Tuesday, August 4, 2009

DEMONSTARI JALANAN: MEGAHNYA....

Kecewa dan sedih dengan demonstari jalanan yang diadakan baru-baru ini bagi memansuhkan ISA masih terasa. Saya amat kecewa dengan apa yang dibuat oleh kawan-kawan dan saudara saya. Mengapa saya menyatakan mereka adalah kawan-kawan dan saudara saya. Pertama ramai di antara mereka adalah Muslim. Mejoriti yang menyertainya. Yang kedua.. kalau non-Muslim yang menyertainya mereka adalah kawan-kawan saya hasil didikan kenegaraan yang saya terima dari sejak lahir lagi bahawa satu Malaysia kita semua adalah kawan tanpa mengira bangsa atau warna kulit. Mengapa harus buat begitu?

Adakah demonstrasi yang diikuti itu atas kerelaan dan kepercayaan sendiri atau mereka tertipu dengan dakyah sebahagian yang berkepentingan? Itu persoalan yang masih berlegar-legar di dalam pemikiran saya yang cetek ini. Jika ia adalah hasrat mejoriti masyarakat Malaysia yang ingin berlaku satu perubahan membawa keadilan… mengapa terlalu ramai orang Melayu yang menyertai tetapi bilangan terlalu kecil sangat bagi kaum cina dan india. Tambahan pula golongan Melayu yang menyertai itu ramai yang berserban dan berketayap. Adakah itu anjuran yang dibawa oleh Islam?

Saya tidak pernah terjumpa mana-mana pandangan ulama salaf yang agong menyatakan bahawa demonstarsi jalanan yang banyak mendatangkan kerugian daripada keuntungan itu dianjurkan oleh mereka. Adakah kerana saya kurang membaca buku? Mungkin ya…

Tetapi apa yang saya yakin cara berdemonstarsi tersebut bukan anjuran Islam. Mengapa saya berani mengatakan begitu? Ini kerana Islam yang mencintai kedamaian dan kerap mengambil jalan yang paling kecil mendatangkan kefasadan dari menerima kefasadan yang besar akan meninmbangkan cara demonstarsi yang dibuat bagi memansuhkan ISA yang diadakan itu amat buruk dan besar kesannya dari menyuarakan secara baik dan halus agar ISA digubal dan diteliti semula.

Lihatlah berapa ramai yang rugi atas kelakuan berdemonstarsi jalanan itu. Ia akan membawa impak kepada kedaulatan Negara, ekonomi dan agama sendiri. Bukan kata-kata ini saya curahkan untuk membodek mana-mana pemimpin melainkan ikhlas semata-mata. Pada saya pemimpin yang baik akan menjadikan saya mengikut kata-katanya tetapi pemimpin yang salah akan saya cuba hindari dari mendengar dan mentaatinya.

Benarlah kata-kata Tun Mahathir bahawa cara berdemonstasi bukan amalan pemimpin melayu melainkan apa yang dibawa oleh Anuar Ibrahim. Pemikir Negara menyatakan apa yang ikhlas. Kerana dia sudah tiada kuasa dan taring. Tetapi apa orang nak dengar kata-katanya lagi. Ingat apa yang selalu beliau katakana “MELAYU MUDAH LUPA”.

No comments: