DIKUTIP DARI http://abunajmi-asqalani.blogspot.com/2009/01/antara-sms-beracun-dan-qunut-nazilah.html. MARILAH SAMA FIKIR-FIKIRKAN DAN RENUNG-RENUNGKAN.
Setakat ni, saya dah terima 3 sms dari kawan-kawan. Satu dari sahabat lama yang bertugas di Negeri Sembilan, satu dari kawan setugas dari daerah Pontian dan seorang lagi dari sahabat yang sama-sama ikuti kuliah sunnah bersama Drs. Syed Mohd Rafee Syed Zainal.
SMS tu tertulis "Pemimpin Hizbullah, Lubnan, Syed Hasan Nasrallah meminta seluruh muslim untuk melafazkan Quran, surah al-Fath ayat 26-27, Surah Yunus ayat 85, 86 dan 88, malam ini.. Tolong sebarkan".Nampaknya dakyah Syiah dah mula menyusup masuk ke dalam masyarakat secara sedar atau tak sedar. Semangat umat Islam yang marahkan Yahudi Laknatullah kerana membunuh kaum muslimin Syam berjaya dimanipulasi oleh puak Syiah.
Bagaimana Syed Hasan Nasrallah yang lantang mencaci maki serta mencela para sahabat dapat dijadikan panduan dalam apa jua amal ibadah. Apatah lagi amalan tersebut tidak diketahui hujung pangkalnya.
Umat Islam di Malaysia pernah digemparkan dengan penghinaan terhadap Rasulullah dalam isu janggut. Kalau isu janggut umat Islam boleh merasa sensitif, mengapa penghinaan Syiah dan Hasan Nasrallah pada sahabat Rasulullah kita boleh pandang sepi? Hakikatnya, aqidah Hasan Nasrallah dan Syiah Rafidhah tiada bezanya dengan aqidah puak sekular di Malaysia ini.
Antara hadis-hadis sahih larangan Rasulullah saw mencela dan mencaci sahabat baginda :-
1. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik umatku ialah mereka yang hidup sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman dengan sahabatku, selepas itu mereka yang hidup selepas mereka (sahabat r.a.) Selepas itu akan datang satu kaum di mana penyaksian salah seorang daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya. (Hadis riwayat Muslim)
2. Dari Abu Said r.a katanya: Di antara Khalid bin Al-Walid dan Abdul Rahman bin Auf telah terjadi sesuatu, lalu Khalid mencaci beliau. Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu mencaci sahabatku walaupun salah seorang dari kamu membelanjakan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, dia tidak dapat menandingi salah seorang ataupun separuh dari mereka. (Hadis riwayat Muslim)
Bantulah kaum muslimin di Gaza dan Syam dengan bacaan qunut nazilah :-
اللهُمَّ إنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَلَا نَكْفُرُكَ ، اللهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ ، نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ ، إنَّ عَذَابَكَ الجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ ، اللهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ أهْل الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَاللهُمَّ أَعِزَّ الإسْلَامَ وَالْمُسلمين، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَاءَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْن, اللهم أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَالطُّغَاةَ وَالظَّالِمِيْنَ يا رب العالمين.. اللهم اِنَّنَا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِم, اللهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَ فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم, يا الله, يا الله, يا الله.اللهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابَ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابَ وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابَ اِهْزِمْهُمْ وَاْنصُرْنَا عَلَيْهِمْ.اللَّهُمَّ أَنْجِ المسلمين في فلسطين اللَّهُمَّ أَنْجِ المسلمين في كُلِّ مَكَان, اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ, اللَّهُمَّ أهْلِكْ أمْرِيْكَانَ وَمَنْ وَالَاهُمْ, اللهُمَّ أَهْلِكِ الْيَهُوْدَ وَمَنْ وَالَاهُمْ,اللهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ سَبِيْلِكْ، والْمُضْطَهَدِيْنَ فِيْ دِيْنِهِمْ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ، اللهُمَّ انْصُرْ إخْوَانَنَا فِيْ فَلَسْطِيْن ، اللهُمَّ انْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ، اللهُمَّ اجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ، وَوَحِّدْ صُفُوْفَهُمْ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ, رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ.
Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami menuju, dan kami menyegerakan langkah, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu sangat pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agama (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghout dan orang-orang yang zalim, Wahai tuhan sekelian alam.Ya Allah kami serahkan leher-leher musuh kami (kepadaMu) dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan himpunan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai tuhan yang maha gagah, wahai tuhan yang maha keras, wahai tuhan yang maha membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Ya Allah, wahai tuhan, yang menurunkan al-Kitab, wahai tuhan yang menjalankan awan, wahai tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkanlah mereka (orang-orang kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Palestin, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah hancurkan Amerika dan sekutu-sekutunya, Ya Allah hancurkan Yahudi dan sekutu-sekutunya.Ya Allah bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalanMu, yang ditindas kerana agama yang mereka anuti di semua tempat.Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Ya Allah bantulah mereka, Ya Allah bantulah mereka berdepan dengan musuhMu dan musuh mereka, Ya Allah satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai tuhan sekelian alam, Wahai tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani kami, sudah pasti kami akan tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi.”
Dari Abu Hurairah ra katanya "Demi Allah! Akan kuajarkan kepadamu cara solat Rasulullah saw. Maka Abu Hurairah qunut ketika solat zohor, isyak dan subuh. Mendoakan kebaikan bagi orang-orang mukmin dan mengutuk orang-orang kafir"(Hadis riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment