yang mempunyai kelamin sejenis atau identiti gender yang sama. Manakala Kaplan mendefinasikan sebagai penyimpangan psikoseksual di mana seseorang dewasa tertarik gairah seksualnya dengan teman sejenis. Dali Gulo pula mengatakan bahwa homoseksual merupakan kecenderungan untuk memiliki hasrat seksual atau mengadakan hubungan seksual dengan jenis kelamin yang sama.
Berdasarkan kepada definasi yang diberikan kita boleh menyimpulkan bahawa homoseksual merupakan kecenderungan individu untuk menyukai orang lain yang mempunyai jenis kelamin yang sama.
HOMOSEKSUAL: GAY & LESBIAN
Homoseksual boleh dibahagikan kepada dua kelompok; iaitu homoseksual yang terjadi pada golongan lelaki yang disebut gay dan homoseksual yang terjadi pada wanita yang disebut lesbian.
BENARKAH ISLAM MEMBENARKAN HOMOSEKSUAL?
Islam yang merupakan agama rahmat kepada sekelian makhluk tidak pernah mendiskriminasikan sesiapa. Allah yang maha Pencipta dan Pengasih sentiasa berlaku adil tanpa ada kezaliman walau sedikitpun kepada makhluk-makhluknya.
Disini kita harus renungkan Allah merupakan pencipta sekelian makhluk. Dia menciptakan manusia pelbagai warna, rupa dan perangai. Jadi adakah Allah meminggirkan golongan homoseksual?
Jika kita lihat pada zahirnya, Islam agama rahmat dengan jelas mengutuk golongan homoseksual. ini jelas melalui firman-firman Allah di dalam Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah yang soheh.
’’Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?”Ayat 80, Surah al-Araf
’’Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.’’
Ayat 81, Surah al-Araf
Melalui ayat tersebut kita dapat lihat bahawa Islam sememangnya menolak perbuatan tersebut sejelas-jelasnya. Adakah ini menunjukkan Allah Taala tidak berlaku adil.
Sebenarnya kita harus mengerti mengenai situasi ini sedalam-dalamnya. Islam tidak menghukum mereka yang berperasaan atau bernafsu kepada golongan sejenis. Tetapi Islam mengutuk perbuatan mereka mengadakan hubungan sejenis. Kutukan ini adalah berasas.
BAHAYA HOMOSEKSUAL
Melalui pengamalan hubungan sejenis atau homoseksual ia boleh mengakibatkan bencana penyakit yang paling digeruni iaitu AIDS dan virus HIV. Sehingga hari ini tidak ada seorangpun pengamal perubatan yang dapat menemui penawar kepada penyakit tersebut. Ia merupakan bencana dari gejala jijik tersebut.
KESIMPULAN
Sebagai hamba yang sentiasa mendambakan keredhaan ALLAH marilah bersama-sama kita memohon kehadratnya agar kita sentiasa mendapat pimpinan Ar-Rahman. Janganlah kita menghina golongan yang berkelakuan lembut bagi lelaki dan berkelakuan kasar bagi perempuan.
Ingat! Perbuatan yang keji merupakan punca kemurkaan Illahi tetapi bukan apa yang terlintas di hati sanubari mereka.
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
12 years ago
1 comment:
"Melalui pengamalan hubungan sejenis atau homoseksual ia boleh mengakibatkan bencana penyakit yang paling digeruni iaitu AIDS dan virus HIV. Sehingga hari ini tidak ada seorangpun pengamal perubatan yang dapat menemui penawar kepada penyakit tersebut. Ia merupakan bencana dari gejala jijik tersebut."
With all due respect, men having nafsu to have sex with other men have nothing to do with love. It is the nafsu that is condemned here. There is no rejection in all Abrahamic religions when it comes to people's love and relationships.
And homosexuals are not a "gejala", because if homosexuals, according to your definition is gejala, then hetero-sex is also a gejala. There is nothing jijik about people's love other than a shallow minded perception of extreme heterosexism.
And you are wrong. HIV/AIDS is not caused by homosexual sex. It is caused by UNPROTECTED sex. If by your ignorance you say that AIDS is caused by homosexuals, then why do homosexual women or lesbians have THE LEAST RISK if HIV/AIDS among all sexual relationships?
Please come out of your box and see the world. You sound like a wise person. So please do not be confined to the emotions and bias that you would justify according to your own whims, but open yourself to realities of the world.
Post a Comment