Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah Taala walaupun saya ‘dicampakkan’ ke pulau yang jauh dari kawan-kawan, tetapi mereka masih tetap mengingati saya. Hari ini 24 Mei 2009 genaplah umur saya 27 tahun. Banyak sms yang menghujani telefon bimbit saya mengingati tarikh lahir saya dan mendoakan kebahagiaan. Tetapi, rata-rata teman-teman mendoakan agar saya cepat menjadikan nasi berminyak. InsyaAllah, jika ada jodoh pertemuan yang telah ditentukan Illahi pasti masanya akan tiba. Tambahan lagi ada minyak petrol murah nak keluar kan bulan sembilan ini. Dalam saya dihujani dengan sms tersebut ada juga sms yang bertanyakan kepada saya berkenaan kerja amal.
Sms itu datang dari murid saya sendiri. Murid di mana saya pun kurang pasti. Mungkin ketika saya mengajar di masjid atau di tempat-tempat mereka ketika diundang. Saya tetap mengatakan dia sebagai murid kerana title yang cukup digeruni dipanggil kepada saya. ‘USTAZ’. Semoga title itu akan menjadi saham pada waktu menuai ‘disana’ dengan tersebarnya ilmu yang bermanfaat.
Balik semula kepada isi kandungan sms tadi. Berkenaan kerja amal yang patut dilaksanakan. Saya hanya memberi beberapa cadangan sahaja. Saya suruh dia fikirkan matlamat utama dan tujuan. Sekiranya perlukan bantuan saya tidak keberatan untuk membantu. InsyaAllah.
Kerja amal ini baik sebenarnya. Ia lah nama pun kerja amal ye. Jikalau sewaktu saya dibangku sekolah rendah apabila disebut kerja amal ia tidak dianggap sebagai benda komersial. Tidak mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Tetapi pada hari ini banyak sudah kerja amal yang boleh mendatangkan keuntungan. Lihat sahajalah kata-kata Donald Trump tokoh korporat yang amat popular di kaca tv dalam melaksanakan kerja amal keuntungan jangan dipinggirkan. Jadi, apabila kita telah sedar dengan perkara itu, patutnya semangat berkejar kepada kerja amal perlu ditingkatkan. Perlu berlumba-lumba. Jika kita tak nampak keuntungannya di dunia ini, keuntungan itu akan kita raih di akhirat nanti. Bak kata saudara Nabil, Raja Lawak “Lu fikirlah sendiri”.
Jika di Labuan ini banyak kerja amal yang boleh dibuat. Antaranya yang menjadi target di dalam kepala hotak saya hari ini mengumpulkan buku-buku ilmiah yang terpakai untuk diletakkan di satu tempat. Library... ia perpustakaan. Perpustakaan mana? Jika tanya saya... saya katakan perpuystakaan masjid. Biar masjid ada perpustakaan. Jadi bolehlah kita ramai-ramai dok bertandang di masjid. Selain pi sembahyang. Boleh baca buku. Kan itu boleh menghasilkan sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Cuba kita renung-renungkan...
Ia lah sebahagian daripada kita cakap.... nak dapat pahala ilmu bermanfaat dia sukar. Kerana dia tak pandai becakap dan mengajar. Itu bukan persoalannya yang sebenar... kalau hendak rebut banyak jalan dan cara. Antaranya macam saya katakan tadi... sumbangkan buku ilmiah... bila orang lain baca dan memberi manfaat maka ia dah kira macam kita sebarkan ilmu bermanfaat lah... jangan pulak kita dok sebar buku yang cita fitnah memfitnah atau seumpamanya... minta maaf je lah bukan bawa manfaat tapi bawa lahanat... maaf agak kasar.. tapi itu hakikat.
Apa-apa pun saya doakan kerja amal yang ditanyakan kepada saya tadi dapatlah direalisasikan dan semoga berjaya. Ameen...
Akhir kata... kepada teman-teman yang mengigati saya dan mendoakan saya... terima kasih banyak-banyak... insyaAllah kalau ada rezeki akan saya transformkan nasi menjadi berminyak ye..
No comments:
Post a Comment