Saturday, May 2, 2009

MAHAR a.k.a MAS KAHWIN

Semalam saya ditanya teman baik saya mengenai mas kahwin bagi negeri Perak. Alang-alang menjawab mengenai mas kahwin ni ada baiknya sama-sama kita baca artikel ni kan..


MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM


DEFINISI MAHAR

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.

Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.
DALIL MAHAR

Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:

“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”
HIKMAH PEMBERIAN MAHAR

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil ( yang sepadan ).

Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.

PEMBERIAN MAHAR

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.


KADAR MAHAR

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang
perbelanjaan ( mahar ).

( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )

Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :

“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “

Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.

JOHOR : RM 22.50

MELAKA : RM 40.00

NEGERI SEMBILAN : RM 24.00

SELANGOR : RM 80.00

KUALA LUMPUR : RM 80.00

PERAK : RM 101.00

PULAU PINANG : RM 24.00

KEDAH : Tidak ditetapkan

PERLIS : Tidak ditetapkan

PAHANG : RM 22.50

TERENGGANU : Tidak ditetapkan

KELANTAN : Tidak ditetapkan

SABAH : RM 100.00
SARAWAK : RM 120.00
W.P LABUAN : RM 80.00

JENIS MAHAR

a. Mahar Musamma

Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.

Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-

1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.
b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )

Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan ) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.

Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas.

MENDAPAT SEPARUH MAHAR ATAU TIDAK LAYAK LANGSUNG

Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.

Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -apa mahar langsung daripada suami iaitu :-

a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :

“ Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya ) separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “

Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib membayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.

Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.

b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.

KESIMPULAN
Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang orang ramai dari meninggikan kadar mahar iaitu tidak boleh lebih daripada empat dirham katanya, “ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau dia dimuliakan di dunia, atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utamaialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahu
pun bagi puteri-puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu sesiapa yang melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itu dimasukkan ke dalam Baitulmal “. Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil berkata : “ Allah telah berfirman di dalam al-Quran :

Terjemahan : “ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walupu sedikit daripada mahar itu “
( surah al Nisa : 20 )

Thursday, April 9, 2009

SENARAI BARISAN KABINET ERA TRANSFORMASI DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK

PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan: Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan: Datuk M.Saravanan
*Semoga Barisan Kabinet Baru Dapat Memberi Nafas Baru... Rakyat menyokong penuh sekiranya amanat yang diberi dipikul penuh tanggungjawab... Semoga Malaysia terus Maju, Aman & Sejahtera

Saturday, April 4, 2009

TAHNIAH DATO' SERI NAJIB... TERIMA KASIH TUN PAK LAH

Tanggal 3 Mac 2009 menjadi saksi kepada sejarah negara Malaysia dengan penyaksian Dato Sri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Perlantikan Dato’ Seri Najib difikirkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia sebagai pemimpin yang paling layak pada masa ini diukur daripada pengalaman beliau yang luas di dalam arena politik, pentadbiran kerajaan, ketegasan dan sifat mesra rakyat. Walau bagaimanapun tetap ada golongan yang tidak merestui perlantikan itu yang mengaitkan perkara-perkara buruk yang masih tidak berbukti lagi. Apa-apa pun, perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 adalah sah dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang dan peraturan.


Jika direnung-renubgkan, apabila seseorang itu dipilih sebagai pemimpin di negara kita pada hari ini, memang amat sukar untuk memenuhi selera setiap individu. Baik pemimpin politik mahupun pemimpin agama. Anuar Ibrahim yang menjadi ‘pilihan’ demokrasi sebagai ketua Pakatan rakyat pun ramai yang benci. Tuan Guru Nik Aziz yang berperwatakan ulama’ menjadi Menteri Besar Kelantan pun dikritik sahaja. Dato’ Dr. Zamri jadi MB Perak asyik dipertikaikan. Sehingga Dr. Juanda jadi Mufti Perlis pun masih lagi tidak rda dipersoalkan. Itu semua adat. Walau macam mana sekalipun, apabila telah dipilih untuk melaksanakan taklif sebagai ketua maka wajiblah melaksanakan tanggungjawab mereka. Jangan asyik nak fikirkan orang semua mesti suka dan redha kepada kita baru nak laksanakan tanggungjawab.


Dato’ Seri Najib selaku ketua negara kita hari ini perlulah kita beri kerjasama. Walau bagaimana bagus sekalipun beliau jika rakyat tidak memberi kerjasama maka beliau tidak akan menjadi yang terbaik. Sama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Pak Lah (boleh ke sebut macam ni Pak Lah). Mereka semua akan menjadi baik dan bagus dengan gabungan semua pihak. Bukan sekadar diri mereka bagus sendiri.


Samalah macam Saidina Ali apabila rakyatnya mempertikaikan kepimpinannya sebagai khalifah banyak kucar kacir tidak seperti di zaman Umar. Jawab Ali r.a senang sahaja. Masa zaman umar rakyatnya bagus macam beliau tetapi di zamannya rakyat teruk macam yang bertanya. Inilah yang perlu direnungi bersama.


Apa-apa pun tahniah kepada Dato’ Seri Najib yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semoga beliau diberi taufiq dan hidayah dalam menjayakan amanat sebagai ketua negara. Hanya satu sahaja rahsia kejayaan beliau sebagai Perdana Menteri. Tidak susah dan sukar. Ingatlah Allah dan jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan.


Jadi dengan terlantiknya Dato’ Seri Najib sebagai PM yang baru maka Tun Pak Lah telah dengan rasminya telah berpencen. Maka bolehlah beliau berehat setelah melaksanakan tugas sehingga hari terakhir tanpa perlu mengambil cuti.


Banyak sungguh sebenarnya jasa Tun Pak Lah kepada negara kita walaupun hanya menjadi ketua beberapa tahun sahaja. Beliau telah membuat beberapa transformasi pemikiran rakyat Malaysia pelbagai peringkat dan golongan. Sedar tidak sedar itulah hakikatnya.


Islam dimartabatkan walaupun tidaklah sampai kepada menjadi negara seperti zaman Umar Abdul Aziz. Rasuah digembar-gemburkan walaupun tidak berjaya menjadikan Malaysia Zero rasuah. Kegilaan merebut kuasa sehingga hujung nyawa cuba dimansuhkan walaupun tidak semua kaum menerima. Kealpaan kepada tugas diingatkan akan membawa padah walaupun masih ada yang terus alpa. Dan ada macam-macam lagi. Jadi, Dato Seri Najib perlulah meneruskan agenda dan niat suci Tun Pak Lah untuk menjadikan Malaysia negara yang berintegriti. Jadikanlah Malaysia cemerlang, Gemilang dan Terbilang.


Antara yang tersemat dihati saya berkenaan jasa Tun Pak Lah kepada saya sendiri secara individu adalah tunjuk ajar beliau berkenaan ilmu agama dan adab menegur. Pernah Tun Pak Lah menegur saya membaca doa untuk Tun dan rombongan ketika melawat ke Labuan sebelum berangkat ke Pulau Layangan. Cukup berilmu dan berhemah teguran beliau yang diselangi dengan gurauan agar saya tidak terasa. Saya amat merasa bangga dengan teguran itu walaupum muka saya agak kemerahan juga. Ini bermakna beliau mendengar butir-butir doa yang keluar dari mulut saya satu persatu. Saya yakin agak sukar ingin bertemu dengan mana-mana pemimpin politik tertinggi di negara kita yang akan menegur seperti Tun Pak Lah.


Semoga dengan masa yang ada bagi Tun Pak lah berehat dapatlah beliau terus memberi cetusan idea kepada Perdana Menteri yang baru. Pasti orang yang telah melepaskan jawatan ini ada banyak cetusan idea yang hebat. Macam Tun Mahathir dahulu. Jadi, Dato’ Seri Najib amat beuntung kerana beliau bolehlah memanfaatkan dua orang Mantan PM untuk menjadi PM yang gagah dan hebat.