Wednesday, April 14, 2010

MINYAK PENGASIH... APA SUDAH JADI NI...

Cuba renung betul-betul berita ni...


KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila seorang penjual minyak pengasih, di sini mendedahkan bahan yang dulunya sering ‘diburu’ pasangan sudah berkahwin demi menambat hati pasangan, kini menarik minat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang sanggup membayar sehingga RM450 untuk mendapatkan sebotol minyak berkenaan.

Nor Rohani Yusuf, 45, dari bandar raya ini, memberitahu, minyak berkenaan yang berharga tinggi mendapat permintaan luar biasa di kalangan penuntut IPT luar bandar dan kebanyakannya menggunakan minyak itu untuk menawan hati serta menundukkan gadis diminati.

"Ada antara mereka melanggan dengan saya dan mendapatkan minyak ini setiap bulan. Setiap kali ada pelanggan, saya bertanya apa tujuannya dan ramai yang mengaku menggunakan minyak ini untuk mendapatkan gadis yang mereka sukai kerana sukar menawan hati mereka jika memikat dengan cara biasa.

"Kebanyakan yang datang untuk mendapatkan minyak ini adalah pelajar IPT dari luar bandar. Minyak ini sangat berkesan dan dapat memikat sesiapa diingini. Namun, saya sentiasa menasihatkan pelanggan terutama pelajar supaya tidak menggunakannya kerana boleh memudaratkan.

"Tujuan asal saya menjual minyak pengasih ini adalah untuk membantu pasangan suami isteri yang mempunyai masalah rumah tangga kerana ia dipercayai dapat mengembalikan ikatan kasih sayang seperti sedia kala," katanya ketika di temui di sebuah lokasi beli belah terkemuka di sini, semalam.

Dengan jujur, Nor Rohani berkata, kebiasaannya dia turut menawarkan khidmat tambahan kepada pelanggan dengan menitiskan darah yang diambil dari jari kelingking pembeli ke dalam minyak pengasih itu selain membacakan mantera, bagi memastikan kemujarabannya.
"Saya akan bacakan sedikit mantera dengan nama pembeli dan titiskan darah mereka dan setakat ini memang mujarab. Sejak berniaga hampir 10 tahun, belum ada lagi mengadu minyak pengasih yang saya jual tidak mujarab.

"Sebenarnya saya terkejut kerana beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan pembeli minyak pengasih ialah kalangan penuntut IPT. Kebiasaannya, stok antara 10 hingga 20 botol habis dijual dalam masa seminggu. Namun, di samping penuntut IPT, ada juga warga berusia datang untuk mendapatkan minyak ini," katanya.

Dia berkata, bekalan minyak pengasih itu diperoleh dari negara jiran, namun untuk mendapatkan bekalan bukan mudah kerana ia perlu diproses terlebih dulu sebelum dijual kepada pelanggan.

"Saya menjual yang asli saja iaitu yang diperbuat dari akar cenuai asli dari Thailand dan resipi adunannya dipelajari daripada arwah bapa yang berguru dengan tok sami dari sana. Selain menjual minyak cenuai, saya turut menjual minyak buluh perindu dengan harga RM300 sebotol.

Ulasan Suara Labuan;

Apa sudah jadi dengan masyarakat. Masih percaya lagi ke dengan minyak pengasih ini. Hentikan lah. Cuba perhatikan apa yang dinyatakan sendiri oleh penjual minyak pengasih ni... ia dihasilkan dengan ada mentera la. Mentera apa? Entah lah. Dia belajar pun amik ilmu warisan daripada ayahnya yang menuntut ngan tok sami.. tak kan tok sami ajar jampi serapah menggunakan ayat quran pulak yer... Entah apa yang dibaca... Hanya Allah sahaja yang tahu..

Fikir-fikirkan lah... sudah zaman maju masih nak benda-benda ni... teringat saya cerita yang saya tonton di TV3 pada hari Isnin... Once Upon A Time In China 2... Wong Feng Hong cukup marah kerana orang percaya dengan kumpulan teratai putih yang kononnya dilindungi dewa... sebenarnya semua yang mereka buat dibuktikan palsu oleh Wong... Ajaran sesat la yang layak diberikan pada kumpulan teratai putih tu...

Oleh itu... mari kita renung betul-betul, adakah kita nak tergolong dalam kumpulan yang terkeluar dari garisan Al-Quran dan As-Sunnah... siapa yang terlibat dengan minyak pengasih tu fikir-fikirkanlah...

*Syukur penulis artikel ini tidak sertakan seklai alamat dan nombor telefon si penjual minyak pengasih tu... kalau tidak confirm mak cik tu boleh jadi jutawan segera... semakin ramailah golongan keluarga dan kaum kerabat Pak Syaikh Tan di negara kita..

5 comments:

Anonymous said...

best price plus postage please :3

presa1200 said...

Maknanya, pengamal serta tukang bomoh yg jual tu dua2 dianggap syirik ke? Tak sangka ramai pelajar kolej main benda ni.

presa1200 said...

Maknanya, pengamal serta tukang bomoh yg jual tu dua2 dianggap syirik ke? Tak sangka ramai pelajar kolej main benda ni.

Dr K7 GUGUR said...

0174334165 bomoh tok keramat paling hebat

Haji Laksamana Putra Jawa said...

Zaman sekarang lg pelik ada lihat ni.. Anda mempunyai masalah hubungan?ditinggalkan kekasih?suami atau pasangan anda curang?musuh anda untuk dihapuskan?teman sepejabat?pegawai atasan?jiran rumah?saudara?jarak jauh atau dekat..pihak kami menyediakan pelbagai keilmuan dan barangan mistik bagi menyelesaikan segala masalah anda dengan pantas..kami menyediakan pelbagai khidmat ilmu kebatinan sama ada yang bersifat hitam mahupun putih.sila layari blog kami.
https://pawangsantau.blogspot.com/?m=1