Datuk Seri Najib Razak
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
"Barang siapa berdusta terhadapku maka bersedialah mengambil tempatnya di neraka" (al-bukhari dan ibnu majjah)
Tanggal 3 Mac 2009 menjadi saksi kepada sejarah negara Malaysia dengan penyaksian Dato Sri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Perlantikan Dato’ Seri Najib difikirkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia sebagai pemimpin yang paling layak pada masa ini diukur daripada pengalaman beliau yang luas di dalam arena politik, pentadbiran kerajaan, ketegasan dan sifat mesra rakyat. Walau bagaimanapun tetap ada golongan yang tidak merestui perlantikan itu yang mengaitkan perkara-perkara buruk yang masih tidak berbukti lagi. Apa-apa pun, perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 adalah sah dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang dan peraturan.
Jika direnung-renubgkan, apabila seseorang itu dipilih sebagai pemimpin di negara kita pada hari ini, memang amat sukar untuk memenuhi selera setiap individu. Baik pemimpin politik mahupun pemimpin agama. Anuar Ibrahim yang menjadi ‘pilihan’ demokrasi sebagai ketua Pakatan rakyat pun ramai yang benci. Tuan Guru Nik Aziz yang berperwatakan ulama’ menjadi Menteri Besar Kelantan pun dikritik sahaja. Dato’ Dr. Zamri jadi MB Perak asyik dipertikaikan. Sehingga Dr. Juanda jadi Mufti Perlis pun masih lagi tidak rda dipersoalkan. Itu semua adat. Walau macam mana sekalipun, apabila telah dipilih untuk melaksanakan taklif sebagai ketua maka wajiblah melaksanakan tanggungjawab mereka. Jangan asyik nak fikirkan orang semua mesti suka dan redha kepada kita baru nak laksanakan tanggungjawab.
Dato’ Seri Najib selaku ketua negara kita hari ini perlulah kita beri kerjasama. Walau bagaimana bagus sekalipun beliau jika rakyat tidak memberi kerjasama maka beliau tidak akan menjadi yang terbaik. Sama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Pak Lah (boleh ke sebut macam ni Pak Lah). Mereka semua akan menjadi baik dan bagus dengan gabungan semua pihak. Bukan sekadar diri mereka bagus sendiri.
Samalah macam Saidina Ali apabila rakyatnya mempertikaikan kepimpinannya sebagai khalifah banyak kucar kacir tidak seperti di zaman Umar. Jawab Ali r.a senang sahaja. Masa zaman umar rakyatnya bagus macam beliau tetapi di zamannya rakyat teruk macam yang bertanya. Inilah yang perlu direnungi bersama.
Apa-apa pun tahniah kepada Dato’ Seri Najib yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semoga beliau diberi taufiq dan hidayah dalam menjayakan amanat sebagai ketua negara. Hanya satu sahaja rahsia kejayaan beliau sebagai Perdana Menteri. Tidak susah dan sukar. Ingatlah Allah dan jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan.
Jadi dengan terlantiknya Dato’ Seri Najib sebagai PM yang baru maka Tun Pak Lah telah dengan rasminya telah berpencen. Maka bolehlah beliau berehat setelah melaksanakan tugas sehingga hari terakhir tanpa perlu mengambil cuti.
Banyak sungguh sebenarnya jasa Tun Pak Lah kepada negara kita walaupun hanya menjadi ketua beberapa tahun sahaja. Beliau telah membuat beberapa transformasi pemikiran rakyat Malaysia pelbagai peringkat dan golongan. Sedar tidak sedar itulah hakikatnya.
Islam dimartabatkan walaupun tidaklah sampai kepada menjadi negara seperti zaman Umar Abdul Aziz. Rasuah digembar-gemburkan walaupun tidak berjaya menjadikan Malaysia Zero rasuah. Kegilaan merebut kuasa sehingga hujung nyawa cuba dimansuhkan walaupun tidak semua kaum menerima. Kealpaan kepada tugas diingatkan akan membawa padah walaupun masih ada yang terus alpa. Dan ada macam-macam lagi. Jadi, Dato Seri Najib perlulah meneruskan agenda dan niat suci Tun Pak Lah untuk menjadikan Malaysia negara yang berintegriti. Jadikanlah Malaysia cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Antara yang tersemat dihati saya berkenaan jasa Tun Pak Lah kepada saya sendiri secara individu adalah tunjuk ajar beliau berkenaan ilmu agama dan adab menegur. Pernah Tun Pak Lah menegur saya membaca doa untuk Tun dan rombongan ketika melawat ke Labuan sebelum berangkat ke Pulau Layangan. Cukup berilmu dan berhemah teguran beliau yang diselangi dengan gurauan agar saya tidak terasa. Saya amat merasa bangga dengan teguran itu walaupum muka saya agak kemerahan juga. Ini bermakna beliau mendengar butir-butir doa yang keluar dari mulut saya satu persatu. Saya yakin agak sukar ingin bertemu dengan mana-mana pemimpin politik tertinggi di negara kita yang akan menegur seperti Tun Pak Lah.
Semoga dengan masa yang ada bagi Tun Pak lah berehat dapatlah beliau terus memberi cetusan idea kepada Perdana Menteri yang baru. Pasti orang yang telah melepaskan jawatan ini ada banyak cetusan idea yang hebat. Macam Tun Mahathir dahulu. Jadi, Dato’ Seri Najib amat beuntung kerana beliau bolehlah memanfaatkan dua orang Mantan PM untuk menjadi PM yang gagah dan hebat.