Thursday, June 18, 2009

Syed Arabi dilantik semula rektor UIAM

Tahniah dan semoga Prof dapat terus membawa UIAM ke gelanggang dunia antarabangsa...
KUALA LUMPUR: Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, dilantik semula sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi penggal kedua berkuat kuasa 1 Jun lalu. Pelantikan beliau mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan ahmad Shah, selaku Ketua Perlembagaan UIAM, demikian menurut satu kenyataan UIAM hari ini. Syed Arabi, profesor di Jabatan Komunikasi, Kuliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, dilantik sebagai Rektor UIAM keempat pada 1 Jun 2006.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya (UM) serta Sarjana dan Doktor Falsafah dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat. Syed Arabi pernah menjadi pemberita Bernama dari tahun 1968 hingga 1971. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Good post and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.