Wednesday, June 3, 2009

Nak Ubah Masyarakat... saya menjawab

Al Farabi pernah menyatakan satu pandangan berkenaan negara yang bagus. Boleh dikatakan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilanglah... kalau nak kata negara yang dulu, kini dan selamanya tak sesuai sangat... pada pandangan saya menyalahi aqidah islamiah.. tapi mungkin individu tertentu mempunyai alasan. Kata beliau... bagi menubuhkan sebuah negara yang baik, ia perlulah bermula dari individu kemudian beralih kepada keluarga, kemudian berkembang kepada kampung, terus berkembang kepada negeri dan seterusnya negara. Mula-mula individu itu sendiri harus baik dan bagus. Kemudian ia akan berkahwin dan membentuk keluarga. Jadi ia perlu mendidik dan memompin keluarganya menjadi cemerlang dan contoh masyarakat. Masyarakat hakikatnya suka melihat calon keluarga ideal, jadi dengan menjadi contoh keluarga yang baik, kita akan menjadi ikutan dan kebaikan, kecemerlangan dan keindahan budi pekerti dan cara akan menjadi resam peringkat masyarakat. Maka, negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang pasti menjadi kenyataan.

Tetapi, ramai juga yang kurang berpuas hati dan cuba untuk mempraktikkan apa yang dikatakan oleh Al-Farabi. Hingga macam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya. Antaranya bukan tokoh Islam yang bagus, mengetengahkan idea yang tidak boleh diguna sepanjang zaman dan bermacam lagi. Biasalah... itulah tandanya al-Farabi seorang manusia biasa bukan Nabi yang berkata-kata tidak pernah mengikut hawa nafsu melainkan wahyu Allah belaka.

Dari apa yang saya perhatikan, apa yang dikatakan Al-Farabi itu amat cantik dan berkesan. Akan meninggalkan kesan jangka panjang. Sukar untuk digoyahkan dan ia merupakan pandangan hebat. Hebat juga negara yang akan muncul.

Sebagai contoh lihatlah apa yang dibina oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau yang mendapat tarbiah ilahiah telah mengindahkan akhlaknya, dirinya dan caranya sehingga para musuh turut mengangungkannya. Kemudia, beliau menanamkan keindahan dan kebaikan itu pada keluarga, kemudian masyarakat dan tertubuhlah negara Islam yang gah dan agung. Walaupun negara itu hari ini sudah tidak wujud atau dalam kata lain telah dirobek-robekkan, tetapi ia bertahan cukup lama. Kehancurannya hanya dapat dilaksanakan apabila musuh-musuh dalam selimut yang terlalu banyak telah mengandakan usaha untuk membakar selimut yang semakin hari semakin usang dek kerap dibasuh.

Jadi, apa yang sukar untuk diaplikasikan idea Al-Farabi ini sebenarnya mencari siapa individu yang perlu memulakan. Individu itu seharusnya individu yang menyanjungi al-quran dan hadith sohehah tanpa ada percampuran dengan bidah-bidah yang menggila.

Jika diperhatikan ramai sebenarnya yang merasakan dia memiliki ciri-ciri tersebut. Buktinya lihat sahaja di laman-laman blog dan web. Di perlis ada. Di sarawak ada. Di ILIM ada. Mana-mana ada. Mengapa tidak menjadi pemangkin. Fitrah manusia suka kepada kebaikan. Itu perkara asas. Tiada sebenarnya manusia yang sihat suka kepada kejahatan. Chin Peng yang banyak menjadi punca kematian saudara-saudara awal kita pun mencintai kebaikan katanya. Jadi cuba renung-renungkan..

Bagi menjayakan matlamat negara yang baik, saya telah nyatakan berkenaan perlu wujud individu terbaik itu. Macam mana nak lahirkan individu hebat? Ia pernah dipersoalakan oleh seorang pengunjung blog saya melalui perbualan dalam maya. Orang muda kata chat via YM. Pada saya ia memerlukan kepada dua faktor utama. Ini sememangnya perkara asas yang dinyatakan melalui lidah Rasulullah s.a.w.

Pertama, perubahan pada diri sendiri. ‘Allah Tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri.’ Inilah internal exchange yang perlu ada. Jika kita mengharapkan orang sahaja mengubah tetapi kita tidak cuba, test, try untuk mengubah selamanya tidak akan berjaya. Jangan harap nak menunggu bulan jatuh ke riba. Kalau bulan jatuh ke riba itu adalah bencana dan bala dahsyat. Tak kiralah bulan apa. Jadi cuba kita ubah menjadi individu cintakan ilmu, cintakan membaca, dan cintakan yang baik-baik. Bukan ini semua akan menjejaskan diri kita daripada tidak boleh bersuka-suka dan berhibur. Berpada-padalah.

Kedua pula, input luaran. Kita juga perlu mulakan. Dia ada tarikan dalaman dan tarikan luaran. Pastinya berkaitan ilmu. Islam mengarahkan kita menuntut ilmu. Ia perkara wajib. Buktinya sabda Nabi. ‘menuntut ilmu itu wajib ke atas semua muslim dan muslimat’. Hadith ni tak de pengecualian. Kalau solat ada pengecualian kan. Yang kedua golongan berilmu ni. Ingatlah pesanan nabi kepada kita. Sampaikanlah ilmu daripada ku walaupun satu ayat. Ha, apa lagi... sahut la apa yang Nabi cakap... jom kita sebarkan ilmu. Nabi cakap ilmu daripadanya kan.. jadi mesti kena ilmu yang bermanfaat. Bukan ilmu sesat atau merapu. Yang direka-reka pun jangan. Simpan sahajalah bawah bantal.

Jadi... bagi situasi di Wilayah Persekutuan labuan seperti yang pernah ditanyakan... jawapan saya tetap sama. Nak ubah masyarakat di sini. Perlu gunakan pendapat Al-Farabi. Dia kan pakar sosiologi.. nak lahirkan individu asas itu. Kenalah gunakan faktor luaran dan dalaman. Kita kena ubah diri jadi baik dan berkualiti. Yang bijak-bijak tu... tolonglah bagi input. Pokoknya jangan dok mengharap kekabu boleh bertukar menjadi emas di dalam karung.... tetapi jual ;ah kekabu untuk membeli emas sekarung...

waAllahu A’alam....

1 comment:

Anonymous said...

You could easily be making money online in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat seo software[/URL], Don’t feel silly if you don't know what blackhat is. Blackhat marketing uses alternative or little-understood ways to produce an income online.