Wednesday, February 4, 2009

Oh...Ramlang Porigi... Oh...Dr.Juanda

Tekadang kita bijak menyatakan bahawa kita seorang yang tidak terpengaruh dengan suasana dan keadaan apabila berbicara dan berhujah. Seorang yang objektif, adil dan tidak mudah diperkotak-katikkan. Tetapi adakah perkara ini benar-benar mampu lahir di dalam diri kita? Secara jujurnya saya sendiri mengakui bahawa tekadang saya turut berhujah, berdiskusi dan berbicara masih tidak lekang dengan keadaan dan situasi yang mampu mempengaruhi. Mungkin ini kerana sifat kita sebagai manusia.

Jika kita mengatakan mengenai kawan rapat atau saudara kita, pengadilan yang banyak menyokong kepada kebaikannay akan terlihat. Mungkin inilah yang menjadikan tugas sebagai seorang hakim ini amat sukar dan berat.

Bukan sebenarnya saya ingin bersyarah atau berceramah. Saya seorang kelu lidah untuk memutarkan kata-kata agar ia kelihatan cantik dan teratur. Terpesona sehingga mampu memikat pendengar dan pembaca untuk terus meneliti dan menghayati bait kata-kata saya. Bukan juga saya seorang yang lelucun seperti pelawak-pelawak hebat yang semakin hari semakin banyak lahir dari program realiti tv. Tidak sama sekali.

Tetapi apa yang amat mengecewakan dan membuat saya terkilan apabila seorang yang dianggap hebat berbicara dan gah perkasa memberi hujah-hujah tanpa mengenal siapa orangnya memberi kenyataan di dalam blognya tanpa berfikir panjang dan teliti. Mungkin ia berpunca daripada pengaruh perjuangannya atau sebab-sebab yang saya sendiri tidak dapat pastikan kerana saya bukanlah seorang pakar meneliti seseorang individu seperti Dr Fadhilah Kamsah atau Dr haron Din.

Bagaimana anda boleh sanggup membela kesilapan yang telah dilakukan oleh Saudara Ramlang Porigi yang sanggup menjadi tukang sibuk berkempen di dalam pilihan raya ketika Anwar Ibrahim akan bertanding hidup mati beberapa jam sahaja lagi? Adakah itu sebenarnya tidak mencemarkan nama penjawat awam? Mungkin saya ini jahil. Tidak memiliki ilmu yang mendalam. Tetapi, sejujurnya saya akan menyatakan Saudara Ramlang Porigi sepatutnya sudah lama dipecat tanpa perlu dibuat siasatan yang mengambil terlalu banyak masa.

Sekiranya Saudara Ramlang ingin membersihkan namanya sekalipun, bukan di Permatang Pauh tempatnya. Itu seperti meneguk di air yang keruh. Apa sebenar matlamatnya? Mungkin anda lebih tahu daripada saya. Tetapi sebagai orang yang matang anda seharusnya berfikir dengan kebijaksanaan. Bukan berfikir dengan dipengaruhi keindahan dan kepopularan dunia semata-mata.

Bagi Saudara Ramlang hanya satu sahaj mampu saya katakan, terimalah seadanya balasan dari perbuatan saudara sendiri. Saya yakin saudara tidak gentar mengenai tidak ada rezeki untuk mendapat keselesaan hidup lagi pabila sudah tidak bergelar penjawat awam. Teman baik saudara sudah meberi peluang secara kenyataan terbuka akan memberi projek kepada saudara nanti juka tiada siapa ingin mengajikan saudara. Lagipun rezeki itu Allah yang beri.

Bab lain pula, mungkin agak terlambat untuk dinyatakan. Pertama tahniah kepada anak kelahiran Sarawak dan bekas Timbalan Mufti Sarawak Dr. Juanda kerana dipilih menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Ingat! Naik turun seseorang ulama itu ditadbir oleh Allah. Dr. Juanda telah dijadualkan sebagai orang yang akan menegakkan kebenaran dari sisi mata pandangan Illahi apabila diberi kesempatan menjadi mufti. Jika Dr. Juanda dikatakan naik untuk merosakkan agama Allah, dengan berat hati saya katakan itu tidak benar sama sekali. Ini kerana Allah sentiasa akan memelihara Agama Nya dan tidak akan membiarkan orang memadam api agamanya dengan lidah mereka. Agama Allah sentiasa dipeliharaNya sendiri.

Ini jelas bahawa pemilihan Dr. Juanda sebagai Mufti , yang merupakan jawatan paling dihormati bagi rakyat Melayu dan islam pasti akan membawa sinar kebaikan. Ada perkara baik dan pelajaran bermanfaat akan kita nikmati bersama dengan lisan bi dalil Dr. Juanda.

Bagi mereka yang tidak senang dengan Dr. Juanda janganlah mudah membuat tuduhan. Beliau baru sahaj memulakan dayungan bahteranya. Beliau akan menerajui Kerajaan Negeri Perlis membawa kepada keredhaan Allah.

Mungkin kerana sifat dengki dan cemburu kita berkata bukan-bukan terhadap beliau. Marilah kita cuba sedaya upaya menghilangkan bara jijik itu dari hati kita. Semoga Allah meredhai kita.
*sila rujuk kepada laman http://al-ghari.blogspot.com/

No comments: